Sunday, December 8, 2013

Bercuti di kala banjir?

       Sebelum Subuh kami dah bangun. Malam tadi dah tertido sebelum set alarm. Dah nekad nak bangun before 4.30am...seb bek terjage jugak. Nak gi LCCT..bawak budak2 ni jumpe Tok & Tok Wan dorang yang nak gi Terengganu...(dah lame dorang book Air Asia ticket tu). Bangun-bangun terus bersiap-siap. Kejut cik asben suruh die dengar2 budak2 ni sementara aku kat bilik air. Biarlah diorang tido dulu. Aku nak siapkan barang2 diorang cepat2.
      Pukul 5.30am gitu kitorang dah ready nak gerak. Then, Atih (adik laki aku) kol kate nak ikut kitorang same. So, kitorang singgah umah mak untuk ambik die. Rupenye kol 4.30am tu mak, ayah, ancik, acu, shafiq, alang & yana dah gerak....paksu dah datang amek dorang ke LCCT.
      OTW kitorang sesat pulak. Awal2 tak nampak pon signboard LCCT. KLIA adelah. Asben aku pulak seperti biase dengan gaya confident nye. Kalau awal2 cakap dah sesat...senanglah aku on GPS. Disebabkan berpusing2 jalan yang sama...kol 6.30am kot baru kitorang sampai. Mase tu family aku sume dah masuk dalam. Flight kol 7am...(cepat jugak dowrang ni masuk..kire tepat mase lah dorang akan depart). Yang sian budak2 ni... Tak dapat jumpe Tok dorang. Dorang ni very close dgn Tok dorang. Tak jumpe sehari pon boleh meraung... Tapi, alhamdulillah dorang tak menangis tadi.. Maybe sebab diorang takot dengan Mama dorang yang garang ni.
     Takde ape boleh buat...jom balik jelah sayang-sayang mama. Petang karang kite nak keluar lagi, kan? Harap Tok & yang lain-lain tak tersekat dalam banjir.
   

Friday, December 6, 2013

Website AMWAY

Hai...kowrang sume mesti tengah diulit mimpi kan?
Yelah...dah pulak sekarang dah pukul 1 am. Dan sekarang pulak cuaca sejuk je. Sedap nye tido...
Mangsa2 banjir kat negeri lain lah yang kesian.
Harap dorang dapat bantuan secukupnye..dan dalam keadaan sihat
& selamat.
Amiiin.
Hoh...cakap pasal tido tapi aku pulak yang tak tido lagi...
Actually dah tido tadi. Tapi, kemudian terbangun pulak kerana terbau ayam goreng KFC menusuk ke hidung. Alamak...apsal lah mak & adik aku beli KFC?  Kan dah terpaksa bangun makan..heheh...terpaksalah sangat, kan.

Aku ni tetibe teringat pasal membership AMWAY aku. Dah terlepas date untuk renew. Actually aku lupe ID No untuk log-in kat http://www.amway.my .Tu yang tak login sampai sekarang. Bile aku godek-godek purse aku...ade je member card dalam ni. Hek eleh...buat kalut je aku ni,  kan? Sok aku try lah..malam sampai kol 11pm dah tak boleh renew.

Kat atas ni aku nak tunjuk jugak member card tapwe & Anakku yang canteks.
Bawah ni saje tunjuk website AMWAY kot2 u guys berminat. Aku bukan active pon sekarang. Sekadar beli keperluan sendiri. Aku ni kan pemalas.. macamne nak maju, kan?