Saturday, February 28, 2015

Parfait yogurt chef cilik.

Sape minat makan yogurt angkat tangan :D Nak cuba resipi simple tapi sedap tak? Ini adalah idea Abe - dia jumpa resipi ni dalam majalah Disney dia. So, disebabkan mama rajin, mama pun singgah Family Store beli bahan-bahan.
Bahan-bahan:
Sebarang yogurt
Buah & bijirin kegemaran.

Yang aku beli :-
Yogurt perisa natural, pisang,
coco crunch,
chocolate rice (tambah ni sebab yogurt tu masam).


Aku biarkan dorang happy2 buat sendiri resipi dorang. Di samping dapat asah fine motor dorang, aktiviti ni juga dapat melatih sikap berdikari, bertanggungjawab & sifat sabar. Lepas tu bolehlah rasa hasil sendiri ye sebab mama kurang selera melihatnya. He3.

Sebelum apa-apa, jangan lupa basuh & sabun tangan ye.
Peralatan (sorang satu, kalau x, nanti gaduh).
- Chopping board/ papan landas untuk memotong pisang.
- Pisau kek (plastik).
- Cawan/bekas plastik transparent
(lebih senang dorang nak tengok hasilnya).
- Sudu.
- Beg plastik untuk masukkan coco crunch & biar dorang pecah2kan sendiri.
Cara-cara:-
1. Isi yogurt dalam bekas plastik (sukatan ikut suka).
2. Potong pisang into slices & masukkan dalam bekas juga.
3. Boleh ulang step 1 & 2 hingga jadi few layers.
4. Masukkan coco crunch tadi + chocolate rice.

Ini parfait Ajik - memang tak nampak rupe dah sebab dia kacau punyelah lama.
Penat sangat dah. Pukul 8.30malam masing-masing dah tido lena atas sofa. Iri main sorang2 dia je - tersengih je bila diambik gambar.

Related topics:

Ujian Allah & Roti Cheese.

4.40am.
Baru habis mengemas - start 12.30am.
Almaklumlah berbulan tak betul-betul stay rumah sendiri. Dok ngan mak je. Selama ni just jadi rumah persinggahan je - ambik & hantar barang harian/mingguan - main letak & tinggal camtu je mane tak bertimbun kerja nak buat sekaligus.

So, now I need to make 1 step forward. Jadi cam parents lain. And not too dependent pada my parents to look after anak-anak aku.

Eventhough am alone all these while.. I knew I can do this :) Kita kena percaya pada kemampuan diri kita & jangan sesekali salahkan takdir Allah whatever the circumstances.

Setiap orang Allah uji dengan cara berbeza. So, jangan terlalu nak compare kate orang lain tak rase apa yang kita rase, jangan kate orang lain tak diuji kuat mana, dan yang seumpamanya. Juga, jangan fikir diri kita malang & orang lain beruntung sebab tak diuji macam kita.

Teruk sangatke ujian yang kita lalui ni berbanding kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW? Cuba renungkan sejenak. Tak teruk mane pun, kan? So, better compare diri kita dengan mereka yang menerima ujian yang far worst than us.

Cara kita berfikir yang buat kita positive or negative person. Memang lah nobody perfect. Tapi, kalau all the time nak fikir negative je...tak penat ke? Buat ape kita nak fikir apa yang orang fikir tentang kita? Just make our move. Sebenarnya setiap orang jarang nak fikir pasal orang lain kerana mereka lebih cenderung untuk berfikir tentang diri mereka sendiri. Betul tak?

Habis muhasabah diri ... :)

Sekarang jom jamu mata tengok supper orang yang tengah hypoglycaemic lepas berpenat-lelah ler sangat mengemas rumah.
Bahan-bahan:
1. Sosej Roll Black Pepper
2. Kepingan Cheese Chessdale.

Cara-cara:
- Belah bun di tengah-tengah.
- Carik2 sikit kepingan cheese & letak kat belahan roti.
- Cairkan dalam oven (suhu aku belasah je 170C, 5minit).

Sonang yo. Selamat dah masuk usus kecik aku kot :)

Related topics:
- Positive attitudes & Positive expectations
- Wordless Wednesday 31/12
- Kehebatan sentuhan
- Kenapa ada peminta sedekah?
- Itu adalah Allah
- Be positive
- Kenali & tangani stress
- Si pendosa
- .......hanya kerana kita sakit [Blog FAMF-Tower
- Janji Allah itu pasti ~ Blog Akif Imtiyaz