Percutian keluarga di Cameron Highlands.
Bersempena Cuti Chinese New Year.
* Berjam-jam nak update entri ni sebab WIFI YES aku macam siput pulang petang di pukul 2-4.30pagi.
Jumaat, 18/2/2015.
11malam.
Bertolak dari rumah kat Seremban - EMS sebagai pak supir. Berhenti rehat kat R&R Rawang - konon sekejap, rupenye membuta sampai Subuh. Alang-alang terus Solat Subuh ikut turn sebab anak tido lagi dalam kete.
Sabtu, 19/2/2015.
7pagi.
Aku sambung drive (PLUS Highway) & exit Tol Simpang Pulai. Trafik berjalan lancar walaupun kereta banyak jugaklah. Lepas tu lalu jalan naik bukit & berselekoh-selekoh. Dalam halfway aku rasa cam tak larat dah so mintak EMS continue drive - lalu Tringkap, then Brinchang. Destinasi ke puncak di Brinchang tercapai. Hoyehh ....
Tempat dilawati -
1. Strawberry Souvenir Centre.
2. Taman Rama-Rama / Butterfly Farm
3. Green Farm
Terletak opposite to Butterfly Farm. Aku tak nampak pulak farm nye kat mane. Huhu. Ada pokok-pokok dalam pasu - tapi tak begitu menarik. |
4. Sorry sangat aku tak ingat name tempat ni.
(Puas Google pun tak jumpa. Ada sesape tau tak?)
Tempat ni penuh dengan bunga2 yang cantik. Sekali lagi nak kena jawab soklan bertubi2 Abe & Ajik. Hehehe. |
Yang tak bestnya, toke kedai pi letak mainan token ni. Anak aku tak kesah tak masukkan token, tapi masalahnya dorang asik turun-naik benda tu - aku risaulah ada apa2 injury karang. Huhu. |
5. Kedai souvenir.
(Sebelah kedai no.4)
6. Hasil tuaian shopping.
Dibeli dari - Night Market/ Pasar Malam di Brinchang , Kedai tepi jalan OTW menurun balik jalan selekoh2.
Tiba masa aku drive balik. Highway jem gila. Aku stop kat R&R Tapah untuk mandikan anak-anak dan makan kat Restoran Pak Tam.
Then, stop kat R&R ? (amnesia pulak) untuk solat Jamak Ta'khir Asar&Zuhur. Then, makan kat KFC.
Entri perjalanan pulang kat SINI.