Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Mini Giveaway #27

~ Klik banner ~
Ini 3 anak lelaki saya:-
Adam Hadif 5thn 
Adam Haziq 3thn 
Adam Ziqri 1thn

Thursday, July 17, 2014

Enche Adam ajar cikgu dia.

Sape Enche Adam?

Anak aku ler tu. Nama anak2 aku sume ada Enche Adam kat pangkal.
Rini kebetulan aku rawat cikgu die yang headache sebab migraine. Aku tak perasan pun tu cikgu die sebab die dressing casual. Selalu baju kurung.

Cikgu: Ni mak Enche Adam ye?
Aku: Aah. Ni sape?
Cikgu: Saya cikgu Enche Adam.
Aku: Sorry tadi saya tak perasan. Adam macamane belajar, cikgu? Die kat rumah malas. Homework memanjang tak siap.
Cikgu: Adam ok. Die cepat faham kalau belajar.
Aku:Alhamdulillah. Ritu Cikgu Fadilah kate die suruh cikgu ambikkan beg die..then, die ade suruh cikgu masukkan buku die dalam beg.
Cikgu: [ketawa kecil]. Die ade cakap 'budak-budak tak boleh minum air teh O. Tu untuk orang besar je.' Tapi, takpelah sebab mak die doktor.

Aku: Erkkkk..
# Anak bertuah..rupenye die cakap kat cikgu.
# Actually Enche Adam Hadif memang jarang minum air manis..slalu plain water je. Enche Adam Haziq yang main taram semua. Minum air teh punyelah banyak. Karang kembong.. tak pasal. So, itu sebenarnye teguran kepada Haziq :)

Monday, July 7, 2014

Wanita cantik selalu curang.

;)

Wanita cantik selalu curang ?
Betul ke statement ni ..beautiful ladies sekalian ?
Ni asben wassap kat aku (memang xkene mengena langsung ..)
Dari paper Metro kott..
Tapi, bagi half je. x boleh nak bace..
Yang aku nampak tang tinggi Hormon Estrogen tu je ..
 U olzzz tau kan Hormon Estrogen tu hormone perempuan ?
And hormone testosterone tu hormone lelaki …
Bila dah dekat2 menopause, means hormone ni dah ‘merudum’.
That time, yang paling ketara ialah kulit sangat kering (x moist dah),
And istri2 dah …..toooott (kene censored)
 So, any of you ade any experience nak share sini tak?

Tuesday, July 1, 2014

Best ke melancong ke Vietnam?

U olzzz, sedih tak kalau dengar? -> Aku ni bukan berani sangat naik flight....
Sepanjang hidup, pernah skali je boarding flight ..tu pun mase single & kerna terpaksa.
And, tu pun KL -> Kota Bharu (45minit jerr..)
 
Which means, aku takpenah lah jejak kaki kat negara orang.
Kalau ikutkan hati, memang tak teringin langsung keluar dari Malaysia...
Tapi,
Jeles tau tengok u olzzz yang sering melancong ke luar Negara.
 
So, kali ni aku dah tekad...
aku & anak-anak akan join family adik aku ke Vietnam cuti sekolah hujung tahun ni.
Aku belanja tiket pergi & balik untuk ayah & adik aku skali (Dik Wan).
Tak pernah lagi belanja tiket flight dah aku pun x reti nak booking.
Mak taknak pergi - reason sama cam aku.


Booking done.


Payment done.

;) So, ini adalah printscreen oleh adik ipar aku, Syaffiq.
(Umo aku tue brape bulan jerr pun dari die. Cehhh...nak cakap aku pun x tua lagi sebenarnye)
Die yang uruskan sume. Aku M2U je kat die.
Aku x le reti sume ni. Lepas ni insyaallah boleh buat sendiri.
Blajar je dari die.
 
Okess...TOTAL = RM2690.
Doakan kami panjang umur & diberi kesihatan bagi merealisasikan impian ini. (Cehh..)

Wednesday, June 25, 2014

Jodohmu pasti ada.

Bagi yang belum bertemu jodoh, jangan kau bersedih kerana janji Allah itu pasti bagi orang2-orang yang beriman.
Kerana..
Belum tentu orang yang banyak pilihannya mendapat yang terbaik bilamana dia mengabaikan perintah Allah.

Allah kata..carilah pasangan yang membawa kamu ke jalan-Nya.

U olzzz faham kan?
- Tak guna pun rupa paras yang hensem..ohsem..
Sampai nak berebut sorang lelaki dengan perempuan lain.
Sampai perlu dendam-mendendam bilamana seorang yang berjaya menjadi permaisuri di hatinya.

- Tak guna pun badan yang sasa..
Kalau mengangkat sehelai tikar sembahyang pun berat baginya..
Kalau tak larat menggendong seorang anak kecil yang kesedihan
Kalau tak larat menampung luka.. menahan kesedihan seorang perempuan bernama isteri

- Tak guna pangkat yang tinggi..penuh paku di bahu
Kerana makin tinggi pangkat, makin melambung egonya..
Makin melangit sombongnya..
Apalah sangat teguran atau nasihat seorang bernama perempuan.. memang tidakkan terkesan olehnya.

Dalam melayari bahtera perkahwinan perlu saling memahami, saling bantu-membantu, saling berusaha ke arah kebaikan..bukannya sering mementingkan diri sendiri & karier sendiri sehingga segala beban diletakkan di pihak yang satu lagi.

Bukankah 2 akal fikiran lebih baik dari 1?
Dan 2 kudrat lebih baik dari 1...

Buatlah pilihan yang betul, wahai insan bernama perempuan..
Selidik sehabisnya..
Dan jangan mudah tergoda..
Takut merana di kemudian harinya..

Saturday, June 21, 2014

Ponteng sekolah kene penjara.

;)
Budak-budak skolah ni suka sangat ponteng skolah. Lepas tu datang klinik mintak slip cuti skolah. Slalu jugak kami sound. Yelah..nampak sihat je. Saje lah tu kan. Kalau aku geram, memang aku 'lecture' garang-garang.

Semalam mak btau, adik skolah rini.
Aku: Ehh, sejak bila pulak dia gi skolah hari hujung minggu, mak? Slalu bukan ke dia ponteng?
Mak: Sekarang cikgu datang cari kat rumah kalau ponteng. Kalau mak bapak bersubahat, kene penjara skali.

Tapi, biar betul??
Ermmm..aku rase baguslah macam tu.
Padan muka kan sebab dorang ni kalau melepak memangnye buat keje xde pekdah - repair moto, ke hulu ke hilir bermoto xde lesen, smoking dll. Bukannye nak buat study group ke.
Harap budak2 sekarang sedar tentang pentingnya hadir ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.

Tuesday, June 17, 2014

Right time for toilet-training.

Hai...
Rasenye u olzzz tau yang anak2 sepatutnya dah pandai ke toilet sendiri bila dah umo 4 tahun.
So, senang ke nak toilet train anak2 ni?
Umo berapa nak start toilet train?
Apa halangan yang korang hadapi?
Selama mana nak ajar baru dorang OK?
 For those yang ada pengalaman, boleh share kat sini ea.
Ini penting untuk tolong ibu--ibu muda.
Pengalaman aku sendiri:
Memang nak kene sabar sepanjang train anak2 ni.
Mula2 aku taram cara aku sendiri - FAIL!
-> Mase tu aku x pakaikan die pampers.
Then, aku pesan banyak kali kalau nak pee btau.
Tapi, die x btau pun. Tau2 dah penuh kencing atas lantai.
Aku start anak 1st tu mase die 3 tawun.
Alhamdulillah lepas tu aku dapat idea camne nak toilet train dari akak nurse kat KKPD.
Caranya -> Setiap 30min - 1 jam, paksa anak ke toilet.
Mak2 nak kene rajin.
Kalau lupe, set alarm. (Malam pun wat camtu).
Initially, mmg die xkan kencing mase korang bawak die masuk toilet.
Jangan marah2 nanti die x cooperate/ x confidence.
Tau nape? Dorang xtau pun 'rase nak pee' tu cemane.
Die x reti nak empty bladder lagi pon..
** AWAS kadang2 die akan kate 'rase nak poo', but actually die nak pee.
Slalu tu aku pancur air kat suprapubic area (ari-ari kot dalam Malay)...bagi die sejuk.
Lame-kelamaan, dia akan pandai pee jugak.
Anak aku , dalam seminggu dah SUCCESS.
Ade budak 3 hari dah ok. It depends.
P/S- Takyahlah start awal sangat. Lagi dorang tak paham apa yang korang cube buat.

Friday, June 13, 2014

Malang tidak berbau.

Astaghfirullahhala'zim..
Ya Allah, sayu hati bila insiden ni jadi kat anak. Gambar tu x clear pulak. Actually teruk jugak abrasion wound kat hidung die. Pipi kanan ada small cut + lebam biru & bengkak. 
Semua arrow tu adalah abrasions kat
muka Adam Ziqw.
Tapi, yang bandage tu ade small cut.
Nasib baik bleeding stop.
Actually rini nak bawak die cucuk setawun sebab dah terpostpone since 15/5/14. Reason? Ritu die demam berturut2 selama sebulan. 
Tadi aku bawak die tak pakai car seat. (Mulalah nak mengomel dalam hati marah kat asben sebab die suka sangat bukak car seat baby lepas tu tak pasang balik). 
Aku biar die kat belakang dok dengan Abe (Adam Hadif). Sambil2 tu tengok2 jugak kat cermin. Sampai kat klinik..aku nampak baby masih kat tengah seat blkg. Entah bila masa dia sandar kat pintu. Aku bukak je die terus menjunam muka sondol kat tar tempat parking klinik. Kaki dua2 terangkat so x luka. 
Cermin aku tu memang 'ready made' tinted gelap dari Japan. So aku x nampak baby kat pintu. Slalunya aku betul2 peep dulu tengok site anak aku duduk. Tapi, hari ni xbuat macam selalu.
Memang menyesal x sudah.... 
:-( 

Monday, June 9, 2014

Adam Hadif naik komuter.

     Well..dari pagi kengkunun nak gi KL. Tapi alih-alih pukul 5 ptg baru kluar rumah. Mintak ayah tolong anta kat Komuter. Dah berabad rasenye tak jejak kaki masuk train..(1/2 abad jerr pon...heheh.) Last naik train mase preggy AH(2009). Owhh..ni kire bkn fes time lah dia naik train kan?
Anak sulungku -
Adam Hadif (AH).
     Excited gile sebab tak pernah merasa naik tren. Aku yang cuak. Sebab bawak anak. Dulu naik tren mase single -mingle. Jage diri sendiri je. Tu pun nasib baik aku tau wujudnya LADIES COACH ni :)
AH - sibuk nak tau semua signs yang ada kat wall.
Bila sampai gambar laki & pompuan becium
tu nasib baik die tak tanye lebih2. 
Ni dia lah snap gambar
mama. Pandai jugak ye..
Kalau tak cantik,
mama tak upload. 
     Kenapa aku tak drive gi KL? Hoh..beranilah sangat. Sesat karang ape cer?

Friday, June 6, 2014

Jangan menangis, sayang.

     Semalam naluri keibuanku sebak..hiba.
Saat aku sampai kat rumah mak..anak sulungku menangis beria-ia..berlinang air mata. Bukan sebab ape pun..Sebab tak dapat nak keluar rumah. Yang jaga anak aku ialah mak. Mak memang tak berani nak bawak dorang ni keluar dari pintu rumah sebab boys aku ni memang lasak. And, eventhough jalan depan umah mak aku tu kecik..still kete yang lalu laju-laju. So, bahaya kan? Aku ni slalu duduk rumah emak sebab asben jarang balik rumah (kerja). Kawasan rumah aku tu pulak bahaya sebab slalu ada kes pecah rumah...pukau.. Slalunye 3 hari seminggu je aku 'angkut' anak2 dok sane.
     Mase aku sampai rumah tu pun dah dekat 6.30ptg. Aku redakan dia..pujuk..cakap elok-elok. Baru die stop nangis. "Mama solat Asar dulu ye. Lepas tu kita keluar."
Seperti yang dijanjikan bawak laa kluar. Ermm...memang tak ingat dunia dah. Berlari sana-sini. Puas mama nak tempik. "Sayaang..karang jatuh, injured ke bleeding ke macam mane?"  (Lupe pulak nak sebut Nauzubillah. Nasib baik takde ape-ape). Tapi, memang diorang tersangatlah happy macam keluar dari penjara. Yelah..cube korang imagine ...setiap hari dorang terperuk je dalam rumah kan?
     Saat tu mama pun happy...walau penat kerja masih berbekas.
Demi anak-anak kugagahkan diri ini.

"Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana memberi kegembiraan pada anak2 ku. Kerana...ibu ini gembira tatkala melihat kegembiraan anak2 nya."

Saturday, May 31, 2014

Cousin's wedding & Hotel Murah.

Tajuk apelah aku type ni.
Nak cerita yang aku pegi kenduri kawen cuzin aku kat Klang rini..

Actually plan nak gi semalam sebab nikah Jumaat - siang hari. (Tapi, asben aku xdpt cuti)... 
Sanding pulak rini - Sabtu 
(Siang rumah perempuan, Malam ni kat dewan -belah lelaki).
So, Jumaat malam kitorang ber 'AGODA'.
Cari nearby hotel. So dapat Hotel Viva.

             
With Hanis (adik aku)
& Izzara Batrisya (gegirl die).
Dengan Wan & Mak Ngah
(sepupu Ayah).

 
With my 3 heroes (3 Adams).













 Klik Hotel Viva for more info.

Standard Room
(Rate biasa RM167.60)
       Then, sementara nak tunggu malam kitorang book Hotel Euro pulak sebab aku tengok anak2 aku macam dah 'belemoih' sangat. Better bawak dorang tukar baju & rest dulu.
Klik Euro Hotel for more info.
Deluxe Queen Room
(Rate biasa RM142.80)
* Aku book ni 10 minutes before check-in.
Bagi yang biasa walk-in hotel..better korang book online tau. Sebab, bagi aku bila book online rate die jauh lebih murah. Macam 2 hotel yang aku check-in ni, payment (termasuk taxes) tak sampai RM90 per night. Murah, kan? Buatpe aku nak cari 5stars hotel. Bukannye percutian keluarga..
(Save your money untuk shopping lagi bagus. Hehe..)



Sunday, May 25, 2014

Mama need to be strong & brave.

Eventhough i look small in front of others..
i may look big in front of you, my kids.
Kamu masih tak faham, sayang..
Mama kene jadi kuat walaupun mama sebenarnye tak kuat mane.
Sebab kalau mama tunjuk yang mama lemah,  kamu tentu akan jadi lebih lemah & takut.
Bile papa kerja tak balik2 rumah n mama terpaksa beranikan diri drive kamu balik rumah.
And mama dukung kamu sorang demi sorang keluar dari kereta masuk rumah bila kamu semua dah tertido sebab hari dah malam.
Di saat tu, mama cuma tawakkal takut macamane kalau tibe2 ada perompak datang dengan pisau atau penculik tangkap anak mama.
Mama bukan ada tenaga nak melawan pun.
Seni pertahanan diri pun xde.
Dah pulak kawasan rumah kite banyak kes pukau & pecah rumah.
Bile sume dah masuk dalam rumah..dan keadaan sunyi, macam-macam bunyi pulak terdengar.
Kamu dan mama pun pernah ternampak kelibat hitam dalam rumah.
Ni kan kawasan perumahan baru, ade beberapa jiran yang penah cerita ada cik 'han'.
Tapi nak wat ape kite pun dah usaha berubat.
Dan lagi....
Bile bunyi guruh berdentum, kamu cari siapa?
Bile kamu takut dalam gelap kamu cari siape?
Bile kamu sakit kamu merengek pada siapa?
Bila kamu jatuh kamu sebut nama siapa?
Walaupun mama x brani mana..x sekuat mana..dan mama berjaga sepanjang siang & malam untuk jaga kamu, mama janji akan kuat & berani untuk kamu semua..anak2 mama.
Satu yang mama pinta, jika diberi pilihan kamu akan pilih mama.
Because I CAN'T BEAR LIVING WITHOUT YOU SAYANG.

I may not be the best mom in the world.

Am not the best mom in world.
Ofkoslah kan?
But i always want to share whatever I am good at.
1 thing when i teach my child.. I like them to know the reason why they should do such thing.
Or when am doing things myself i will tell them why i did so.
Example 1 :
Mase mama sapu rumah...[sambil menyapu mulut pot pet]... kat anak2.
"Rumah kite banyak habuk & taik cicak sebab jarang balik.
So, mama kene sapu cepat sebelum baby bangun.
Nanti die merayap makan habuk&taik cicak tu.
Lagipun, nanti abe boleh dapat bersin2 & allergy".
Byk mesej dlm ayat yg pjg ni.
-Ade 'reasoning' part yang penting untuk menggalakkan COGNITIVE FUNCTION dalam otak anak.
-Mengajar anak supaya INTERESTED wat keje rumah. Budak2 suka tau main penyapu, mop, vacuum etc. Biar je die buat...tapi observe.
Kalau asik larang, anak2 akan fed-up & rasa xdihargai.
-Macam anak i die dah faham sikit2 untuk kesian kat mama sebab penat non-stop buat keje rumah.

Cth 2:
"Kenape tumpahkan air atas lantai? Nah ambil kain buruk ni lap macam ni. Kalau tak lap nanti jatuh. Kaki patah ke terhantuk kepala ke..lepas tu mama hantar duduk hospital sorang2. "
Tu, kalau dah penat sangat..korang blajalah wat sendiri pulak. Kalau x ajar dari kecik, tu yang bile dah besar pemalas,sume harap mak. Dah kawin, harap wife.
Alhamdulillah budak2 ni umo belum sampai 5 & 3 tahun dah pandai tolong mama..tapi ikut mood dorg. Hehe. Name pun budak kan?
Yang besar tu mase umo 4 tahun dah pandai lipat baju baby tau. Sekarang die lipat dah cantik. Practice makes perfect.
 And surprisingly,  dorg boleh recall whatever yg mama advise or pesan n btau nenek dorg.
I believe that other parents also have their own ways in raising their children.
Please share with us by giving your URL in the comment box.

I love it most when...

- I kiss your cheeks, your nose & your forehead when i went to work early morning
- All of you standing at the door calling mama..mama...once i came back from work
-And you start pushing each other because u want to help me with whatever i carry in hand
(while the youngest stare clueless at the corner of the living room looking what la his abang2 are busy at OR maybe he was thinking that one day he can join them). Ahhaaaa...
- U busy asking mama which attire you have to wear when we plan for outings
(eventhough there are not much shirt or pants in the closet)
- I cuddled & you stopped crying
- U lean against my arm when u watching cartoons
- U sleep on my lap when u feel tired
- U having conversations with me
- U busy telling story but I couldn't understand your words & just nodding because that will satisfy you
- U ask me everything on earth you don't know..[like i know the answer]..hehe..but u feel happy when i respond well
- U mess the room with your books, coloring utensils or even 'sketch'
- U laugh when I tickled you or when I make jokes [ but i myself was thinking.. It's not really a joke, actually]. But u keep laughing
- U growing up healthy & happy in front of my eyes..

As years goes by..u will grow bigger & u won't do the same things u did now..
But I will still miss those days that we spent together. 

Tuesday, May 20, 2014

Adam hadif sits for exam. Owh..really?

Sedar tak sedar..rupenye dah besa anak mama ni.
Teringat lagi mase dalam pantang
 - banyak dugaan yang kite lalui, sayang. 
Alhamdulillah besar juga anak mama - sihat & jadi anak yang bijak.
T.L: 14 NOV 2009.
Umo sekarang 4 1/2 tawun.
Studying at PASTI.. under syllabus 5years.
Aku daftar Adam lambat seminggu sebab aku jage Iri kat ward time tu.
Macam budak2 lain memang susah die nak biasakan diri dengan suasana baru.
Tiap pagi nak gi skolah mengamuk je.
Alhamdulillah lepas bagi minum Air Saffron yang dijual kat skolah
+doa yang ditiup kat ubun2 die
+yakin janji allah...
at last adam dah semangat gi skolah. Memang ajaib sangat..sebab the changes is very drastic.
Suke sangat cikgu pggil die, "Enche Adam".
Dan Alhamdulillah die faham ape yang cikgu ajar. Aku slalu assess pemahaman die.
Roster exam:
19-22mei 2014.
Sekarang time exam..
Aku pulak yang nebes. Padahal tadika jer pon. Mula2 Sabtu aku ajak revision die buat taktau... tgk kartun je. Start Ahad petang sampai rini (selasa) die pulak asik tanye bile mama nak ajar baca buku.
Buku yang cikgu bagi bawak balik
- Untuk revision. 

Banyak tak buku adam?
Tu baru half.
Kat skolah ade lagi.
Hari biasa, PASTI anak aku ni memang x bagi bawak buku balik. 
Yang adam xmahir sangat lagi Arabic, & hafazan. Silap aku sebab x ajar die. 
Yang aku slalu ajar, English & Maths.
Die dah kenal ABC & 1-20 without assistance.
Die bukan hafal..memang dah kenal betul & pandai tulis.
And he knows simple maths.
(Die tau kalau seketul nugget dipotong half akan jadi 2, and 5nuggets akan jadi 10).

Arabic tu nanti mama ajar ye. 
** Seb bek mama ade basic BAK (B.Arab Komunikasi).
** BAT (B.Arab Tinggi mama memang tahap hancuss dah).

Harapan mama..Adam dapat no1 macam mama dulu2. (Tapi, kalau xdpt mama xmarah. Cuma, ia akan jadi 1 cabaran untuk mama give more attention untuk sayang mama).

This is really bad for kids !!

Nampak comel jer kan gambar kat bawah ni ?
Tapi, kalau bace .. nauzubillah.
 
Info ni aku dapat dari wassap group kitorang.
They said buku ni dijual @ Book Fair, PWTC.
 
First story :
Mentioned that the uncle touch the boy's private part to show he loves the boy.
Arrggghh ...


Second story :
Boy said that after his mommy & daddy divorced, his father live/sleep together with another man.
And it was mentioned that 'being gay is just 1 more kind of love'.
Yarrrghhh...so disgusting !
 
 
Harap kite semua pantau bahan bacaan anak2 kite.
 
Harap tak terjebak dengan benda tak bermoral macam ni sejak kecik lagi..

Tuesday, May 13, 2014

For the becoming Teachers' Day.

Tak lame lagi dah nak Hari Guru.
Teringat mase skolah dulu. Kawan-kawan bagi macam-macam hadiah kat cikgu. 
Tapi, aku x bagi ape2 pun..sebab aku x mampu. Bawak duit belanje pun 20sen je gi skolah. Tapi, duit tu xblanje.. makan bekal yang mak bagi lagi berkhasiat. Duit tu simpan dalam tabung.

Sekarang anak first dah start sekolah - kat PASTI. Die seronok sangat cikgu panggil die 'Enche Adam'. Kat umah kitorg pggil die Adam or Abe.
Cikgu yang mengajar Adam ada 2orang. 
So, aku dengan excitednye mula wrap hadiah untuk cikgus Adam rini.

Taraaaaaaa.......

Comel x love tu?
Aku lekat dengan ladybug n fancy button yang aku beli dari CG Handicraft ritu.
Colourful paper tu pulak banyak lebih.. Aku simpan dlm almari buku aku dari last year.
Aku harap cikgu-cikgu Adam happy dengan pemberian aku yang x seberapa ni.
* * *

Saturday, May 10, 2014

Masak bubur anak cara mudah.

Segan pulak aku nak ceriter pasal nak buat bubur anak jer pun.
Bagi ibu-ibu yang dah handal , topic ni pasti nampak kelakar kat mata korang kan.
Aim aku sebenarnye nak berkongsi ngan ibu2 muda….especially yang bekerja & baru ada sorang anak.
Nape aku nak share dengan dowrang?
Sebab most of them xsempat nak buat bubur for whatever reason – xde mase, leceh, malas, no idea nak masak ape. So, dorang just beli yang yang segera yang pasti x berkhasiat. ..banyak perasa tambahan. (Tulah pasal perkembangan otak anak terganggu).
I was once like them…mase baru dapat sorang anak. Macam-macam perisa nestum aku beli mase tu. At last, ape jadi? Bile budak dah setawun gitew …mase die dah patut makan macam-macam food like ayam, ikan, daging, sayur, etc..die ‘tolak mentah-mentah’. Then, komplikasinya adalah kurang zat + anaemia (kurang Hb). Anak aku turun 9.8 g/dL. Rendah la weii.. Keadaan ni akan menyebabkan imuniti badan menjadi rendah & consequence die adalah anak senang sakit. Datang klinik memanjang demam. Bile check FBC, kompom Hb low.
Korang yang banyak experience ni tolonglah mak-mak muda ni. Jangan arr biar dorang terkial-kial.
Anak seken & no tigo memang den dah okey (elehh…macam arr aku pandai cakap nogori..) Hahahaaa…
Tapi hari cuti jerr pun aku masak bubur ni. Pemalas punye Shikin. Sebab hari keje pukul 6.30 baru aku bangun. Ape cerr kan? Hek eleh..kalau bangun kol 5.30 pagi pun ..’rajin sangat’ kan.
 Well, back to the point.
Sila refer gambarajah di bawah (gitew) untuk memasak bubur yang pantas tetapi sedap & x bunuh vitamin di dalamnye.
First of all - ambik beras (saje nak promote bekas beras Tupperware)

Secondly - Aku akan basuh beras dalam bekas bertapis ni - sebab cepat (beras xde tumpah2 kalau nak cepat)

3rd - Aku jerang nasi wat bubur dulu.

4th - Aku panggang lauknye yang aku dah perap macam kat gambar 5th.
Cara ni menyedapkan rase. Xdelah cam rebus dengan beras je kan..

(No. 5 - Nilah ayam yang dipotong kecik. Ni aku perap dengan McCormick Oregano + sedikit garam.)

6th - Ni boleh potong sayur. Gune gunting kan senang - macam gunting Yong Tau Fu.
Masuk sayur ni last skali sebab nak elak vitamin dari mati kalau masak lama sgt kan.

7th - ni Bubur yang dah siap nak blender. Letak ayam tadi skali dalam tu.
Aku ikut mak aku..kitorang suke pakai blender kering sebab blender besar tu susah nak korek-korek kalau setakat nak blender sikit2 ni.
Jeng..jeng..jeng..Nilah gambar bubur yang siap diblender.
Sangat berkhasiat untuk anak.

  • ·   Hb = haemoglobin.
    •    (Normal range berbeza mengikut umur kanak-kanak . Orang tuo punyo samo. Sila rujuk Doktor yang merawat).

**** sELamaT mEncUba ****

Saturday, May 3, 2014

YUNA : Leeelaki tak guna...tak guna...tak gunaaaa...


Nak baca boleh…taknak bace pun takpe.

Sekarang aku akan mula membebel perihal lelaki yang tak pernah nak menghargai perempuan/isteri mereka. KEBANYAKKAN LELAKI memang rasa mereka ni hebat sangat. Macamlah bagus dorang ni..

Suami especially..mereka buat isteri ni macam ORANG GAJI. Bagi yang sama2 bekerja, laki ni balik kerja je goyang kaki , tengok tv, ada yang order itu ini..padahal bini pun baru je balik keje jugak. Bini mane nak memasak (aku tak masak…penat! Lagipun mak aku dah masakkan). Terus tengok anak2. Yelah…1 hari kerja memang tak jumpe dorang kan. So, mase tu lah dorang nak bermanja. Laki? Bolayanlah ..macam die nak tengok anak sangat.. (Buat anak dia tau lah..)

Hari cuti.. buat yang belum berkawen tu..mase nilah dapat rehat secukupnya. Kalau da kawen..jangan harap! Anak punye mainan toksah cakaplah bersepah satu rumah.. Makanan berterabur sane sini.. Baju punyelah kotor…perap pun tak hilang2… Sorang menjerit mintak susu…sume mengikut. Belum lagi menangis terlolong nak berdukung sambil berdiri, duduk takmo.. Pampers dah penuh sampai terkeluar ‘isi’..

Laki kat mane? Berlingkar dalam selimut ..masih sedap diulit mimpi walaupun matahari dah tegak atas kepala. Alarm entah dah berapa ratus kali menjerit sakit telinga bini die boleh berdengkur lagi.

Anak2 menangis kelaparan xde ape nak makan ade die heran? Nak masak 1 haram takde bende dalam rumah. Takkan nak tinggalkan anak2 gi pasar pulak. Last2 masak jelah bubur nasi…beras je pun yang wujud dalam umah.
Sekadar hiasan - Bila bini mogok.
 
Bile bini merungut…sebab penat nak buat itu ini. Baru lah nak tolong dengan lagak yang tak ikhlas langsung. Tu pun kalau nak tolong. Kalau tak, ko cakap dengan dinding pun rasenye dinding tu boleh menjawap lagi. Bila bini tanye..knape awak ni asik tido je ? Katenye penat . Eh, bini ko tak penat ke? Ko sorang je yang keje makan gaji? Bile mintak bayar gaji sebagai ORANG GAJI..tau x mampu pulak. Kalau bini ko tu kurus, memang tinggal tulang la jawabnye. Bini dari celik mata, sampai nak tido balik x abes2 buat keje. Laki dah pulak bangun lambat..tido punyelah cepat. Mak oiiii, sabau jelah kan.. Bini kat tempat keje sume panggil BOS. Kat umah..macam tukang cuci JAMBAN. Sape yang terasa tu baguslah. Memang aku NIAT nak bagi korang terase pun! Ni dah geram tahap cipan..tenuk..whatsoever.

Bagi yang belum kawin tu..belajar2lah masuk dapur, tukar lampin anak buah, suap makan budak kecik dari sekarang. Jangan nak kolot. Zaman dah canggih tapi RAMAI LELAKI yang pemikirannya di takuk lama. Bila bini personal ko tak boleh tolong jage anak ke or tolong buat kerja rumah ke? OR ko tolong jage anak sementara bini kemas rumah? KO KATE SUME TU KEJE BINI. Cewahhhh..gaji bini tau ko sapu. KEJE CARI REZEKI BUKAN KEJE LAKI KE WEHHH??? Beruntunglah laki yang kehidupan sehariannya bini yang support. Yelah, gaji ko RM4000.. bini ko RM8000..memang ko amek kesempatan habis2anlah kan? Bab tu ko tak pikir kan? Memang laki ni pentingkan diri sendiri! Bile personal lagi…ko kate LAKI ORANG LAIN pun same… Memanglah kebanyakkannye same. Tapi, ade je laki yang okey macam laki cuzin aku. Boleh je same2 jaga anak2. Laki adik aku pun reti je jage anak time bini die 2..3x admit ward. Weyy..anak tu anak ko jugak kan? Apsal ko nak berkira sangat hah?

Dah pulak ade laki yang jarang balik rumah. Katenye banyak keje yang nak disiapkan. Anak kat rumah tanye…mane bapak? Mane bapak? Sampai tak larat bini nak menjawab. Kalau ade rumah pun bukan tau nak BERGAUL dengan anak2. Ko just tau ko kene cukup tido & cukup rehat. Apelah nak jadi dengan laki macam ni? Pada pendapat aku, patut campak dalam lombong je! Patutnye plan lah nak buat indoor /outdoor activity dengan anak2. Barulah harmoni rumahtangga. Ni tak, asik perkara yang sama je rotate every week..takde beza ko ade ke xde kat rumah. Kalau ko jenis tak sian bini, sian ko anok la wey.. Nayo ko budak.

Ade bini sampai bertawun dah fed-up …sampai 1 tahap cari laki lain kat luar. Yelah..yang kat rumah tak pernah nak menghargai segala penat-lelah bini kan? Bile ko tau, kompom bini ko yang akan dipersalahkan. Betul tak? Punca segala benda tu ko tak pikiaq ka beb? Ko tau nak tuding jari je…

Memang ramai yang cerita kat aku pengalaman dorang. Cuma dorang jenis sabar & pikir anak. Kalau tak..dah lame CERAI!!

In conclusion, jadilah lelaki yang BERGUNa Kepada agama, bangsa & Negara.

 

 

Tuesday, April 29, 2014

e-Filing

Alhamdulillah selesai suda isi form cukai rini. Esok pun dah dateline.
Okey..nak share with those yang x pernah isi form ni online. 
Actually senang je. Tapi sbb isi setawun skali..maka sedikit sebanyak terjadilah jugak kekompiusan.

1. Masuk kat website ni -> https://e.hasil.gov.my
2.  Pilih Login e-Borang.
(Ni..bagi yang dah pernah login).
3. Press Login pada borang yang betul.
Cth: Pilih e-BE pada yang xde punca pendapatan perniagaan.
Pastu isi je -ada 5 part nak isi.
Siap isi every part tu, Save & Continue je.
Part last ialah Rumusan - tak perlu hantar dulu kalau still nak revise.
Save je. Kalau dah pueh hati baru Send. Sebab kalau dah Send xboleh undo okey.
4. Selesai isi borang, bahagian ini akan kluar.
Kira dah setel lah.

5. Semakan Pengesahan
- Ni kalau nak view balik Rumusan Cukai yang daa sent.
(Including past years).
****************************************
* Sebelum aku isi borang cukai, aku download
Penyata Pendapatan Tahunan dari website
ni dulu -> www.anm.gov.my

** Ni cth Penyata Pendapatan Tahunan.
Bahagian yang dibulatkan & ada arrow tu yang penting untuk isi dalam borang cukai nanti.

# Harap membantu.
P/S - Seronok kalau dapat refund. Yang tak seronok kalau kene bayar :) - Refund bagi tahun lepas adelah dekat RM1k. Jadilah kan..dari takde.