Showing posts with label Adam's. Show all posts
Showing posts with label Adam's. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Mama boleh! Jom pi gunting rambut.

     Selalu kalau aku bawa anak gunting rambut memang kat 1 kedai ni - kedai pakcik Melayu (perwatakan pakcik ni macam tabligh) kat Centre Point, Seremban. Potong no 3. Bayaran kanak-kanak RM6. Budak-budak kalau bawak gunting rambut, especially masa umo 2-3 tahun diorang slalu nangis. Kalau bawak pi 1 kedai India gemuk tu lagi dia nangis.
     Ni rambut dah panjang balik. Dah dekat 3 minggu nak bawa gunting tapi ada je hal. Nak bawak kedai gunting rambut kat Centre Point tu pulak mak kata dah kene tutup sebab syarikat baru nak ambik alih pasaraya tu. Alang-alang malam tadi aku dah ingat, aku terus tanya adik mana lagi kedai gunting rambut melayu?  " Kat College Height, Ngah." "Okey." Selesai tanya direction kat adik, terus masuk kete. Dah pukul 9mlm masa tu. Tapi, aku beranikan diri jugak. Walaupun aku dapat banyak info driver lelaki suka belasah driver perempuan sekarang. Aku buat berani juga.
     Alhamdulillah jumpa juga kedai tu. And luckily deretan kedai tu ada kedai makan. Aku nampak ada pompuan jugak. And ada keluarga yang makan situ. Lega.. Eventhough initially aku cuak jugak sebab kawasan situ tak berapa terang. Tepi kedai pulak bengkel repair moto - banyak budak motor. Harap everything ok. Abe pun tak banyak kerenah. Baik je. Ikut je cakap mama (berbeza perangai kat rumah).
     Korang jangan terperanjat kalau nampak aku masa tengah driving (bagi yang kenal) sebab muka aku memang tak manis langsung. Muka macam nak makan penampau! Bila keluar kereta pulak jalan macam gangster. Aku memang purposely buat macam tu sebab taknak bagi muka kat road bullies. * Pengalaman mengajar kita (maybe boleh cerita lain kali :)

* Perempuan sekarang kena belajar buat semua tugas suami,isteri,papa,mama sendiri okey. Jangan harapkan sesiapa. Dulu aku banyak berkira-kira jugak semua benda aku nak buat... Penat maaa. Tapi sekarang malas dah nak kira semua tu. Kalau berkira lagi penat kot. Ikhlaskan hatiku, Ya Allah.

Ramai doktor kat rumah ni.

Dari kiri: Syrup Salbutamol,  Syrup PCM,
Syrup Promethazine. 
     "Ehh..ni sapa yang doktor ni? Mama ke awak ni?" Heheh..Mesti tau sape aku nak cerita kan?
     Anak-anak aku masa umo cam setawun memang susah nak bagi makan ubat. Kene kepit tangan & kaki. Lepas dah setahun tu, terlebih senang pulak. Cth si Ajik ni - 3 tahun, ambik ubat dalam peti ais sendiri. Suketi dia nak ambik ubat mana tau. Baru ni, dia sendiri buka tutup botol, tonggeng dalam mulut. Balance ubat 1/3 botol. Nasib baik syrup salbutamol je. Ni bukan first time ok.
     Semalam Ajik buat hal lagi, entah bila masa dia keluarkan Syrup PCM dari fridge.. Siap dengan syringe. Mak aku nampak dia macam baru lepas telan ubat & tengok ubat dalam botol dah tinggal sikit. Lepas tu dia tido tak sedar-sedar. Masa sedar pun still lalok. Overdose! Si Abe pulak is having cough & sore throat. Aku bagi dia Syrup Prozine (promethazine) 4mls tds (tiga kali sehari). Semalam Tok tengok dia dah amek sendiri dengan syringe. Bila Tok tanye berapa sukatan? Dia cakap mama bagi 4. Fuhh..nasib baik betul. Gara-gara mama lambat sangat bagi ubat.
     Senang sangat makan ubat pun tak boleh. In fact, kalau sorang tak sihat, yang lain semua berebut nak makan ubat skali. Masing-masing datang tadah mulut. Fenin jugak ni...

Monday, September 8, 2014

LENOVO Tab A7-30.

Bagi sesiapa yang tengah survey tab untuk diri sendiri or anak-anak, ni aku nak share sikit berkenaan LENOVO Tab A7-30.

- Harga RM700.
- Beli sekarang dapat FREE cover original + screen protector.
- Warranty sama macam phone lain - 1 year.
* INFO Penjagaan bateri:-
- jangan charge sepanjang malam (masa korang tido) &
- jangan charge sambil guna (Cth: sambil main game).
(Gadget baru beli korang tau kan kene charge 8jam dulu. Ni confirm korang tau :)
- Afterwards kalau nak charge:-
-- Don't exceed 2hrs for hp.
-- Don't exceed 3hrs for tab.
(Thanx adik kedai yang sangat peramah & sangat membantu in terms
of giving all the infos. Beliau lelaki berbangsa India, tapi 'salng'
bahasa Cina sebab beliau anak angkat orang Cina.)
* Harga sama macam Samsung Tab3.
Tapi untuk phone & tab memang mana-mana pekedai selalu suggest LENOVO than SAMSUNG sebab processor dia sama macam PC. Means lagi best. Then, laju kalau budak nak main game (quad-core processor) compare dengan Samsung yang dual-core processor (senang 'hang' masa main game).

- Berat :  327gm.
- Speaker kuat & ada 2 (kat sisi) vs Samsung ada 1 je (kat belakang).
- Camera kat depan & belakang vs Samsung kat belakang je.
Camne nak tau tab/ phone tu original atau tak?

1. Ada pelekat SIRIM kat belakang gadget tu.
2. Nombor IMEI pada gadget sama dengan kat luar kotak.
* kalau takut kene tipu jugak, type ni kat gadget yang korang beli tu *#06#
- Akan kluar no IMEI yang sama.

Saturday, September 6, 2014

Semua depa nak try.

2 hari berbeza.
Tapi, tempat yang sama - Seremban Prima.
Cer tengok, seronok kemain.
Kebanyakkan permainan ni just need 2 tokens.
2 tokens = RM1.
8/6/2014
Mama, Papa, Abe, Ajik, Iri.
Naik sesame bertiga.
Papa observe dari tepi je.
"Mama..mama, ni kapal Kapten Hook."
* Abe mase kecik bukan main takut naik benda alah ni
sebab dia kan bergegar.
4/9/2014
Mama & 2 Adams.
Sebaik Mama balik dari kerja.
"Mama, jom kita makan kat Chicken Rice Shop."
"Betul ke ni? Tapi kita pegi beli barang dulu lah."
"Olrite."
*Aku Tanya ni sebab anak aku tu bukan kuat makan. Teringin je lebih.
* Lepas tu nampak pulak mainan ni lagi skali.
Habis semua depa nak try. Pokailah mama macam ni.
Tengoklah deretan mainan ni.
Semua nak dicuba dek 2 beradik ni.
Ni yang terenterframe je..actually ada banyak lagi.

Thursday, September 4, 2014

Drama sama tiap pagi.

Drama apa ye?
Drama antara Mama & Ajik.
Ajik, anak kedua aku. Dia ni paling lambat tido.
Kalau dilayan, pukul 12mlm pun dok bergurau-senda lagi.
Tapi, dia jugaklah yang paling awal bangun tiap pagi.
Mengalahkan Abe yang nak ke tadika.
     Pagi-pagi bila dia nampak aku dah bersiap-siap pakai baju kerja, dia akan mula bertanya macam-macam soalan. And soklan tu memang predictable. Nape aku cakap camtu? Sebab setiap hari dia tanya aku soklan yang sama. Skrip sama je. Dah hapal dah. Tapi, aku tak pernah bosan. And I love it sooo much. Sebab aku tau 1 day semuanya akan jadi memori terindah yang aku akan ingat di hari tua nanti.

Ni soklan dia:-
A: Mama..mama..Mama nak pegi mana ni?
Aku: Mama nak pegi kerja.
A: Ajik nak ikut mama pegi keje.
Aku: Ajik duduk rumah ye. Jage adik tau.
A: Mama, papa mane?
Aku: Papa kat KL. Papa kerja.
A: Ajik nak pergi KN (ikut pelat dia) kat papa.
Aku: Tak boleh,  papa sibuk.

Begitulah setiap hari. Sambil bertanya tu tangan montel dia akan usap2 pipi aku macam aku pulak yang baby. (Selalunya aku yang buat camtu kat dia)

Monday, September 1, 2014

Belanja mak makan.

At R&R Tapah, 31/8/2014 :
     Berenti untuk solat Jamak Maghrib & Isya'. R&R Tapah ni memang tak pernah lengang. Surau die pun memang patut direnovate sebab kecik sangat. Padahal Muslim & Muslimah yang berenti solat punyalah ramai.
     Selesai solat Maghrib, aku perasan perut dah mula berkeroncong. Food court penuh sesak. Susah nak bawak anak-anak aku yang betul2 lasak ni. So, kenelah cari tempat yang kosong sikit. Then, jumpe Secret Recipe - tak pernah makan sini. Setakat beli kek ada lah sebelum ni. So, nak try lah. Di samping tu nak belanja mak, sebab mak memang susah kalau nak diajak berjalan / soping2. Setakat nak ajak kluar makan pun mak taknak.
Macam biasa, kalau mama malas nak layan -
Tok dia akan jadi 'mangsa' melayan dia.
Tak kuasa mama nak melayan kalau merajuk
tak makan pujuk :p
Fried rice with satay.
Mak malu-malu kalau tang amek gambar. 
      Seronok dapat belanja mak. Tapi, cucu dia pulak mengada buat hal nak merajuk itu ini. "Biarlah,mak. Tak payah nak layan. Kita makan je." Garang kan mama dia?
Mama welfie dengan Ajik.
Selalu dengan Abe, tapi kali ni dia xde mood.
Tak boleh layan, nanti makin menjadi...
      Yang bulat sorang ni paling senang bab makan. Sumbat je apa-apa kat mulut..memang dia tak tolak.
Chicken Parmigiana.
    Ni food mama, tak reti lah mama nak sebut. Aku gi mana2 pun kalau nak order,  memang aku ikut sedap mulut aku je nak sebut. Asalkan perut aku kenyang. Order ni, lepas tu share dengan Ajik. Salad dia mama sental habis - suka sebab fresh & ada perahan lemon.

Saturday, August 30, 2014

AEON, Seremban 2 - Part1.

     Kat Seremban ni kalau nak kate tempat shopping yang mantop sket ialah kat S2. Tapi, ni just pendapat peribadi aku je. Palm Mall aku xsure sangat sebab aku baru pergi sekali je ritu & that time I found that banyak shop lots yang kosong lagi. Then, Giant dia pun tak berapa besar.
     Ni Rabu malam yang lepas (kelmarin). Mase balik kerja tu aku tak plan pun nak kluar. And, biasanya pun memang jarang sangatlah aku keluar. Tapi, tiba-tiba lepas Maghrib aku terus ajak anak kluar, "Jom kita kluar." "Mama..mama.., mama nak pergi mana ni?" "Mama tak sure lagi. Kita tengok dulu ye." Aku ni jenis tak suka buat anak mengharap, tak suka tabur janji kalau rasa tak mampu nak tunaikan, and aku boleh suddenly tukar plan kalau 'angin' aku tak berapa baik. That's why aku akan elakkan dari btau anak destinasi kitorang. Mane tau tengah2 jalan banyak kete & tukar mood aku.
     Alhamdulillah, everything went smoothly. So sampailah kat sini. Macam biasa, yang berdua ni bukan main seronok. Macam tahanan baru lepas penjara (ehh ..teruk pulak perumpamaan aku. Ada bahasa yang indah sikit tak?)
" Mama, tengok! Cantiknya bola-bola yang warna/I tu."
[ Erkkk..bola ke?]
"Bukan bola lah. Tu tanglung."
     Sambil berjalan tu mata aku melilau sana/i cari barang apa aku nak beli. List dah tulis tapi hilang entah ke mana. At last, beli slipper comel ni kat 2 orang ni. RM19.90 sepasang.
"Abe, meh try slipper mama taktau Abe saiz ape."
Aku tak plan nak belikan untuk Haziq sebab sandal dia ok lagi.
Rupanya, si lantih ni dah capai sepasang sua kat kaki dia.
"Mama..mama, ni Ajik punya slipper."
[Btau mama sambil terkial-kial menyua slipper tu kat kaki dia yang lebar.]
"Ajik nak slipper jugak ke?"
"Nak!" [sambil angguk2 kepala dia].
At last, belilah 2 pasang. Takpe lah..beli slipper senang nak sarung kalau jalan-jalan.

Saturday, August 23, 2014

Cara selamatkan anak choking /tercekik.

     Situasi anak tercekik sehingga menyebabkan kesukaran bernafas sememangnya sangat mencemaskan. Aku sendiri pernah mengalami situasi ni sebanyak 2kali. Walaupun ada knowledge tapi tak terlintas untuk buat waktu tu. Alhamdulillah suami ada (dia army & pernah dapat kursus resuscitation ni). Kali ke-2 alhamdulillah aku dah boleh praktikkan sebab pengalaman pertama banyak mengajar aku. So, aku nak kongsi sama ngan korang supaya tiada kehilangan nyawa terjadi macam yang aku pernah jumpa semasa aku bertugas dulu : tahun 2009.
Refer kisah sadis tu kat entri ni - Brought-in-dead (BID)

Ini algorithmnya.
Untuk kes anak aku, masa tu dia lingkungan umur 2 tahun setengah.
Dia tercekik kacang & terus tak dapat nafas.
Nasib baik aku nampak mase tu dia tengah berlari tak tentu arah
sambil menunduk & pegang leher dia.
Aku terus jerit panggil husband.
So, korang rasa step apa aku /husband perlu buat?
1. Anak aku tak dapat batuk.
2. Anak aku dalam keadaan sedar.
YES, buat Back Blows.

Back Blows
Cara buat Back Blows untuk infant.
(infant -> umur 1 year)

Cara buat Back Blows untuk child over 1 year.

Tapi, depends jugak..badan asben aku kan besar.
So, takde masalah untuk dia angkat & tonggeng je anak aku
sambil tepuk-tepuk belakang dia sampai kacang tu terpelanting keluar.
Agak-agaklah tepuk tu.
Jangan terlalu lemah-lembut memang tak selamatlah.
Jangan terlalu kasar pulak, bahaya jugak.
 
Macamana kalau dah buat back blows tapi objek tu tak keluar jugak?
Kalau budak tu still conscious, boleh buat manoeuvre seperti kat bawah:


Manoeuvres :-
1. Chest Thrusts.
2. Abdominal Thrusts.
Aim - create an 'artificial cough' to increase intrathoracic pressure
and dislodge the foreign body.
Chest Thrusts for infants.
(sama macam image kat atas)
 
Abdominal Thrusts for children above 1 year.

Kiri - Back Blows.
Kanan - Abdominal Thrusts.
(Jangan buat abdo thrusts untuk infant okay.)
So, senang je kan?
Harap sampaikan pada setiap orang yang anda kenal.
Soalan adalah dialu-alukan pada mereka yang tak clear dengan explaination aku ni.

Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di lorong gelap.

Sabtu, 16/8/14.
     Sambutan Hari Raya Aidilfitri lorong rumah aku. Walaupun aku jarang sangat dok rumah, tapi alhamdulillah hubungan dengan jiran baik. Ni pun actually jiran aku kol maklumkan kena bawak potluck. Di kesempatan ni juga, aku berhajat nak celebrate birthday anak-anak aku - tiga-tiga skali. Sonang...
Fokuskan pada meja belakang yang full dengan potluck.
Semua sedap belaka. Tapi, tak sempat rasa semua.
Biasalah..melayan anak-anak.
Ni jenuh nak gather tiga-tiga anak meow..
Ehhh...anak mama.
Mama nak suruh potong kek tapi dia berlari kesana-kemari.
Dapat idea ni..
" Happy Birthday Anak2 Soleh "
Moga menjadi anak-anak soleh, ye sayang.
Pandangan atas-:
Cantik tak? Chocolate indulgence cake.
Mula-mula love tu takde.
" Adik, boleh tak ambik warna merah
& tambah sikit love?"
Skali aku tengok....penuh kasih-sayang..
Si onet ni (Ziqri) baru belajar kene lepas kat luar.
Oooiiiii bukan main seronok
dengan sandal yang mama beli siang tadi kat Giant.
Tu yang semua rumah orang dia menyinggah..
pantang ada gate terbuka.
     Asben aku kata kol 2pg baru selesai.
Aku memang dah balik awal sebab anak-anak dah meragam sebab ngantuk. And of course mama terpaksa pura-pura tidur untuk bagi depa tidur. But, at last...ermmmm paham2 :)

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di klinik.

Jumaat, 15/8/14.

Siang tu Adam Hadif ada jamuan raya dia.
Refer sini ~ Sambutan Hari Raya Aidilfitri PASTI. Malamnye pulak kat klinik mama. Initially ramai yang malas datang, including aku. Ye lah, malam-malam kan..
Tapi, bila pikir balik..best ape. Anak-anak pun happy.
Tengoklah betapa happy si Haziq tu.
Dia tu happy-go-lucky.
Orang tak gurau pun dia ingat orang gurau
or nak main2 dengan dia.
Haaa..kat tangan masing-masing dah ada sate.
Depa tolong rasmikan.
Padahal MC baru start bercakap kat depan.
Haziq siap nak tarik kaki
budak yang dok depan dia.
Dia tengok kaki goyang-goyang
jadi geram pulak.
     Mama bawak 2 orang ni je. Baby tinggal. Tok dia soh tinggal sebab nanti susah mama nak uruskan yang berdua ni. Sian baby Iri, melolong die bila mama tinggalkan. 2 orang ni pun tak terjaga sebab depa seronok berlari kluar masuk klinik sampai hilang lah kejap si Haziq tu.
* Lupa nak snap pic food siap-siap.
Macam-macam ada & semestinye sedap sangat.

Saturday, August 16, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri PASTI.

Mak: Ngah cuba baca surat Abe ni. Ada jamuan raya kat skolah. Kene pakai kopiah/songkok dengan samping skali.
Aku: Ye ke,mak? Nak kene beli ni.

     Raya ritu songkok pun takde, butang baju melayu pinjam biras punye, samping memang taknak beli sebenarnye.
Persiapan raya tahun ni paling 'out'.
Kuih raya sebalang pun takde kat rumah aku. Aku pun dok umah mak kan..
     Khamis, 14/8/13: Balik je keje terus fetch anak aku bawa ke  Zulda Masri.
~ Samping tu RM17
Luckily. Aku bajet RM3+.
~ Kopiah RM6.50
Tu je yang tinggal. Yang lebih2 jual musim nak raya ritu.
~ Butang baju RM5.50
Semua murah-murah je aku beli. Bukan nak pakai lama pun kan.
     Jumaat, 15/8/14: Taraaaaa...
Enche Adam Hadif tersipu-sipu malu selesai pakai 1 set baju Melayu.
Dapur rumah mak
- Ni lah tempat dia breakfast setiap pagi
before pegi school.
" Gambar tak clear lah sayang.
Meh tukar tempat pulak. "
Tak aci lah anak je bergambar.
Mama pun nak juga.
(Dah nak balik rumah ni..)

Thursday, August 14, 2014

Pakat seronok balik rumah moyang.

~ Autopublish entry ~
     Anak aku yang second (baju hijau) selalu teringat & sebut nama moyang die. Slalu jugak dia ajak gi rumah moyang. Aku taktaulah nape padahal moyang tak jaga depa pun. Kadangkala risau gak napa tengah2 main, terpacul nama moyang dari mulut dia. Aku ni macam-macam lah pikir..wan tak sihat ke ape? Tapi, memang wan dah tak kuat cam dulu. Dah uzur. Yang kesian, dia menghidap sakit lutut (kebiasaannya osteoarthritis). Susah betul dia nak bangkit dari duduk. Nak jalan pun menapak satu persatu. *Lupe pulak amek gambar wan.
Mentang-mentanglah moyang dah tak
larat nak kejar dengan rotan..
beranilah korang jatuhkan sume kusyen moyang ye.
Baju dah macam traffic light mama tengok.
Dua-dua adik aku ni.
Kiri: Anchik (anak buah panggil Yop),
Kanan: Atih.
Pipi basah sebab nangis.
Iri ni takmo berpegang. Nak bebas aje.
Kene perati jelah mana dia pergi.
Anak-anak memang lasak.
Sebab genetik askar kot.
Yang tak berbaju tu Acu.
Tayang body ye. Hehe..
Sungai depan rumah moyang budak-budak ni.
Ni tempat mama mandi-manda masa kecik besar sikit dari korang ok.
Sungai ni depan halaman rumah wan aku.
Kitorang boleh terjun dari jambatan tau.
Padahal kat bawah jambatan tu ada batu.
Dah pulak tinggi.
Nasib baik aku ada lagi sekarang :P
     Banyak kenangan kat sini - Hulu Klawang, Jelebu. Sebab masa dulu aku & adik akan dok kampung ngan wan tiap kali cuti sekolah.

Thursday, August 7, 2014

Hari Raya ke-7.

     Cuti raya aku lama. Tapi, tak jalan kemana-mana sangat sebab asben n aku both feeling unwell. Semua plan aku lari tau. Tapi, Ahad lepas 3 Ogos aku gagahkan diri juga memandangkan sian mak aku tak berjalan raya. Ayah aku bukan suka sangat bab jalan rumah orang.
Dari kiri: asben, mak aku, aku.
      Masa ni raya umah sepupu aku, B.Din kat Saujana Impian, Kajang. Wife die, K.Liza kerja. Tinggal 2 anak dara dia je kat rumah layan kitorang. Yang sulung tu amek Medic. Kalau tak salah dah tahun 2.
Dari kiri (ikut bentuk U):
K.Inda, B.Faizal, Paksu, Faris Najmi, Adam Hadif (terlindung),
Maisara, Naim meriba Faiq Najwan, asben,
mak meriba Adam Ziqri. 
  Jom teruskan bergambar.
Bawah ni anak aku yang snap..tak yah upah photographer :D
Bermalasan di atas buaian.
Kalau ada 1 dalam rumah memang best ni.
Tapi, sayang duit & macam nyemakkan rumah.
Eh, ada budak botak enterprem.
Mai..mai..nasi Arab lauk kambing delivery.
Hehe..actually CEO Arab Malaysian Finance Berhad, K.Liza
(if not mistaken) baru balik keje & sempat gi beli food ni.
Aku tak join depa pun.
Ntah nape kepala aku pening n mual je sepanjang minggu.
Erkkkk..aku tau ape yang korang pikir.
No..no...no...jangan pk ke situ :p
Arrows tu tunjuk anak aku -
adam hadif (depan)
adam haziq (blkg).
3 beradik lagi tu sepupu yang paling rapat dengan dorang.
Anak kak sedara aku, K.Inda.
K.Inda ni staff nurse kat ICU, Hosp Putrajaya.
Kalau kate je nak jumpa budak-budak ni,
mesti depa senyum lebar sampai telinga.
Dah kitorang je dok nogori.
Sedara lain dok Perak.
Lepas perut semua dah kenyang..
Jadilah macam pacat..
Kami balik pukul 7pm.
(Aku je yang tak kenyang...uwaaaa).

Wednesday, July 23, 2014

Tuesday, July 22, 2014

Bunk beds for kids.

Nak raye2 ni..
Benda lain pulak yang aku nampak.
Memandangkan kat rumah pun belum plan nak beli or tempah katil kat anak2 (Adams).. so jom jamu mata je dulu. Kos bende-bende ni bukan murah. So, tak boleh terburu-buru buat pilihan kan?




Sumber: Stylish Eve.