Saturday, November 21, 2015

Foot fracture.

Any patient yang mengalami kemalangan (motorvehicle accident@MVA, sports injury, workplace injury, etc) tak semestinya perlu melakukan XRay.

Bila 'wajib' buat XRay?
- Bila suspek ada crack (retak) / fracture (patah).

Apa yang boleh dilihat dalam Xray untuk kes macam ni?
- Untuk kes sebegini, kita boleh tengok tulang (Kalau tisu luka kita tak boleh lihat dalam XRay).

Kenapa para doktor selalu refuse /menolak apabila pesakit request buat XRay?
- Tiada indikasi.
  (Jika doktor suspek kes terseliuh, tak perlu buat XRay).
- Sinaran radiasi XRay adalah salah satu penyebab kanser.

Okey, faham ye semua?
Jom teliti gambar kat bawah ni samada ada berlaku fracture atau tidak..

Atas : AP view XRay Lt foot.
Bawah : Lateral view XRay Lt foot.
Nak buat diagnosis ni bukan setakat tengok filem XRay je boleh terus buat diagnosis. Kena relate dengan symptoms & signs yang ada pada pesakit terlebih dahulu, k. (Banyak lagi perkara lain yang perlu diketahui sebenarnya. So, jangan marah bila doktor banyak tanya soalan kerana doktor sedang berusaha membantu anda).

Untuk kes ni:
Pesakit mengadu sakit di bahagian ibu jari, jari kedua & jari ketiga kaki kiri.
Walaubagaimanapun kene clarify kawasan mana yang paling rasa sakit 
-> jari ke2 paling sakit + bengkak + tak boleh gerak.

So, dah tau kan tulang mana yang patah?

Untuk buat diagnosis pulak, kena tahu nama tulang terlibat.


Full diagnosis -> Closed undisplaced fracture proximal phalanx of 2nd toe left foot.

9 comments:

  1. Bukan suka2 saja boleh dibuat xray sekiranya tiada kepatahan atau retak yer Doc... sulit juga yer... hanya kepakaran dalam bidang perubatan saja yang boleh menentukan...

    ReplyDelete
  2. So, kalau fractured kan,..kena simen macam orang patah juga ke?

    ReplyDelete
  3. Fuhh, nama2 tulang pun nak buat akak pening,..tu baru tulang kat kaki ;)

    ReplyDelete
  4. Ok doc.. saya faham dgn keterangan tu.. ;)
    Tq sbb sharing di sini..

    ReplyDelete
  5. ok bukan semudahnya nak suruh xray kan....

    ReplyDelete
  6. x ray blh sbbkan kanser - tambah ilmu .

    ReplyDelete
  7. ooo camtu ke. baru ciktie tau. Tq doc

    ReplyDelete
  8. ooo baru tau yang xray nih tak boleh sesuka ja nak buat..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~