Monday, April 13, 2015

Quit smoking / Berhenti merokok.

Dah lama nak up kan entri ni tapi memang xde masa.

Kenapa penting untuk aku up entri ni?
Sebab ada few patients yang sememangnya physically looks normal, tapi mengadu sakit dada, sesak nafas, dada rasa ketat dll yang seumpamyanya. Tapi, hasil pemeriksaan aku memang menunjukkan dorang ni tiada masalah penyakit paru-paru mahupun penyakit jantung.

Tau ke apa nak diagnose patients dengan symptom macam kat atas ni?

Ermmmm...susah kan jadi doktor ni? Hehe... 

So, patients jangan malas-malas ye / jawab tak jujur bila doktor tanya banyak soalan because the doctors are trying to help you. ** Pernah tau ada 2 orang patients ni tipu aku. Aku nak tolong dia, tapi dia boleh tipu2 pulak. Apalagi, kene 'basuhlah'. Macamana aku tau? Hehe.. mestilah aku tau. Dah tu kerja aku tiap hari - tanya soklan ala-ala aku ni private investigator.

Berbalik pada cerita kat atas..

Aku: Awak smoking ke?

Pesakit A: Saya smoking doktor tapi saya dah stop (Cth: stop minggu lepas).
Pesakit B: Dulu saya smoking sekotak sehari, doktor. Tapi, dalam 2 minggu ni saya cuma hisap 2-4 batang je sehari.


Dah tau jawapan?

Apa ada dalam rokok? - Nikotin.
* Nikotin menyebabkan ketagihan pada penghisapnya.

So, apa akan jadi bila somebody yang dah biasa smoking stop taking cigarettes?
- That person akan get 'withdrawal symptoms'

Apa maksud 'withdrawal symptoms' ?
* Definisi ni ikut ayat terjemahan aku sendiri (from english).
- Also known as 'discontinuation syndrome' 
- Simptom yang dialami bila person yang dah merokok dalam jangkamasa yang panjang & dalam jumlah yang besar berhenti merokok.

Meaning these 2 guys memang dah ada 1 of ' Nicotine withdrawal symptoms '.

Further Q : 
Aku: Ada tak simptom2 lain yang baru timbul lately? Contoh, selera makan bertambah , atau terasa cepat penat ?
Pesakit A & B: Ada , dktor.

So, why not refer this patient to Quit Smoking Clinic. They will get proper counselling from the doctor in-charge.

Sunday, April 12, 2015

Ear Wax (Ajik) - Part3.

Refer entri dedolu kat:
~ Ear wax - Part 1.
~ Ear wax (Rawatan) - Part 2.

Few months ago aku ada korek telinga Ajik sebab nampak ada 'seketul' taik telinga dah tersembul kat each side telinga - rupenye wax (hard & dry). Aku try suluh samada got some more wax inside gunakan torch light besau, tapi xnampak.

Semalam sesaje suluh guna light dari power bank. Terus nampak ada banyak gile lagi wax further inside. Memang dalam sangat. And tak nampak gegendang telinga - complete blockage. No wonder lah Ajik selalu macam confuse bila aku bercakap dengan dia. Budak-budak bukan tau pun nak inform dorang tak dengar kan..

What I did?
Aku drop Johnson baby oil dalam each telinga. Dalam few minutes wax tu dah nampak 'kembang'. So, cecepat aku korek guna pengorek besi macam kat dalam gambar ni - kira curette la ni. Be careful not to injured the ear canal (Rujuk gambar ear canal kat SINI)

So, ini hasilnya....

Saturday, April 11, 2015

Angry Birds Activity Park, KOMTAR JB.

4/4/2015. 
KOMTAR, Johor Bahru. 

Kami ambik keputusan round2 area JB lepas tak dapat enjoy ourselves kat Legoland @ Nusajaya.

We came across this Angry Birds Activity Park so just chill out kat bahagian luar. Nak masuk dalam macam tak worth it sangat sebab harga boleh tahan mahal tapi tempat not that big untuk my kids explore. Neway, insyaallah next time ya :)

Gambar entrance. 

Harga tiket.
Korang boleh tengok Normal Rate/Mykad & Mykid Holders:
- Single Entry
- Annual Pass
- Family Pass (4 Pax)
Family Annual Pass
- School Groups
* Belah kanan tu ada Rules & Regulations skali. 

Peta Activity Park.
- Ada 24 stations.

Gaya anak-anak & anak buah.
Atas: Anda semua didenda.
Bawah dari kiri:
- Mau lari ye? Haaa...dapat tangkap balik!
- Hoho... Buat drama fengsan konon!
- Dah fengsan boleh bangun n lari balik ke?

Atas: Bergambar kat kepala Angry Bird merah & lastik besar.
Kiri bawah: Depan Angry Birds shop.
Kanan bawah: Dalam Angry Birds shop.

Fill your tummies with yummies.
Comel kan mural ni?
Snap gambar aksi anak-anak lagi...
Later on can show them.
Baju hitam-kuning ~> papa.
Baju biru ~> adik aku, Dewi @ Mak Lang budak-budak ni.

Friday, April 10, 2015

Herpes Zoster #3 - Postherpetic neuralgia.

Dalam entri INI aku ada cerita yang ruam penyakit Herpes Zoster ni selalunya akan ambil masa 2-4 minggu untuk sembuh kan?

Walaubagaimanapun, ada certain patients yang masih mengalami kesakitan pada bekas tempat yang ada ruam sebelum tu. Bukan sekejap tau - ada yang sakit selama berbulan, malahan bertahun.

Keadaan ni kita namakan Postherpetic neuralgia.
Maksud? Sakit pada urat (urat yang terlibat dengan masalah Herpes Zoster tu) kerana ' damage ' yang disebabkan oleh virus tu.

Pesakit sukar nak terima kenyataan ni sebab bagi dorang tak sepatutnya perkara macam tu terjadi - sebab ruam HZ tu dah lama hilang. Juga, sukar bagi doktor nak terangkan perkara macam ni.

So, what did I do to convince patient?
Biasanya, bila timbul masalah-masalah yang aku susah nak yakinkan patient, aku akan bagitau DIAGNOSIS PENYAKIT tu & ask them to Google. Most of the times aku akan Google depan patient & terus tunjuk + bacakan kat dorang. Then only they stop asking.

Aku tak suggest patient Google sendiri without proper explaination by any doctor because they need to be guided & directed first. Kalau tak, nanti korang akan jadi lagi confuse sebab ada macam-macam kat Google tu yang takde kaitan dengan penyakit korang tapi korang rasa ada kaitan (Banyak yang perlu di 'filter'). Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dah banyak berlaku patient Google & die pulak yang 'ajar' doktor. Ermmm...

Tak salah kalau pesakit mintak nasihat dari doktor berkaitan bahan bacaan/ rujukan dorang. Yang salah tu ialah bila patient cuba ajar doktor because they think it is that easy to come to a diagnosis. Sebenarnya, doktor need to summarise everything from patients' story + examination + test (if any). Banyak yang perlu dipertimbangkan walaupun pesakit datang sekadar batuk.

Thursday, April 9, 2015

Penyakit Mistik.

Petang ni ada sorang pakcik jalan terhencot-hencot sebab sakit lutut kanan.

Aku: Kenapa dengan kaki pakcik?
Pakcik: Tu lah, pakcik ni dah kene penyakit mistik. Pakcik dah pergi berubat (tapi dia tak nyatakan berubat dengan siapa). Ni haa..mula-mula lutut kanan pakcik ni sakit lepas tu melarat ke tapak kaki kanan pulak jadi bengkak.

Aku malas nak tanya banyak pasal penyakit mistik tu. Cuma dalam hati aku, aku berharap pakcik ni jumpalah mana-mana ustaz untuk perubatan Islam & bukannya bomoh yang amalkan perkara khurafat atau syirik.

Aku: Pakcik, meh saya check kaki pakcik.
Lepas examine...
Kaki pakcik ni dah kurang gris - dah kena Osteoarthritis.
Pakcik: Tak, doktor. Pakcik ni kena penyakit mistik.

Aku: Kalau pakcik kata ni penyakit mistik, kenapa pakcik jumpa doktor ?
** Bukannya aku tak percaya pada perkara ghaib, tapi, aku ingat dia macam sesetengah pesakit lain yang nak different opinion - I mean, dari Perubatan Islam & Penjelasan Saintifik.
Pakcik: Pakcik kenelah jumpa doktor pulak.

Ermmmm...sampai ke sudah aku still tak faham kenapa pakcik ni datang jumpa aku. Sebab dia tetap nak pertahankan pendapat dia. Cuma aku rasa dia datang sebab nak ubat je.

MORAL OF THE STORY:
" Banyak orang , Banyak ragam. "