Sunday, April 5, 2015

Legoland tiada bekalan air.

Sabtu, 4/4/15.
Legoland @ Nusajaya, Johor.

Keluarga aku & keluarga adik dah plan nak pergi Legoland ni dari last month. Kami dapat 5 tiket murah, harga staf dari kawan adik ipar aku, Syaffiq. 2 tiket dewasa die bagi aku - RM58 seorang dewasa untuk masuk Theme Park.
Cakap xmo selfie, tapi selfie jugak sebab jerawat yang disgusting telah menghentikan proses produksinya.
Jerawat yang sedia ada pula semakin mengecut - terimakasih pada ' produk Tabita ' yang masih ada saki-baki lama dalam simpanan. Nak kena order baru ni kat orang lain..sebab Sepet dah xjual Tabita. 

Sampai Legoland memang panas terik. Parking xkesah..memang banyak gila. Kitorang parking kat Zon1/Zon2. Harga parking ~ RM10 /per entry. Parking lot atas tanah yang diletak batu-bata as divider. Memang memudahkan pihak maintenance & kos pembinaan yang lebih rendah.

Bagi yang datang dengan anak-anak kecik, memang terasa jauh jugaklah nak menapak sampai ke dalam. Tapi, boleh lalu kat laluan berbumbung.

Kaunter tiket:
Memandangkan hari cuti, memang banyak kaunter /'Windows' yang dibuka. Walaupun pengunjung yang datang sangat ramai (terdiri dari warga Malaysia & negara2 lain), tapi urusan pembelian tiket berjalan lancar.

** Aku beratur sama sebab nak beli tiket Theme Park Abe & Ajik ~ RM109/seorang (dengan MyKad). Aku lupa bawak MyKid anak-anak aku... Mujur lepas je bila aku dengan selamba tunjuk Mykad aku jerr.

12.00pm
@ Laluan masuk berpalang:
Kitorang bersama pengunjung2 lain tiba-tiba disekat masuk. Pihak Pengurusan mengumumkan Legoland ditutup sementara kerana masalah tiada bekalan air. Kitorang sume diminta refer website Legoland untuk maklumat selanjutnya.

Ramai yang tak puas hati, especially pengunjung dari negara luar. Ermmm...sedih memang sedih tapi dah x rezeki kitorang nak buat macamana.

Tiket tak boleh refund. Tapi, boleh disimpan & digunakan pada bila-bila masa dalam setahun ni. * Sajelah tu nak soh aku panjangkan langkah ke Johor lagi :)

Budak-budak ni...
" Mama, dah hausss. ", " Mak Ngah, dah laparrr." Aku bawak empat2 pergi cari port makan. First yang aku nampak ~ KFC.. so terus terjah. Q panjang ~ Yiyi (Nama baru Iri yg die namakan sendiri) siap squatting. Ajik pulak dah nak baring atas lantai sebab kepenatan... Oh nooo!
Sian budak2 ni dok sebut nak main kat Legoland.
Dalam pukul 1.45ptg kitorang dah selamat tinggalkan kawasan Legoland ~ pi jalan-jalan pusing bandar Johor Bahru.

Pukul 6ptg Syaffiq kol Kaunter Tiket sebab masa lalu highway jalan balik ke Pontian, kitorang nampak Legoland beroperasi macam biasa. Kete kat parking pulak banyak je. Rupanya pukul 2ptg dorang dah bukak balik! Geram ada.. Marah ada... Tapi masing-masing dah penat & memang fikir bukan rezeki kami.

So, redha je lah....

Walaupun Legoland tutup pukul 7mlm, tapi anak-anak pulak dah start having temperature. Badan abe panas sangat ~ suhu badan maybe 39 C. Mata die pun dah berair meleleh macam orang nangis :( Ajik & Yiyi pun dah ada mild grade fever. So, semua mama suap syrup PCM lah :(

Thursday, April 2, 2015

Lovely Readers Jan-March 2015.

Salam korang. Sentiasa rindu nak tulis kat blog, tapi..... apakan daya :( Rini baru nak up kan entri ni. Maaf tau.

Zarulfarhana 252
Cik Sal 238
Farrah MF 184
Scdha Sein 157
Jari Manis 156
Izzeyda 143
Ros_reeza 138
Bbwana 129
CT Humairah 125

Insyaallah aku akan tunaikan apa yang aku janjikan kat SINI. But, for sure akan ambik masa. Harap korang x ambik hati.

Pada pengunjung setia yang lain, insyaallah akan ada something for korang jugak tapi semuanya akan ambik masa :(

Terima kasih kerana korang tak pernah jemu singgah kat blog aku yang dah suam2 kuku ni.

Actually, banyak sangat medical issues yang aku nak share kan, tapi everything hilang camtu je sebab xde masa nak taip. Apepun,  love you all. Stay calm. Stay cantik, stay handsome okey.

** Sebenarnya aku 'down' sikit ni sebab suddenly muka aku jadi macam kertas pasir. Gara2 pakai 1 produk ni.. maybe x seswai muka aku. Hopefully back to before.. Tengah berusaha keras ni. Buat masa ni aku takmo selfie :( Huhu.

Tuesday, March 31, 2015

Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan.

10 MAC 2015.
Diucapkan Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan kepada semua MA di Malaysia. Terima kasih di atas segala pertolongan & bakti yang dihulurkan selama ini.

Special wish tu MA yang pernah bekerjasama & bertugas bersama saya di :
- Klinik Kesihatan Palong 4,5&6 (Daerah Jempol) 2009-2010
- Klinik Kesihatan Port Dickson (Daerah Port Dickson) 2010-2014
- Klinik Kesihatan Ampangan (Daerah Seremban) 2014-sekarang.

Tidak dilupa buat MA yang pernah membantu saya sewaktu relief & Extended Hours :
- Klinik Kesihatan Palong 9,10 & 11
- Klinik Kesihatan Bahau
- Klinik Kesihatan Rantau
- Klinik Kesihatan Quarters KLIA
- Klinik Kesihatan Sikamat
- Klinik Kesihatan Sendayan

Kalian semua memang best ! Keep up the good works.


Sunday, March 29, 2015

Setiap tahun APC.

Mesti terlopong bila baca tajuk ni kan?
Stop thinking what u guys are thinking rite now :D

Ini bukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi Annual Practice Certificate.
Dalam BM -> Perakuan Amalan Tahunan.
Setiap doktor yang berkhidmat kat Malaysia ni (kerajaan / swasta) mesti renew APC ni yearly.

e-filing (Cukai taksiran 2014).

Salam semua.
Alhamdulillah aku baru selesaikan e-Filing LHDNM aku. Harap korang tak lupa sebab dateline dah dekat - sebelum 30 APRIL 2015.

Nampaknya website LHDN dah bertukar wajah. Refer SINI untuk website terdahulu.

So, kat sini aku just nak share apa yang korang perlu klik so that korang tak confuse. Actually, everything is not that difficult. Cuma, kalau dah kelam-kabut buat last minute tu yang 'kecundang' :)

1. Log Masuk :
- No. Pengenalan.
- Kata Laluan.

 2. Akan terpapar :
- Maklumat Asas.
- Sijil Digital Individu.
Klik 'sini' .
Kalau nak update maklumat peribadi, klik ...
Profil > e-Kemaskini > Profil Diri.
 3. Lihat pilihan :-
Individu Pemastautin/ Individu Bukan Pemastautin / Bukan Individu
& e-borang yang berkaitan dengan anda.
Kemudian, klik ' Tahun Taksiran ' - 2014.
Isi borang - maklumat akan disimpan secara automatik.
Rujuk SINI untuk maklumat carian Penyata Pendapatan Tahunan.
4. Bahagian terakhir - RUMUSAN.
Kat sini akan keluar semua rumusan bayaran - ada kemungkinan korang terlebih bayar. So, tunggu je lah duit tu nanti ye :) Cepat atau lambat LHDN refund tu aku tak berapa ingat sangat lah. Sorry....
Alhamdulillah aku pun akan dapat refund nanti.
Yang aku bulatkan tu adalah Zakat Pendapatan yang aku bayar & Lebihan Bayaran yang aku dapat.
Apa yang aku cuba nak  tunjukkan? Meh tengok sini...
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1200 setahun - LB aku adalah RM312.90,
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1320 setahun - LB aku adalah RM432.90,
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1440 setahun - LB aku adalah RM552.90.
Meaning ... better korang as Muslims bayar je ZP tu bebanyak, sebab di samping itu perkara WAJIB + korang dapat PAHALA, korang tetap akan dapat refund yang banyak. Insyaallah..
 Selesai semua, klik ' Teruskan '.

5. Akhir sekali, korang akan dapat paparan ni ..
Pengesahan Penerimaan e-BE bagi Tahun Taksiran 20**.
- Korang bolehlah save yang ni.
Kalau nak ulang tengok bahagian ni next time, klik :
e-Filing > Semakan Pengesahan.

Selamat menjalankan kewajipan anda :)