Tuesday, March 24, 2015

Rim Vossen 17.

Dah lama aku teringin nak tukar rim standard kepada sport rim tapi aku tak pandai nak survey2 ni. Duit simpan dah lama tapi nak cari kedai yang okey & tak 'tekan harga'... tu yang penting.

1 more thing, memang nak kene tukar tayar yang dah botak. Selambe je aku layak masa pegi Cameron Highland ritu, without proper checking dulu.

At last after riki kat orang-orang lelaki kat sekeliling, aku ikut cakap adik ipar aku, Syaffiq supaya pergi kedai chinese kat Rahang Kecil, Seremban.

So, here I go...
Kedai ni depan BH Petrol.
Alang-alang, check apa yang patut...
Cina tu suggest aku rim 18 ni, tapi aku x minat. 
Yang aku minat?
Rim Vossen 17 ni..(sorry gambar x jelas).
Korang Google baru clear image nye
- Bentuk bintang.
Ni gambar kat Puteri Harbour, Johor.
Bagi yang nak tau overall budget:
Tayar Good Year RM280 x 4 biji.
Harga beli sekali ngan rim = RM2300.
Harga nat (kalau xsilap..) 1 set = RM80.

Syaffiq suggest tayar Yokohama tapi takde stok. Die kata jangan beli Dunlop & Silverstone sebab ape tah..nipis sikit kot. Die pakai Toyo..tayar mahal :D

So, bolehlah menyimpan dari sekarang :)

** Masalah absorber belum selesai. Huhu.. Refer SINI.

Sunday, March 22, 2015

Weekend kat Pontian, Johor.

Salam.
Lama tak bersiaran.
Nothing much nak cerita sebenarnya :) Just nak share gambar aku & anak-anak during weekend ni.

Aku, anak-anak & Safwan bertolak ke Pontian Johor Jumaat malam, 20/3/2015 lebihkurang jam 10.30 malam.

Aku drive dari Seremban sampai tol Simpang Renggam, Johor. Keluar tol, Safwan pulak drive sebab aku dah ngantuk tahap nak kena lempang baru sedor :D. Actually sebelum tu dah ngantuk, tapi aku gagahkan jugak drive sebab kete aku wat hal.

Hal ape??

Kalau kete aku berenjut kuat, absorber pun akan bunyi kuat macam nak patah. Sebab masalah aku tukar sport rim & tayar besar tapi taktau pulak pakej sekali ngan kene tukar absorber. Sobsss... 1 more thing x boleh naik reramai confirm ada bunyi yang mengganggu perasaan.

Papepun, alhamdulillah selamat sampai rumah adik aku, Dewi pukul 1.00 pagi.

Shot dari kiri saje yg boleh ye.
Sebab kanan ada jerawat baru yang menyepoilkan mood :).
Safwan, adik aku a.k.a Pak Tih dok sibuk melayan si anak-anak buah main kat playground.
Mama & the Adams sayang.
' Everything for you, sayang '.
Tengah panas tu yang mata semua kecik.

Tuesday, March 17, 2015

Iman Child Centre.

Entri berkaitan refer SINI.

Kat bawah ni adalah details bayaran pendaftaran Iman Child Centre di Taman Telawi, Ampangan, Seremban pada tahun ini. * Bayaran tahun seterusnya mungkin berbeza.
No Tel:
Pn. Manisah 019-6537748 / 0111-6640757

Jadual yuran Iman CC bagi:-
Tadika - 4,5&6 Tahun
Taska - 2 bulan hingga 4 tahun, dll.

Pakej Iman CC 2015.
Jadual atas - Pakej Bulanan
( Pakej A - H)
Bayaran lebih masa = RM10/jam.

Jadual bawah - Pakej Harian.

Penuh -> 7am - 6pm
Separuh hari -> 7am - 1pm OR 12pm - 6pm.

* Pendapat peribadi aku, bayaran Iman CC ni lebih mahal berbanding PASTI. Tapi, kalau tanya kualiti aku tak sure sebab aku tiada kenalan yang pernah hantar anak kat mana2 branch Iman CC. 

Okey, tu aje nak share. 
Harap apa-apa yang aku share berkaitan tadika ni sedikit sebanyak membantu para ibubapa yang membaca.

Related topics :

Muslim Juniors Kindergarten.

Entri berkaitan refer SINI.

Kat bawah ni adalah details bayaran pendaftaran Muslim Juniors Kindergarten bagi 4, 5 & 6 tahun pada tahun ini. * Bayaran tahun seterusnya mungkin berbeza.
Alamat:
Branch Tadika Permata Ar Raudhah.
No: 352, Jln Warisan Puteri A12.
No. Tel: 019-6201096 / 019-5134703

Branch tadika MJ ni baru open kat BWP (Bandar Warisan Puteri, Seremban). Untuk tahun ni ada 30+ orang murid (termasuk 6 orang yang 3tahun). * Actually kemasukan untuk 3 tahun adalah terhad. 

Cikgu MJK kat BWP ni ada 4 orang - seorang untuk setiap peringkat umur. * Yang bestnye, Pn. Dalilah cikgu nya ex-cikgu PASTI. Masa aku jumpa Pn. Dalilah, dia siap tunjuk setiap 1 modul pembelajaran murid tahun 4,5&6 ni kat aku. Yang 3 tahun akan diajar guna modul 4 tahun :)

Kalau ikut time table, everyday cikgu akan ajar solat & hafazan. Alhamdulillah,  kalau hafaz Quran, insyaallah hati terang so senang nak faham & ingat pelajaran. 

Tahun depan mereka aim nak ambik 50 orang murid.

Puas berhujan di hari buat survey ritu.
Harap membantu :)

Related topics :

Saturday, March 14, 2015

Broiled chicken.

Lunch today.
'Pakai habis' setakat bahan yang ada kat rumah.

Surprisingly anak-anak suka :)
Belen yang tinggal.
" Tunggu jap, mama nak ambik gambar dulu. "
Bahan-bahan :
Ayam - bahagian dada (senang nak potong nipis macam nak buat chicken chop).
Oregano ground.
Thyme leaves.
Garam secukup rasa.

Bahan kisar :- Bawang merah Holand, bawang putih, halia ( kisar dalam Turbo Chopper ni senang :)
** Aku suka makan bawang, so memang aku letak banyak gila.

Aku perap semua bahan-bahan dekat 2 jam. Masukkan dalam fridge.
 Then, aku broil suhu 260 C, 30minit.

Cubelah:)
Boleh kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian.