Monday, February 16, 2015

Kerna terpaksa.

Kerna terpaksa... Aku relakan kau pergi.
Nyanyi sikit sambil nangis. Tacing-tacing gitu.

Hehe..takde maknenye aku nak nangis. And entri ni takde kaitan pun dengan kena tinggal ketapi ke ape. Aku merapu ni sebab kepala macam tak berapa centre.

Actually Jumaat last week & rini aku terpaksa ambik MC. Sobsss.. Baru ingat tahun ni nak Zero MC. Kot2 boleh dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..ehh betul ke? Ke Pekerja Cemerlang?)

Alih-alih sakit jugak macam SS, Bbwana & few other bloggers. Sian kat we olzzz kan? Doakan aku n bloggers lain get well soon tau. Because guys tau x I feel very bad kalau tak kerja hari Isnin. Aku ni memang jarang cuti Isnin. Kalau orang lain selalu ambik MC or EL on Monday.. What to do kan? They have their own reason. Tapi, kalau aku..aku akan avoid benda ni.

Aku suka bila YM senyum tengok aku ada dalam Bilik 8 everytime aku datang kerja (YM aku round tiap pagi nak make sure cukup MO tak kat tiap unit - KKIA, JPL,NCD). I like people feel happy because I was there for the sake of service. I like other people rely on me. I like people think am helping them.

But for now..
I need to rest. (Sebenarnya mental aku pun x berapa sihat) Am sorry. I hope I will be ok by tomorrow.
* Aku belum type surat refer patient aku ke Cardiologist lagi :(
This was taken last 2 week (kalau x salah).
Pretty well that time.
But now? Huh..dugaan demi dugaan. 
Skirt - Booth Fancy Pantsy, AEON S2.
Blouse - Nile.com
Shawl - from Vietnam with love.

Sunday, February 15, 2015

Monolog duka.

Korang takyahlah layan monolog aku ni. Just untuk memori aku yang pelupa ni je.

Manusia tak pernah sunyi dari masalah. Kadangkala masalah tu kita dapat solve dalam masa yang singkat. Namun, ada juga yang meninggalkan luka yang terlalu dalam hingga sukar nak diubati. Mungkin luka tu boleh sembuh, tapi parut pula yang tertinggal.

Ada perkara yang boleh dimaafkan. Tapi, ada juga yang tak dapat dimaafkan. Apa gunanya memberi kemaafan andai perkara sama dilakukan berulangkali jua? Susah nak cakap sebab ada orang jenis bengap slow, langsung tak rasa bersalah tapi keep on asking what mistake they had made. U might had explained several times, yet they still ignoring. Buang air liur je.
Merenung ke luar jendela masa depan.
Masih adakah sinar bahagia buatku?
Mungkinkah aku terlalu berterus-terang?
Tapi, inilah aku....

Rupanya aku still simpan kata-kata ni. Thanx S.
Entah dia ingat tak dia bagi aku ni.

Mungkin kerana hubbudunya (cintakan dunia) buat aku jadi macam ni..
Entahlah .... Dah jauh aku tersesat.
Tiba masa aku pulang ke pangkal jalan.

Dari Google :-
 Life is too short to wake up with regrets.
Love the people who treat you right &
Forget the ones who don't !
Believe that everything happens for a reason.
If you get a chance - take it
If it changes your life - let it
Nobody said life would be easy
They just promised it would be worth it.
Ni aku bagi S.
Seronok kawan ngan S sebab dia ni suka buat lawak & suka merepek.
Selalu je aku gelak sorang2 macam orang gila kalau baca what's app dia.
Thanx for being a nice friend to me.

Insyaallah aku akan amalkan ni.
Pesan Tok Adi,
" I LAY MY LOVE ON YOU,
IT'S ALL I WANNA DO ...
Everytime I breathe I feel brand new,
U open up my heart
Show me all your love
& walk right through
As I lay my love on you. "

Saturday, February 14, 2015

Farm In The City, Seri Kembangan.

7/2/14, Sabtu.
Outings mak-mak.
Aku with 3 Adams & my friend, Dr. Maslina dengan anak dia Akif.
Anak-anak aku get along well with Akif.

Colleague aku kerja extended hours rini - habis kol 12.30tgh/hari (Most kawan aku buat EH ni sebab masyuk. Aku je x buat sebab aku pemalas. Mak aku siap kompius ada rupanya doctor keje ri Sabtu). Lepas keje, kawan aku balik sat rumah dia kat Sendayan. Lepas tu dia datang rumah mak aku & parking kete kat umah mak.

2.30ptg - bertolak.
Kitorang pi 1 kete je. Aku drive ala-ala pro. Taktau kawan aku takut tak die senyap je sebab aku bawak kete memang gile sikit. Memang aku taktau jalan, so Maslina tukang WAZE. Kete yang banyak & anak-anak aku yang memang tak pernah tak keruan dok dalam kete memang boleh buat aku lost kat jalan kalau aku sensorang yang drive. Si Abe pandai cakap kat Ajik, "Ajik, behave ..behave ..!" Padahal dia pun 2x5.

Lebihkurang 4.00ptg kot - kitorang sampai.
Alhamdulillah senang je jalannya. Bayaran masuk dengan MyKad - Dewasa RM30, Kanak-kanak RM25. As usual, bawah 90cm FOC. 
Bebudak ni memang enjoy sangat kat FITC ni. Lagi seronok sebab aku tak pegang tangan dorang cam selalu - let them free, menikmati keindahan flora & fauna kat situ. Surprisingly memang dorang kind of behave jugaklah, tak buat hal macam masa jalan kat mall. They appreciate being here - maybe because they like this place more.
Kat sini ada banyak kura-kura - kecik & besar.
Kanan atas - Mama & 3 Adams sume try feed itik dalam pond tu tapi itik2 tu takmo.
# Feeling rejected.
- Iri memang berani get closer to the tortoise. Die nak feed kura-kura dengan kangkung like abang2 buat.
Tapi, once kura-kura tu nganga & nampak gigi tajam, terus Iri terlompat backward.
# Kura-kura yang pasrah disumbat kangkung.
Kiri atas - Kurungan kaca tempat ulau belingkau.
Siap bersalin kulit, tinggal badan warna putih.
Uwekkk...
Kanan atas (1) - Iri boleh pulak tengok ular sawa gemok tu. Uwekk lagi..aku memang cepat-cepat je jalan sebab seriau. Mana kat atas kepala pun penuh ular sawa gemok jugak. Biarpun dalam tempat kaca, aku tetap takooootttt...
Kanan atas (2) - Chicken. Aku angkat sekoq sebab Akif nak tengok. Tapi, Akif geram kot sampai dia picit nye anak ayam tu. Mati pulak sicomel ni karang. Hehe..
Bawah (dari kiri) -
- Dok sibuk bagi makan ikan koi. Meremut ikan tu dalam kolam. Tak cukup sorang 1 bekas, pi ambik lagi sendiri.
- Tangkap anak ikan kat terusan kecil. Tangguk disediakan. Bukan main seronok. Yang aku takut depa ni yang terjunam dalam tu. Puas pulak nak panggil pasukan penyelamat :D
- Feeding guinea pig & rabbits. Jinak2 binatang ni, dia x lari pun. Mai dekat lagi adalahh..

Jangan gelak tau !
Yang ni digelar INCUBATOR.
Sebab ape? Sebab baby animals are placed here.
Ada worker yang take care kat depa.
Kiri (dari atas) :-
- Dok takjub tengok landak (porcupine), besar bagak. Besar dari Iri tau.
- Tengok Si Kancil.
- Merak (peacock) pun ada dalam ni. Cantik sangat feather die.
Kanan (dari atas) :-
- Burung hantu (owl) dalam sangkar.
- Ayam ape tah ..rasenye bukan ayam belanda.
- Kuda : Erghhh kat sini busok memang taktahan bau dia.
Bawah (dari kiri) -
- Mama & telur ostrich.
Tak lepas mata pekerja tu tengok anak aku dok usik telur ostrich.
- Cantik kan laluan yang Iri lalu ni.
- Peacock ni hadang pintu sangkar. Takut nak keluar.
Tangkap buat gulai karang baru tau.
Kanan -
- Tangga keluar-masuk. Iri dipimpin Umi.
* Anak-anak aku panggil colleague aku Umi.
- Bergambar kat kereta antik.
Kiri atas - Semua dah get ready nak balik. Puas dah tengok haiwan. Semua pegang sijil sorang satu.
Bagi aku bayaran berbaloi dengan kegembiraan yang anak aku lalui. Memang nampak keriangan tu terpancar kat mata dorang - glowing from their eyes tell me so. Me too feeling so happy. Sebelum balik sempat beli fridge magnet, patung owlie & patung mama+baby tortoise. Well, ni mama yang lelebih kalau tang anak patung sebab masa kecik tak dapat sume ni.

Perut dah lapar. Solat pun belum lagi. So, jom pi The Mines pulak!

Closing time - kalau tak salah 6.00ptg.

Friday, February 13, 2015

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman.

Klik SINI kalau nak join.

Syira, sorry saya takde instagram & twitter.
Insyaallah dah follow semua syarat lain.

Sebak melihat pemergian Tuan Guru Datuk NAANM.

Hari ni aku cuti - diri sendiri tak sihat & anak bongsu demam panas.

Selama ni banyak khabar angin mengatakan TGNAA sudah meninggal dunia. Malam tadi adik ada bgtau lagi, tapi aku boleh2 taknak percaya. Aku, walau bukan orang kuat PAS (bukan jugak orang kuat BN) tapi kalau TGNAA keluar tv mesti aku berkejar ke depan tv. Sebab aku respect sangat dengan TG.

Rupanya betul TG meninggal dunia malam tadi di rumahnya pada usia 84 tahun (10 Jan 1931-2015) - malam Jumaat - hari penuh barakah, penghulu segala hari. Insyaallah Husnul Khatimah. * Maaf aku tersilap dengar. Sebenarnya Allahyarham menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian Kelantan, bukan meninggal dunia di HUSM.

Alhamdulillah aku berkesempatan menonton sendiri siaran langsung TV Kelantan. Kelihatan puluhan ribu orang yang berada di sepanjang jalan dari rumah ke masjid yang jaraknya lebihkurang 500m. Yang mengusung jenazah Allahyarham hanyalah 5 orang anak lelaki beliau - begitu mudahnya. Maashaallah.
* Mengingatkan aku tentang kebangkitan semula semua makhluk Allah & perhimpunan di Padang Mahsyar sewaktu Hari Perhitungan Amal.

Alhamdulillah 2 tingkat Masjid Tok Guru, Pulau Melaka dipenuhi para Muslimin untuk Solat Jenazah. Pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan penuh sesak. Ini merupakan penghormatan terakhir buat Allahyarham, seorang Ulama' yang tersohor. Beliau bukan hanya diiktiraf oleh negara kita Malaysia, malahan beberapa negara lain.

Semasa hayatnya beliau sempat meminta maaf pada seluruh rakyat Kelantan andai beliau gagal sebagai pemimpin negeri Kelantan.

Sayu & sebak rasa hati aku melihat perginya seorang yang hidupnya sangat sederhana & dimulutnya sentiasa basah dengan ayat suci Al-Quran. Sebutlah ayat mana, surah mana beliau tahu. Bagaimana dengan kita? Hafaz Quran atau lirik lagu? Sama-sama kita muhasabah diri kita.

Semoga 10 orang anak yang ditinggalkan - 5 lelaki & 5 perempuan dapat meneruskan ajaran agama Islam sebenar yang beliau perjuangkan selama ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa semoga Allah merahmati Allahyarham. Insyaallah Allah lapangkan & terangi kubur Allahyarham.

Aku harap kita dapat ketepikan fahaman politik masing-masing sekarang ni & menghormati Allahyarham & ahli keluarga Allahyarham. Sebab apa? Sebab kita semua ni mempunyai tujuan yang sama - menuju Allah SWT, Pencipta kita. Cuma mungkin kenderaan kita yang berbeza. " Setiap jiwa itu pasti merasai mati... ".

Sambil tengok tv sambil nangis :(