Thursday, February 12, 2015

Playground dalam Giant Senawang.

Detik demi detik...
...yang sungguh berharga...
After work, makan nasi jap kat rumah sebab lapar.
Lepas tu terus drive bawak my 3 boys ke Giant Senawang sebab ada playground dalam tu.
Andai kau mengerti, sayang....
Betapa mama sayang & kasihkan kamu bertiga. Ermm...kamu semua terlalu kecil untuk memahami semua ini.

Lantas, 
mama abadikan semua kenangan dalam blog mama...
...buat tatapan kita di hari muka.
Bukan main seronok budak bertiga ni main. Mama biarkan aje sambil perati.
Abang Adams 2 orang okey lagi,
cuma adik yang nak kena monitor lebih
sikit sebab dia tak berapa stable.
* Nampak tak budak kecik shirt putih, suar biru tu? Nampak je kecik, ganas bukan main..dia dok kejar sambil tarik baju Iri & tolak Iri. Mula2 aku okey lagi. Lama2 dia dah mula cekik leher, cekau muka & tendang2 Iri - geram pulak aku sebab tak nampak makbapak dia tak reti ke nak tengokkan anak dia? Nasib baik kakak budak tu (umo 6 tahun kot) ada. Dialah yang angkat adik dia - tak bagi buli Iri.
Sian Iri dia nangis sebab takut budak tu buat dia.
Tak lama tu tetiba entah kenapa budak kecik tu nangis. Kakak dia angkat dia bawak ke food court - rupenye mak die tengah isik perut. Adoyaiii hakak..hakak..

Dah dekat pukul 7pm..mama paksa 3 Adams stop main.
Singgah bakery beli donut chocolate rice untuk Abe & Ajik. And 1 small piece cake untuk Iri. Belum bayar tapi Ajik dah buka plastik pembalut & ngappp..Adusss..
Tumpang rehat kat food court.
 Lepas tu beli 1 cawan milo - please share ye.

Wednesday, February 11, 2015

Malaysian & tasty food.

Malaysian ni tak boleh dipisahkan dengan roti canai, nasi lemak & teh tarik. Padahal tau je semua makanan tu mengundang penyakit. Bukan nak kata old people je. My friends yang muda-mudi pun sama.

Another thing kalau lunch time kan selalu makan kedai. Masa tu kita makan kan dah heavy, so kenapa nak order air manis lagi? Pagi-pagi datang kerja dah minum manis, then tengahari manis lagi?

Makanan heavy yang berunsurkan nasi & mee tu everything akan convert jadi gula kompleks dalam badan. Air-air manis pun akan naikkan gula dalam badan. Just imagine berapa cepat organ pancreas u olzzz akan rosak dengan food macam ni. Kalau pancreas dah rosak, macamana ia nak hasilkan hormon insulin yang fungsinya untuk tukarkan gula kepada tenaga?

Then, kalau makan kat luar tu, jangan biasakan asik nak order air manis. Biasakan minum air putih suam jugak ye. Janganlah malu pulak kalau nak order air putih suam kat kedai makan. Kalau tuan kedai banyak cakap. Tanye dia, " Kalau I sakit, u nak tanggung kos penyakit I ke? "

Dulu masa sesama asben kerja kat PD, kengkadang kitorang ada lunch luar. Asben akan jemput aku dari kem IPDA. Masa tu baru aku order air manis. Biasanya pun aku minum half je - tak abis. Tapi, kalau makan kat kantin klinik aku just minum air putih suam. Aku ni jenis tak minum air terus lepas makan - selalunya lepas 30min baru minum. Better for digestion.

Ermmm...another hazard pulak, restoran makanan memang pelbagai & wujud bak cendawan lepas hujan sekarang ni. Tak pergi oversea pun kita dah boleh taste any types of food from all over the world. Toksah kata restoran lah, gerai goreng pisang & whatsoever pun berderet tepi jalan. Just name it.

Memang tak salah nak makan sedap-sedap, tapi pepandai control tau. Jangan lupa selalu check darah & tekanan darah untuk monitor tahap kesihatan dalam badan. Untuk yang dah berumur 35 tahun ke atas, can go to the nearest KK (Klinik Kesihatan) for CVD Screening. Dengan kata mudah - just datang klinik & cakap, " Saya nak check keseluruhan ".

Kenapa aku up kan entri ni? Sebab ni adalah scenario biasa orang kita. Entah bilalah nak berubah. Pesakit yang datang makin ramai dari golongan muda pulak tu. Takut tak dengar ramai umur 40 je dah dapat sudden death? Bila buat post-mortem je found out kene heart attack.

Yang lawaknya, tadi patient aku sorang pakcik ni datang.

Pakcik: Dr, tolonglah check pakcik ni. Lama dah ritu pakcik check kesihatan kat 1 kem kesihatan ni. Tapi, baru ni pakcik datang.
Aku: Owh apa results yang pakcik dapat?

Pakcik: Dia kata gula & kolesterol pakcik tinggi. Pakcik tak datang check pun. Tapi semalam kawan pakcik yang sama2 gi check dgn pakcik tu dah admit ward sebab sakit jantung. Tu yang pakcik cepat-cepat datang hari ni tu. Pakcik takutlah.
Aku: [Hahaha..tak beragak aku gelakkan pakcik tu]. Tu nasib baik ada contoh barulah pakcik datang ye..[Hahaha..aku gelak lagi].
Pakcik tu okay je dia pun gelak2 jugak.

Guys, lifestyle ni kita kena ubah. Jangan sebab nak up-to-date diri sendiri yang kena tanggung akibatnye. Sedarlah sebelum terlambat.

Tuesday, February 10, 2015

Sila isi borang komplen.

Salam Selasa.

Seperti mana yang kita semua tau, di kebanyakkan tempat especially jabatan kerajaan memang ada disediakan Borang Maklumbalas Pelanggan. So, jika ada sebarang masalah atau cadangan penambahbaikan, boleh isi borang tu dan hantar kepada staf di kaunter yang dikhaskan.

Nasihat aku, jangan hanya suka komplen itu ini tapi takde usaha/inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian. * Kaki komplen ni biasanya orang yang sama je muka pun dah hapal.

Macam pagi semalam je aku dapat sorang patient yang banyak benda dia komplen x pueh hati. Mengadap dia je sampai setengah jam. Sedangkan patient kat luar ramai. Luckily semalam ramai doktor bertugas kat JPL.

Ikuti perbualan kami.
(Cehh..dah macam rancangan tv pulak.)

En. Azm:
- Why are 2 doctors sharing 1 tables? It's not privacy & not convenient to the patient.
- The doctors in KL said for some reason it's better to measure the blood pressure in the afternoon. I've done it n I noticed that my blood pressure reading went down drastically when i took the reading in the morning n repeat it in the afternoon.
- Bla..bla..bla..

Aku: Malas aku nak type jawapan aku yang panjang berjela tapi haram die tak dengar langsung. Haruslah speaking London Weight Management dengan Pesara Swasta ni. Aku ada cakap kat dia, " U seems uncomfortable coming to our clinic. So, I think that u can go back to the previous clinic. " Jumpa doktor mulut macam aku kan.. Memang jenis straight to the point.

Panjang sangat perbualan kami tapi korang takyah buang masa baca kerana ini akan mendatangkan aura negative.

Cuma point aku, jangan susahkan kakitangan kerajaan yang kerja kat tempat tu sebab bukan semua perkara di dalam bidang kuasa dorang.

Orang macam ni hanya menganiaya orang lain. Cth kat sini - menganiaya patient lain kerana terpaksa tunggu giliran dengan lama semata-mata kerana seorang pesakit yang banyak komplen macam ni.

Apa hukum menganiaya orang lain? Jawabler sendiri dihadapan Allah nanti.
(Bilamana hanya anggota badan yang berkata2, sedangkan mulut dah terkunci kelu).

Selingan :
Sebenarnya kalau nak kata menganiaya orang lain kat tempat kerja pun banyak. Cuma korang sedar dengan tidak je, atau dah tau tapi buat2 taktau. Cth paling senang: 'Mengula' (betul x spelling?). Jangan sampai rezeki tak berkat sudah lah. Cth lain amat dialu-alukan.

Monday, February 9, 2015

Origami haiwan.

6ptg.
Sebaik pulang dari kerja.
Belum tukar baju kerja lagi :D

Sambil belek-belek phone, terlintas nak buat origami untuk Abe. Takmo buat untuk Ajik & Iri sebab anak bertuah 2 orang ni selalu jadi tukang koyak.

Search punya search - jumpa website ni..
http://www.dreamstime.com
Banyak contoh cara nak buat origami kat sini. Aku cuba 4 - alhamdulillah hasil macam kat bawah.
Origami kucing.
Guna kertas keras bercorak.
Origami arnab, swan, penguin.
Guna A4 putih jerr.
Better guna kertas yang depan & belakangnya berlainan warna.
Bukan main seronok abe. Siap warnakan setiap origami yang mama buat.

Selamat mencuba.

Sunday, February 8, 2015

Hadiah dari HK, Sarawak & Germany - entri gabungan.

Recently aku dapat hadiah dari 3 bloggers yang sporting abes. Memang best kawan ngan dorang tau. Aku dapat kad & hadiah kalau x silap sempena birthday aku & sebagai top commentator blog dorang.

Hadiah first datang dari Hong Kong.
Beg mekap (I guess. Sorry kalau silap) & kad ucapan dari SS.
Rasenya tau kan sape blogger tu? Sape lagi kalau bukan Scdha Sein. SS ni selalu travel ngan kawan baik die, HH. Bagi aku, dia ni memang havoc tapi otak senget sikit. Haha..mati ler aku kalau SS bace ni. Kompomlah baca kan. Tak sah kalau aku tak gelak bila baca entri2 dia. Kalau dia komen kat entri aku or blogger2 lain pun memang tak pernah takde sense of humour tau. Paling klakar kalau dia bagi nama orang ikut sukahati die - Cth: Chee Laa Kak (ehh..ni macam aku yang reka sendiri. Sorry ye SS). Walaupun nampak bahasa kasar, tapi ok je dengan otak aku. Sebab aku ni korang nampak je lemah-lembut tapi jangan cuba main kasar ko takkan tau akibatnye...Hahaha.

Antara tempat luar yang SS dah travel - Holland, Paris, Australia, Japan, Hong Kong, Shenzhen, Macau, Brunei, Singapore, Thailand, Vietnam, & Indonesia. Kalau nak tau lebih lanjut, terus ke blog SS. # SS, next week saya tunggu kat Bulgogi Brothers, Mid Valley tau :D Nomnomnom...

Key chain - aku letak kat backpack kerja.
Anak-anak aku suka sangat belek sebab comel tergantung.
Kiri : keychain bear from SS, dari HK.
Kanan : keychain kucing from CT Humairah, dari Kuching Sarawak.

Hadiah ke-2 ole-ole dari Sarawak.
Cepat teka sape kasi ? Haaa...tak lain, tak bukan dari adik manis, CT Humairah. CT ni sama macam SS jugak - rajin travel sana-sini. Antara negara yang CT dah travel - Belgium, China & Holand. Kalau dalam Malaysia tu toksah kate lah ...mana-mana pergi pun korang akan jumpa tapak kaki footprint CT. Hehe.. makan kasut pulak karang - buat ayat tak beragak. Hehe..

Walaupun CT ni anak tunggal, tapi dia selalu cakap dia bukan typical anak tunggal yang mintak je... semua dapat.

CT ni pernah jadi cikgu sementara kat MRSM yang dia belajar dulu tau. And students dia sayang sangat kat dia. Dapat imagine kan CT ni macamana orangnye.

And kalau tak silap, CT suka sangat makan Korean food. Correct me if am wrong ye, adik.


Yang ke-3 adalah kad birthday dari blogger yang menetap kat Germany.
Siapa orangnye ye? Hint - blogger ni menetap kat sana bersama suami terchenta :D

Yang aku maksudkan ialah Siti Aisya Ibrahim. SAI study Electrical Engineering kat sana - pernah dia tunjuk fakulti tempat dia belajar. Selalu cerita pasal honeymoon dia kat sana. Sweet couples gituuu..jelles tau. Dah dok oversea mestilah tak lepaskan chances untuk travel kan. Antara tempat yang SAI dah travel - Czech Republic, England, Holand, France & Italy. Yang aku tak boleh lupe masa SAI pergi Rome dia banyak kali kena tipu. Jangan main-main tau kat tempat orang ni...dorang banyak trick. In fact, kat mana-mane pun kita travel banyak kes penipuan. Thanx to all bloggers yang share & alertkan pasal benda ni. Kalau nak tengok gambar-gambar oversea yang cantik2, jangan lupa singgah sini tau.

Dear, 1 more thing akak takleh lupa bila awak cakap kat neighbourhood awak akan senyap sunyi jam 10malam, kan? Tak boleh nak buka music dah waktu cenggitu. Hehe..

Awak selalu cerita rindukan Malaysia kan? Seronok masa jumpa sorang Auntie Indian yang peramah tu.

Bila awak nak habis belajar? Lama lagi, tak? Harap awak & husband berjaya bawa ijazah ke Malaysia. Insyaallah.
Kiri - kad birthday dari Aisya Ibrahim.
Kanan - kad ucapan & sticker kereta 'Jangan lupa tutup aurat'.

Related topics:
Hadiah dari K.Farrah FAMF-Tower
Hadiah dari Korea - from K.JM
Hadiah dari Australia - from Salbiah