Sunday, October 19, 2014

Hadiah istimewa.

     Petang semalam masa tengah treat patient tiba-tiba staff aku bagi satu sampul kat aku. Aku dah tau, tu mesti dari blogger tu. Tapi, siapa ye? Surprise!!!
     Jom sama-sama tengok apa kat dalam. Jeng..jeng...jeng...
Ucapan kat greeting card -
Khusus buat Shikin,
This is for you. Tanda kenangan kerana rajin singgah FAMF Tower. Blogging is a lot more fun with you around. Semoga silaturrahim yang terbina akan berkekalan.
XOX: Kak Farrah.
    Cantik kaaaaannnn? Aku memang terharu sangat dapat hadiah ni. Hadiah ni hand-made dari k.Farrah @ FAMF- TOWER. Kenapa aku dapat hadiah? Tak ingat nape.. Sebab top komentator kot. Hehe. Bila nak dapat hadiah bagi je alamat yang diminta k. Farrah tanpa banyak soal. 

Saturday, October 18, 2014

Usaha menempah fridge magnet.

     Aku tengah dalam usaha menempah FM (fridge magnet) ni. Ada je masa..aku terus balas2 email dengan syarikat yang buat FM ni. Quotation dah dapat untuk saiz & jumlah pieces yang aku nak. Tapi masalahnye, aku tak reti nak design & aku tak reti macam mana nak describe design yang aku nak. Actually dah lama aku survey pasal FM ni & tanya2 kat yang advertise tapi depa tak layan. Sibuk sangat kot? Ke banyak gila tempahan sampai riban2 sorang? So, bila aku tanya rege kalau tempah 50-100pcs depa tak layan. Tak faham aku..ermmm.
     Tapi takpe syarikat yang 1 ni bagus. Nampak dah well-developed tapi still layan aku. Cer tengok replies dari syarikat ni kat bawah.
Ni aku salah type... Mase tu ngantuk.
Pi tanya 500-100pcs gamaknye..
Saiz: besar kad kredit.
500pcs - RM1.28/pc.
1k pcs - RM0.88/pc.
Kalau....
50pcs - RM2.30/pc.
100pcs - RM1.70/pc.
Ni bila aku tanya macam mana dengan design?
Tapi, sampai la ni belum dapat design tu pulak. Ke kena bayar dulu baru depa tunjuk design? Sapa ada experience share lah ngan aku..:)

Friday, October 17, 2014

Fall in elderly. Why?

     Kenapa aku up entri ni? Sebab tadi aku dapat elderly patient yang datang dengan cucu dia sebab jatuh & injured her left side chest. Nenek tu lebih suka tinggal sorang kat kampung. Aku buat chest X-Ray ~ mujur takde tulang yang patah. Paru-paru pun okey.
     Biasa dengar tak orang tua jatuh? Pernah fikir tak kenapa orang tua kerap jatuh? Ye..lah, orang muda pun jatuh. Tapi, selalunya sebab kecuaian atau road accident kan? But fall in elderly is considered a serious issues in medical since the incidence is high & that it will lead to other major problems in the future.
     Banyak sebab kenapa orang tua/ elderly people ni jatuh. Ni antara yang dapat aku senaraikan:-
* All causes are related to imbalance. Yang mana bila tak balance confirm lah jatuh kan? Sian kan kat dorang.

1. Hearing impairment.
- Ramai yang ada masalah pendengaran. Kalau kita pun, bila telinga berdengung or tersumbat dah rasa hilang 1 nikmat kan? Dah rasa badan macam cannot function well kan? Haaa..macam tu lah orang tua. That's why Allah bagi kita penyakit macam tu so that kita ambik iktibar.

2. Visual impairment.
- Pandangan orang tua ni pun dah 'kelabu'. Means tak clear. Kalau yang ada cataract tebal tu lagi lah (mature cataract), memang totally tak nampak unless operation done. Bawak moto jatuh, bawak kete macam siput. That's why jangan suketi nak hon orang tua! Aku ketuk kepala korang yang nak kuang aja hon2 orang tua ni! Lagi satu, pikir-pikirkan bila Allah bagi kita sakit mata ###conjunctivitis. Supaya kita...?

3. Hypoglycemia.
- Depa selalu x selera makan. That's why gula dalam darah turun mendadak. Lepas tu lemah2, ketaq2 dsb.

4. Postural hypotension.
- Tekanan darah depa boleh turun mendadak bila berubah posisi. Cth: dari baring kepada duduk, or duduk kepada berdiri. So, boleh pening & kepala rasa berpusing2. Then, terhuyung-hayang & jatuh.

5. Knee osteoarthritis.
- Most of them ada sakit lutut. Mula-mula sebelah kaki je. Lepas tu melarat dua belah. Sakit yang amat hokey. Yang teruk sampai kaki 'deformed' (bengkak, senget/bengkok, dll). Susah kan nak jalan macam ni?

6. Giddy after medication intake.
- Depa makan macam-macam ubat. Cth: Ubat kencing manis, darah tinggi, jantung,  kolesterol, bengkak prostate, dll. Bila dah makan banyak2 ubat confirm pening & nak muntah (nausea).

7. Slow reflexes.
- Kalau kita nak jatuh, kita boleh cepat2 bertindak-balas untuk elakkan, rite? Unless memang tak boleh. Tapi, orang tua..every movement depa memang dah slow, so how can they take fast action?

8. Muscle weakness.
- Korang tengoklah badan depa tu ade ke montel2 sihat? Makin tua otot2 yang pejal sume dah lembik. Means dah tak sekuat korang lah kan? Dah x steady macam kita.

9. Masalah sensori.
- Ni especially yang ada kencing manis & stroke. Depa dah hilang deria rasa. Korang pernah rasa sesemut kan... sampai nak berpijak rasa tebal je.. Macam tak berpijak kat lantai je, kan? Jadi, korang boleh imagine yang orang tua ni takkan rasa apa bila terpijak barang2 kat lantai. Lepas tu jatuh tergelicik. Lagi satu (xde kaitan dengan topic), dorang tak rasa kalau terpijak benda tajam. So, kaki akan luka then bernanah kalau lambat sedar.

Related topics :-
~ Ageing process #1.
~ Ageing process #2.

Kenapa ada peminta sedekah?

     Pernah tak fikir, heh..apasallah orang mintak sedekah ni ada kat sini..takde tempat lain ke ko nak duduk? Or..time aku tengah sengkek ni lah ko nak mintak sedekah kat aku? Ko ingat aku kaya sangat nak bagi duit kat ko pulak? Ermmmm.. Tu semua penyakit hati. Mintak Allah jauhkan dari kita ye.
     Peringatan ni buat diri sendiri jugak - Ingatlah, setiap rezeki yang kita nikmati hari ni semuanya Allah yang bagi. Jangan nak riak bongkak kata rezeki ni atas usaha kita sendiri. Memang kita usaha tapi kalau Allah taknak bagi, kita dapat ke? Nope, rite? Even kalau kita dah kaya-raya sekalipun Allah boleh je nak tarik segala kemewahan kita - kereta besar, rumah besar, duit berjuta, emas permata.. Hinggakan isteri & anak pun Allah boleh ambik balik dari kita. Semuanya kan hak mutlak Allah. Kita just pemegang amanah jerr.
     Okey, back to the above topic.. Kenapa Allah 'hantar' peminta sedekah or orang mintak sumbangan kat kita? Kenapa wehhh..kenapa? Bagi aku, senang je..sebab Allah...
~ nak uji tahap keimanan kita.
~ nak dekatkan diri kita yang nampaknya dah makin jauh dari Dia.
~ nak sucikan diri kita, harta kita.
~ nak tanamkan rasa insaf dalam diri kita.
~ dan pastinya kerana Allah sayangkan kita.

Setiap sebab yang aku bagi ni has its own elaboration. Tapi,  better korang fikirkan & renungkan sendiri. Boleh share kat sini. Semoga setiap kata kan memberi manfaat.

Merokok - 'slow down' wound healing.

     Korang tentu tau dalam rokok ada 4000 bahan beracun yang boleh sebabkan pelbagai jenis penyakit,  especially cancer kan? Tapi, korang tau tak bende haram ni boleh lambatkan penyembuhan luka. Dah lama aku nak baca ni in details tapi biasalah kan..bz konon2nya. So, disebabkan kaki asben aku ada wound & dia ni smoker, better aku baca so that boleh aku bebel kat dia. Heheh..I mean, explain :)

Sumber bacaan aku macam kat bawah. 
Klik SINI untuk full text.
Simplified version aku pulak :-
1. Nicotine.
- Akan menyebabkan 'vasoconstriction' iaitu keadaan di mana salur darah akan menyempit. Jadi, aliran darah yang membawa nutrients ke tempat luka akan berkurang. Tisu berisiko tinggi untuk mati sebab tak cukup bekalan nutrien.
2. Akan meningkatkan risiko 'blood clot' yang akan block aliran darah ke kawasan luka.

2. Carbon monoxide. 
  - Gas carbon monoxide ni akan berebut tapak hemoglobin dengan gas oxygen. Lebih banyak carbon monoxide, akan menyebabkan kurangnya pengangkutan oxygen ke kawasan luka.

3. Hydrogen cyanide. 
- Juga mengganggu pengangkutan oksigen.

Take home message :-
So, sesape yang nak gi operation tu, or lukanya masih dalam proses penyembuhan, better take initiative to avoid cigarette & then terus quit smoking. Membazir duit je! Baik pi sedekah kat anak yatim ke,dll barulah menjana saham akhirat.