Thursday, October 16, 2014

Maybank tengah tunggu aku.

     Short entry sebab aku dah ngantuk. Ada lagi entry lain aku nak up kan tapi sok takut tak bangun pulak nak pi keje.
     Alkisahnya..
Hishhh alkisah bagai. Haha.. Konon nak 'cut short'. Aku baru pakai kete sekarang ni. Tak perasan dah masuk setawun. Macam biasa datang keje parking tepi kantin. Lunch time akak kantin main teka-teki teka-tekuk ngan aku.

Kak Ros: Doctor perasan tak apa-apa kat kete doctor?
Aku: (Dalam hati - Apekah??? Buat suspen je akak ni. Takkan kete aku kene calar lagi.) Related topic ~ NCW 2**5 tercalar. Kenapa kak??

Kak Ros: Road tax doctor dah mati 24/9. Tadi Ikhwan (lab staff) & Azfar (MA) nampak. Diorang yang bgtau saya.
Aku: Astaghfirullah. Kene keluar duit lagi lah niiii:) (Maybank, mu tunggu aku datang).

** Itulah kelemahan aku - tak peka bab roadtax insurance kete ni. Mujurlah staff2 aku baikhati tolong bgtau.

Maqon tengah malam - supper ke?

12.30am

     Alhamdulillah selesai post 2 entries tadi. Ni tengah menjamu selera. Ni salah ayah lah - dia tapau nasi goreng ayam balik rumah masa pukul 10.30pm. Lepas tu dia kata nasi goreng tu nampak tak sedap & offer aku yang dah gosok gigi ni makan. Mula-mula aku takmo. Lepas tu ayah ajak lagi..dan lagi.. Sebab taknak hampakan ayah, aku pun makan. Cewahhh..ayat cliche gitu. Kalau lapar, ngaku je lah kan..kan..kan?
Nasi goreng ayam ayah yang punya...
Tapi, aku yang habiskan.
     Korang jangan ikut perangai tak baik ni tau. Karang increase/gain weight pulak. Lagipun aku makan ni sebab nak naikkan berat badan. Bak kata patient aku semalam (pakcik R), "Doctor, please don't mind if I said this - you should put on some weight." [Dalam hati - Huh..pakcik ingat senang ke?] "Pakcik, everytime I eat, sure I'll go to toilet. Bla..bla..bla..." Pakcik R tu takmo terima alasan aku. Siap soh aku amek multivitamin, etc. Aku macam nak nyanyi, " Percayalaaaahhh - lagu Dato' CT."

Ulser perut...ulser duodenum.

     Dalam entri2 yang lepas, acapkali aku sebut tentang PUD kan? PUD = short form untuk peptic ulcer disease; yang mana ia merangkumi gastric ulcer dan/atau duodenal ulcer. Asben aku pun aku suspect PUD jugak. Ermmm..
Related topics:
1. Malaena.
2. Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2014.
3. Pedih ulu hati.

PUD ni sama ke dengan gastritis?
- Tak sama.
- Flash back kat topic ni ~ Sakit gastrik. kalau tak ingat apa tu gastritis:). Kat situ ada gambar scope untuk gastritis.
- Apepun,  penyebab PUD & gastritis adalah sama.
- Kat bawah ni pulak gambar scope untuk peptic ulcer.

Sakit "gastrik".

     Ramai patient yang cakap dorang sakit  gastrik bilamana dorang pedih kat bahagian uluhati (epigastrium). Refer topic ni kalau tak sure epigastrium tu bahagian mana abdomen ~ Anatomy abdomen. Istilah yang sebenar ialah gastritis, bukannya gastrik. Hehe:) Gastric tu berasal dari perkataan gaster yang bermaksud stomach/perut.

Apa definisi gastritis? 
- Inflamasi yang terjadi pada lapisan perut.
- Selalunya doc akan bgtau patient yang dinding perut dia ada kesan merah2.

Macamana nak confirm korang ada gastritis? 
- Cara nak confirm ialah dengan buat scope je (OGDS). Refer pic OGDS kat sini ~ Unexplained weight loss - Part2.
- So, kalau belum buat scope tu, just suspect je (depending on patient's description). Selalunya pakar bising tau kalau HO diagnosed patient gastritis without being investigated with scope.
Credit to Google.
Gambar -> kedudukan stomach (gaster)
Gastritis - gambar dinding perut semasa OGDS dilakukan.
Selalunya apa penyebab gastritis ni?
Common causes are :
- Alcohol.
- Smoking.
- Coffee.
- NSAIDs :-
(Brufen-painkiller , Aspirin-ubat cair darah)
- Jangkitan bakteria H.Pylori.

Wednesday, October 15, 2014

Gouty arthritis.

     Semalam, seorang pesakit lelaki umo awal 30-an masuk bilik aku dengan pakai 'crutches'. Aku ingatkan ada fracture ke sprain ke. Rupenye..

Pt: Doctor,  saya kene gout lah. Kaki saya bengkak ni. Saya dah pergi klinik luar, dia bagi painkiller & ubat surut bengkak & mintak saya datang sini.
Aku: Biar saya check ye. Ada salah makan ke?
Credit to Google.
Macam ni lah rupa bengkak kat kaki patient tu.
Pt: Saya makan daging korban banyak sangat.
Aku: Ermmm..Memang suspect gout ni. Banyak lah nak kene pantang makan kalau confirm gout ni :)

Prosedur:
Check darah - Serum Uric Acid.
Cer teke berapa result patient ni?
Kalau gout yang teruk, sampai jadi tophi tau
(refer gambar yang dalam circle)
- Nampak tak yang putih-putih tu?
 Nak tau apa kat dalam?
Jawapannye -> Deposition of Uric acid crystals.
Tajam-tajam ni..
* Ermmm...
SUA dia 626.

Take home message :
Sekarang ni banyak sangat penyakit yang dulu-dulu nya dihidapi orang tua tapi sekarang umo muda-muda dah kena. Pada pendapat aku, most probably adalah disebabkan faktor pemakanan kita yang tidak sihat. Kita kat Malaysia ni sangat mewah dengan varieties of food.