Monday, September 22, 2014

Bahagia ku rasa.

     Sabtu seawal 8pg aku dah kena attend kursus (dekat je pun). Pukul 2ptg habis. Aku sebenarnye tak sabar nak tggu encik asben balik. Macam dah lama sangat tak jumpa. Padahal selasa ritu baru gi jalan2 ~ Jalan-jalan cari makan. Ingatnye nak bawak anak-anak jalan2 makan angin luar negeri (bukan luar negara ye:). Rupenye asben nak kene balik awal ke kem (Ahad pagi). Nak kene bertolak semula ke Trolak, Perak. Die kene uruskan latihan pegawai yang akan naik Leftenan-Kapten (jangan tanye lelebih, aku x brape faham kerja army ni eventhough dah banyak kali aku mintak asben explain). 
    Disebabkan masa yang terlalu singkat, kitorang lepak jelah umah mak cam biasa. Nak balik rumah pun entah knape aku tak larat sangat. Lama jugak aku tido lepas balik kursus tu - dalam 2jam kot (aku mana biasa tido siang.. Sebulan sekali ade lah kott).
     Dok rumah takde buat aktiviti pape. Tapi, aku rasa seronok sangat. Jarang asben aku layan anak-anak sebab selalu dia lebih tido - penat busy kat kem ada je keje katanye. Petang tu dia mandikan 3 budak tecik ni. Mama tolong pakaikan baju je. Terasa ringan sikit kerja mama. Bagi yang takde pengalaman mesti fikir apelah sangat nak mandikan budak, kan? HUhu...kalau nak rasa mencabar, meh try mandikan 3 hero yang sangat lasak ni. Dengan air 'banjir' sampai ke luar, 'air pancut' ke ceiling,  buih sabun sebesen & penuh kat lantai, air paip/sink/shower sume bukak sehabis boleh, aktiviti membasuh jamban tanpa diminta, dsb...hahaha..memang best.
     Usai Maghrib, Abe mintak papa ajar baca buku skolah alif,ba,ta dia. Mama dok tepi tengokkan si adik-adik yang selalu jadi tukang kacau. Abe dok atas riba papa. Sejuk hati mama tengok. Selalu dia dok atas mama je.
     Pagi Ahad, aku dengar riuh-rendah suara anak aku kat luar. Rupenye perati papa basuhkan kete mama. Kete mama tu memang sebulan skali baru basuh. Sebab x sempat nak bawak pi 'laundry'. Balik keje dah penat. Weekend pulak masa untuk buat semua kerja rumah yang di'qada'. Ermmm...
     Malamnya, papa tido dalam hutan bertemankan unggas-unggas. Kat rumah, entah kenapa Iri asik sebut pa-pa x renti (baru seminggu pandai sebut few words). Rindu agaknya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kami anak-beranak.
Kapt Enche Mohd Salmi.
Posted via Blogaway

Taat pada Allah.

" Boleh jadi kamu benci terhadap sesuatu
sedangkan,
ia lebih baik bagimu..."
 
     Pernah/ biasa dengar ayat ni kan? Tapi, pernah alami tak situasi di mana kita terpaksa membuat pilihan tapi kita buntu nak pilih yang mana satu ? ATAU kita bukan nak buat pilihan pun tapi tiba-tiba kita terjebak dalam suatu keadaan yang buat kita resah, gelisah, serba tak tentu ...kenapalah kita terpaksa hadapi semua tu? Mungkin sekarang tak terfikir ...
     Jom kita muhasabah diri (especially yang tengah menaip ni) - recall balik apa tindakan kita dalam situasi-situasi macam yang aku sebutkan kat atas ...apa tindakan kita? - merungut, marah-marah, menyalahkan takdir, dsb ? Adakah kita berbalik menadah tangan memohon ampun & berdoa pada Allah atau kita just ikut hawa nafsu kita ? And after that, apa natijah /kesan yang kita dapat dari pilihan kita tu?
 
# Am I making this complicated? Ooopppsss...sorry :)
 


Sunday, September 21, 2014

Cybersale ~ Malaysia's biggest online sale.

Aku tau ramai yang suka online shopping kan. So, apa lagi...scroll down tengok apa aku jumpa? Semestinye kene share dengan korang ni. 
4,500 merchants from 250 E-marketplace
offering more than 225,000 online deals
with up to 90% discounts & attractive prizes ti be won.
Antara contoh merchants.
Lagi contoh.
There's a lot more.
Happy browsing :)

Power bank Pineng.

Dok mencari power bank ni lama dah. Tapi, aku ni jenis malas survey. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang - terbaca entri ni ~ Jualan murah sampai bersih powerbank (bukannye search). Terus tanya, memang available. Alhamdulillah dah selamat buat payment. Insyaallah Shark pos Isnin - on request (aku mintak dia pos alamat klinik sebab alamat rumah mak abang posmen slalu tak jumpa).
Aku pilih yang ni 2.
10,000 mAh - RM65.
Kenapa tak pilih yang 20,000 mAh je terus - RM120 je.
Well,  I got my own reason.
(Kadang2 reason aku tu tak masuk akal pun.
So, better korang takyah tau. Hehe..)
Initially nak beli yang transformers ni.
Nampak lambang transformers tu cam cantik kan?
Tapi, x jadi sebab macam a bit thicker than yg atas tun
    Colleague kata brand Pineng ni bagus. Aku taktau memula tu. Ingat brand cikai je. Dah tau apa lagi... 

Perjalanan Blog Bersama Nur as.


Klik banner untuk join. 
Komen tentang blog nur as:
Saya tak pandai nak komen lah. Kemas tu mmg kemas kalau nak compare dengan blog saya memang sarat. And yang best tu sebab laju je - tak loading. 

6 hak muslim.

     Dalam tak sedar, banyak perkara yang kita abaikan saban hari. Sedangkan kalau kita beringat & kita praktikkan apa yang kita tau ni, tentu sekali banyak ganjaran dari Allah kat kita. Walaubagaimanapun, penting kita tau bukan semata-mata ganjaran yang kita patut kejar, tapi lebih kepada keredhaan Allah.
     Harap dapat baca tulisan kat bawah ni.

Cinta sempurna.

Sekadar perkongsian bersama...

" Jangan pernah mengharap cinta sempurna sesama manusia
kerana segala yang sempurna hanya dari ALLAH."
Kata-kata ni lahir dari hati aku sendiri..
Lahir setelah aku belajar apa makna redha serta syukur..
Setelah aku mengalah pada keadaan ..
Aku tau aku ni manusia yang sentiasa mahukan keadilan,
meaning kalau aku dah buat yang terbaik tapi kalau orang bagi sh*t..
aku akan marah, geram, dsb ..
tapi,
sekarang aku dah tolak semua perasaan tu ke tepi.
Aku jadi penat bila fikirkan semua tu.
Dan aku rasa semua tu hanya buang masa.
Banyak yang aku fikir sebelum ni ...
Aku bukan fikirkan pasal diri aku ..
Tapi,
ermmmm...hanya Allah yang tau apa dalam hati ni.
Banyak kemungkinan buruk yang aku takutkan
tapi
aku tau aku tiada daya . .
It's better if I can do my best & biarlah Allah tentukan segalanya.
 

Saturday, September 20, 2014

Kalau dah jodoh - UKE.

     Nama Ustaz Kazim Elias ni memang tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum umumnya & Umat Islam khususnya. Nama jolokan (nama glamour) beliau adalah UKE. Aku memang minat betul (minat gile) ngan UKE ni. Rase nak pergi je program ceramah beliau weekend ni. Tapi, fikir 2 kali sebab jauh jugak kalau nak drive ke Port Dickson malam-malam kan. Bukanlah tak pernah drive memalam dari PD ke Seremban. Tapi, tu dah terpaksa sebab kerja malam (extended hours). Bukan apa, aku ni kan perempuan. Kalau jadi apa-apa tengah highway nanti susah pulak kan. Tapi, still aku akan fikirkan ni.
Jemputan Program Ceramah Agama.
 
Penceramah : YBhg Ustaz Mohammad Kazim B Elias Al-Hafiz.
 
Pada
Tarikh: 21/9/2014 (Ahad)
Masa: 8.45 mlm
Tempat: Padang Kawad PUSASDA
 
Tetamu Kehormat
YB Dato' Seri Utama Tan Sri Dr Hj Mohd Isa B Dato' Hj Abdul Samad

Pertunjukan TATTOO Tentera Darat 2014.

     Siapa ada plan nak pi Port Dickson weekend depan? Kalau datang tu, jangan pulak lepaskan peluang tonton pertunjukan ni ye. Pssttt..orang yang cakap ni pun tak pernah pi lagi. Teringin nak pegi tapi belum ade peluang. Kalau umur panjang insyaallah.
Tarikh :
26 & 27 Sept 2014
(Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat :
Padang Kawad PUSASDA
(Bandar Tentera Darat),
Port Dickson, NS.

Kurangkan garam.

     Siapa taktau yang pengambilan garam berlebihan boleh sebabkan Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)? Kene tahu tau because this is basic. One more, kalau makan daging merah (daging lembu/ kambing/ kerbau dsb) confirm patient yang memang dah known case hypertension ni rasa pening & bila check confirm bacaan tekanan darah 'melambung-lambung'.

     Berapa kuantiti garam yang kita perlukan sehari?
Pengambilan garam perlu dihadkan kepada 2400mg sehari.
* Nama lain garam ialah :
- Sodium, ATAU
- Natrium.
(Cuba tengok ni pada label kandungan makanan. Ada tulis sana kan?)
Garam ni memang ada dalam kebanyakkan makanan yang diproses macam kat bawah ni. So, beware tau ...
Tau tak yang ni ?
1 sudu makan kicap cair = 1250mg sodium.
1 sudu makan sos tiram = 750mg sodium.
1 sudu makan sos tomato = 150g sodium.
** So, kalau makan sos kat KFC tu biarlah berpada-pada ye :)
     Apa kebaikan kalau kita hadkan pengambilan garam ni?Okey, ini adalah benefits yang kita dapat selepas 4 minggu :;
Tekanan darah (BP) turun sebanyak 5mmHg.
Risiko stroke menurun sebanyak 20%.
Risiko sakit jantung menurun sebanyak 18%.