Monday, September 15, 2014

Moist chocolate cake.

     Petang semalam saje bawak anak-anak round pekan. Duduk dalam kete je. Tak keluar pun. Saje bawak depa lalu kat 1 roundabout ni sebab ada fountain situ. Abe suka tengok air pancut tu. Heboh dia, "Mama, air patut..air patut!" Ajik tu pelat. Hampir semua perkataan dia orang lain tak faham. Tok dia pun tak faham. Haha. Ada sesape yang facing same problem cam aku ke? Meh lah share. Aku dalam dilema lagi samada nak refer speech therapist (saranan Pediatrician.)
     Penat pusing-pusing, kitorang pun baliklah. Tapi, sempat menyinggah kat Petronas sebab banyak dapat order. "Mama, Abe nak air kotak coklat. " "Mama, Ati (Ajik) nak air toya (soya)." Kat dalan Kedai Mesra tu pulak nampak kek ni. Walaupun harga dah naik seringgit tapi Mama tetap beli sebab kami 4 beranak ni 'hantu kek'.
Siap ada wrapping special.
That's why kot harganya mahal compare biasa.
Selalu kat mana-mana pun aku beli just RM5
(rasa & packaging standard).
Rupa di dalam.
* Rasenye tak perlu buat wrapping kat luar tu kott sebab aku nak makan kek dia je bukan nak makan kertas tu. Haha..ayat nak makan penampau.

Pencil case ~ hand-made.

     Sekali lagi aku menggunakan khidmat Mesin jahit TOYOTA tersayang. Kali ni buat pencil case pulak. Pssttt..actually bekas letak pensel warna Abe (kotak nyer dah 'ranap') hasiltangan Ajik.
Luar - kain cotton polka-dot purple.
Dalam - kain cotton plain warna green apple.
Kali ni letak butang colourful yang beli kat
CG Handicraft, Seremban.
* Sila abaikan kecomotan jahitan sebab
tukang jahit ni tak pernah berguru dengan sesiapa.
Hehe..
Entri berkaitan ~ Pouch smartphone.

Sekian lama tak balik rumah..

Sabtu, 13/9/14.  
     Anak-anak dah bising, "Mama, kenapa kita tak balik-balik rumah kita?" "Sabarlah, sayang. Bahaya lah balik rumah. Papa kan takde." "Hari tu papa takde pun mama balik je rumah. Kenapa ni papa takde mama tak balik rumah?" Alah si Abe ni, banyak sangat soalan dia. Kalau dilayan makin menjadi. Dia taktau yang mama dia ni bukan setiap masa berani pun. Terkadang rasa takut tu tetap menyelubungi diri. Tambahan pulak Iri masih tak sihat ~ Day 5 fever. Darah pun dah check. Ada cerita kat entri ni ~ Iri oh Iri - Viral fever lagi.
Baju asik kene muntah je.
* Memanjang tido je.
Kalau sedar pun just duduk. Tapi duduk pun tak stable. 
Antara kisah si bongsu ni:-

Ni pulak gelagat abang2. Alhamdulillah Ajik walaupun demam tapi kekal aktif. 
Sampai sakit mata baru nak stop main game.
Yang sorang ni entah hape dia tekan.
Selalu pun aku tengok dia pegang tab upside-down.
Refer entri ni juga ye ~ Winds - tablet China Abe.
Walau apepun, tetap happy tengok gelagat anak-anak yang sedang membesar ~ I love it most when..

Saturday, September 13, 2014

Aktiviti menarik buat si manja.

     Abe ada buku-buku bacaan (macamlah dia pandai bace. Hehe..) yang dalamnya ada banyak aktiviti menarik. Dia kalau dah buat sekali, memang tak boleh padam dah. Punyelah dia tekan mata pensel dia macam nak terkoyak buku. Sayang kan? Bila adik-adik dah besar dah tak boleh buat aktiviti sama.
     Mujur 1 day aku terbaca kat blog Kak Farrah supaya buat macam bawah ni:
1. Masukkan kertas aktiviti dalam fail plastik.
2. Buat aktiviti guna marker pen ~ just conteng kat plastik je.
Fail plastik - RM1.90.
Contoh aktiviti - bulatkan hadiah untuk papa.
Cth aktiviti lain
- Mencari laluan sebenar.
Cth aktiviti - Mencari barang tersembunyi.
Siap tunjuk gambar marker whiteboard yang aku beli
- dah siap, boleh erase balik.
     Syok kan, macam-macam aktiviti berunsur latihan kecekapan minda (betul kan?) yang anak-anak boleh buat. Thanx for the idea, K.Farrah.

Pouch smartphone.

     Someone kat rumah mak pakai pouch pink. Cantik kan? Rasa nak buat sendiri. Sebab kat rumah aku pun still banyak kain cotton + span yang belum digunakan. Setakat nak beli macam membazir je.
Ni lah pouch pink tu
- Gambar dari atas.
Gambar dari depan. 
     So, aku pun bawak 3 boys aku balik rumah. Lagi pun dah rindu kat rumah plus semangat yang berkobar-kobar untuk menjahit. Rumah memang teramatlah bersawang. Lepas vacuum rumah, aku pun start menjahit guna Mesin jahit TOYOTA tersayang. 
Tengoklah hasil yang tak seberapa kat bawah ni. Hehe.
Lady bug tu ganti manik.
Nampak tak macam nak tercabut?
Lepas ni nak gam dgn glue gun - cari tak jumpa pulak :(
LUAR - kain cotton bunga.
DALAM - kain cotton plain merah.
* Memang tak berseni lgsg. Asal boleh guna je:)

Winds - tablet China Abe.

     Aku sebenarnye malas nak ajar anak asik main game je kat phone or tablet. Tapi, kesian pulak bila jumpa cuzin2 dia depa kedekut nak bagi pinjam. So, aku belilah yang China. Around RM170 je..free cover. Sayang nak beli mahal2 sebab anak-anak aku ni 'ganas' jugak le. Almaklumlah anak jate. Then, anak army pulak tu. Marah sikit je..habis terbang melayang barang kat tangan. Lagi satu, macam-macam penyakit boleh dapat, antaranya:-
- Jari-jemari kebas.
- Migrain.
- Rabun.
- Bongkok, dsb.
Adik-adik sebagai pemerhati abang
(dikiri & kanan).
* Cth yang x baik - main game sampai takmo mandi.
And, perhatikan POSTURE DUDUK Abe tu!
Iri dah bosan - terus bangun.
Agaknye dia pikir buatpe tunggu bukannya Abe bagi pinjam pun.
(pepandai je mama dia kan?)
      Tablet China yang first dulu pecah skrin sebab kene hempas. Yang second ni takde jatuh ape pun tapi tak sampai sebulan pakai asik hang je pulak. Tak lame tu, batt pulak kong. Kalau nak main, terpaksa smbil charging. Kesian pulak aku tengok. So, terpaksalah aku grab 2 Lenovo A7-30.ni kat dorang. Adik Iri lenkali tau sebab awak tecik lagi.

Untuk Marissa Dayana.


Bukan semua untuk Yana.
Ada yang M.Ngah sendiri punya.
Hehe.
     Korang tau kan aku ada 3 orang anak, yang mana semuanya boys. Tapi, aku ni kemaruk bila tengok barangan girlish ni. Kalau nampak yang comel & termampu, aku akan belikan jugak kat anak buah aku. Setakat ni aku ada 3 anak buah gegirl - Yana, Amanda, Ezzara. Alamak, fullname aku tak hengat. 3 boys + 3 girls = 6 orang cucu makayah aku ada.
     Mama Yana & Amanda ni cikgu Fizik & Maths (ke Add Maths..aku x hengat. Aku ni memang pelupa). So, sekarang depa balik rumah Tok sebab cuti skolah kan seminggu lebih. Seronok bukan mainlah anak-anak aku jumpa Yana. Dok bawah meja makan je lah kejenye. Oooppps, meja makan? Haha xD...inilah tempat fevret budak-budak ni. Macam xde tempat lain depa nak duduk.

Friday, September 12, 2014

Purposedly done!

     About 1 week before Hari Merdeka tu, staff aku kata, adalah 1 patient ni ngamuk sebab aku double park depan kete dia. Masa aku datang pagi tu memang aku tak puas hati sebab parking penuh. Guard pulak aku taktau macamane dia buat keje habis semua kete patients pun dia biar masuk tempat staff. So, macam biasa aku double park je lah. Dah memang namanye parking staff. Semua staff tau kete aku. Kalau tak boleh kluar memang dorang cari aku. Biasanya pun kitorang semua akan double-triple park antara sesama kitorang.
     Pagi tu aku dah inform kat F, PRA klinik sebab dia slalu ada kat luar, "Kalau ada patients nak kluar, suruh dia masuk cari saya kat bilik MO." Bukan jauh sangat pun. Boleh aku bagi nasihat skali. Dekat2 tengahari F tanya, ada tak driver tu cari aku? "Takde pun." "Tadi, ada patient ngamuk kata Dr kurang ajar. Siap ambik gambar kete Dr." "Amboiiii. Tapi, baguslah. Glamour lah kalau viral kt laman sosial." Yaksss..
     Mase tu aku x check pun kete ada calar tak. Mana nak ingat. Aku tau pergi kerja-buat kerja-balik kerja. Ni baru nak perasan ada calar kiri-kanan kereta. Dituris dengan benda tajam (bukan depan-belakang..silap info).
Ni conversation aku & colleague
kat wassap group kitorang.
* Masa ni baru nak perasan.


Iri oh Iri - Viral fever lagi.

     Kalau ikut, malam ni dah malam ke-4 Iri demam. Panas betul - 39C. Siap pakej dengan muntah-muntah non-stop. Sampai takmo makan. Takde selera agaknya. Badan yang tengah membesar dah mula susut balik. Baru je timbang 10.7kg last week (1 year 3 month +). Sekarang taktau lah dah berapa turunnya. Jalan pun terhuyung-hayang. Nampak sangat takde energy.
     Aku pun tak faham napelah asik demam sedangkan makan ok je. Tiap hari makan bubur letak sayur+lauk. Takde masalah malnourished pun. Kalau ikutkan, budak malnourished yang hadapi masalah low immunity ni. Tapi Iri tak malnourished pun. Ermmmm..
Baru sampai rumah.
Tadi bawa Iri pi klinik ambik darah ~ check FBC.
Nasib baik Viral fever je.
Sedap Iri tidur dalam kete.
Dah sampai rumah pun ni..tapi, mama biar je dia tido.
Tak sampai hati nak kejut.
Dah bertukar posisi.
Refer entri ni juga ~ Sume anakku mendemam.

Muka kusam.

     Ingat tak aku pernah share tentang skin care aku? Refer sini ~Skin Care. Biasalah, awal-awal tu timing pakai cream semua sharp. Alhamdulillah results pun mengancam (kira ok lah..) Walaupun, takdelah muka aku transform macam Neelofa hehe. Ehh..takde ape-ape maksud tau. Saje letak contoh Neelofa sebab dia cantik. And also Wardina (sangat kuminati dari dulu). Tapi, dua2 pun ada darah mix mana tak cantik kan. Aku pun mix - Jolobu,N9 + Bukit Merah, Perak. Ahakss.
     Sekarang, apa sudah jadi? Biasalah.. manusia yang bernama Shikin ni mudah lupa kan. Bila rasa muka cam dah ok, terus jaga muka ala kadar je. Ikut kerajinan je. So, resultnye pun..alpaham-paham le. U olzzz jangan jadi cam aku tau. Kulit ni sama cam perut jugak. Kena betul2 jaga. Kalau tak, dia meragam.
     2 hari lepas, muka aku nampak macam dah timbul banyak whitehead kecik2 & sedikit kusam. Alhamdulillah bila mula rajin jaga balik.. makin back to normal.
* Take home message ~> buat papepun kene rajin, konsisten & apa2 yang seangkatan dengannya.