Monday, August 25, 2014

Electrocardiogram (ECG).

~ Autopublish entry ~
     Minggu lepas memang banyak betul kes heart attack (MI @ myocardial infarction) kat klinik kitorang. That's why aku up entry ni. Patients ni tak semuanya datang dengan chest pain secara tiba-tiba. Ada yang datang sebab epigastric pain ataupun breathlessness (kesukaran bernafas).
     Cepat-cepat MA or nurse buat ECG.
Contoh pesakit yang sedang dibuat ujian ECG.
Ada 12 leads yang 'dibaca'
- Lead I, II, III,
V1,V2, V3, V4, V5, V6,
aVR, aVL, aVF.
Setiap 1 lead menunjukkan kawasan jantung tertentu
- Anterior (depan), posterior (belakang), inferior (bawah),
lateral (tepi & menjauhi midline).
* Ini penting for purpose of diagnosis.
Cth Diagnosis - Inferolateral MI.
Contoh ECG normal.
A. Ecg normal.
B. ECG untuk MI patient
- Ada ST Elevation.
 Tapi, awas..bukan semua ada macam Ecg B. Ada yang macam kat bawah ni (NSTEMI).
1. Ecg STEMI (macam Ecg B kat atas).
2 & 3. Ecg NSTEMI
(Non-ST Elevation MI)
     Bila dah confirm MI boleh crush 300mg aspirin dalam air bagi patient minum + bagi S/L GTN (monitor blood pressure takut drop). Bagi oxygen untuk maintain heart perfusion. Quickly kol ambulan & inform doctor kat bahagian emergency hospital (Red Zone) untuk send case.

* Kalau tak faham boleh tanya tau.
Soalan amat dialu-alukan. Aku ni excited sangat nak tunjuk changes kat ECG ni sebab ramai patient dok tanya :)

Pronounce death.

~ Autopublish entry ~
     Perkara ni memang menakutkan. Beberapa kes pesakit mati mase aku buat housemanship & aku kene check the deceased. Selalu dalam hati aku cakap, "Janganlah pesakit yang dah uzur mati masa aku oncall." (Macamlah boleh disekat kalau ajal dah menjemput. Erkk..)
ECG machine
- If not mistaken it costs around RM20k.
Jangan ingat murah tau :)
ECG shows asystole.
* Dah mendatar.
     Kitorang sentap kalau tiba-tiba ECG shows asystole..terus resus (resuscitate) patient. Kalau dah resus tetap asystole...maksudnya apa? Proceed check patient tu still alive or not.
     Jika begini...
- Pupils fixed & dilated.
- No spontaneous breathing.
- Carotid pulse absent.
- Femoral pulse absent.
- Cold & clammy.
- Blood pressure unrecorded.
Memang dah sah mati..
So, kenelah pronounce death to family members & write the date&time dalam file si mati.

#Aku pernah terpikir,  macamane kalau sebenarnye patient tu tak mati tapi jantungnye cuma berhenti seketika. Tak pasal kan...

Sunday, August 24, 2014

Google Yourself @ xeefunapps.com

      Hari ni rasa betul2 tak best sebab aku ada masa blogwalking tapi wifi aku dok blinking je. Data plan kat fon aku ni...lagilah x best. Tapi, apepun tetap kuharungi jua [sambil mengomel dalam hati]. And rupanya memang tak sia2 aku sacrifice masa aku sebab i found another interesting entry kat blog Akif Imtiyaz ~ Google yourself & see crazy things about you.
Ni result aku.
Biaq betoiii?
Ceq macam tak pecaya ja - sebab apa yang depa kata
tentang ceq memang betoi la.
(Bila masa pulak tukar bahasa ni?
Ni namenye Shikin dah buang tebiat).
This is another results.
Aku try apps ni twice tadi.
Ape pendapat korang tentang apps ni ek?
Cuba try test korang nyer dulu & don't forget to share,ok ;)

Which celebrity I look alike?

~ Autopublish entry ~
Klik gambar. 
     Aku came across apps ni masa BW blog Akif Imtiyaz tadi. Best pulak aku rase. Ni yang try. Sekali keluar tu diaaa .... tak memadan. Aku vs Diana Danielle. Mesti Farid Kamil kalau tengok ni akan gelakkan aku skali kott.
Diana Danielle.
     Apa yang sama ek? Gambar yang aku guna kat FB yang kat bawah ni.
Maybe sebab masa tu cara aku senyum cenggitu cam nak sama pulak. Hadoiii ...parah kalau perasan tak kena tempat ni.
     Sila abaikan semua di atas. Heheh..

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP.

Klik banner untuk join. 
Hadiahnye memang sangat kuidamkan:)
Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

Palm Mall & Seremban Prima, Seremban.

Sabtu, 23/8/14.
     Harini papa tak keje so dapatlah bawa my angels keluar. Memang dah lama berhajat nak beli baju tidur Ziqri sebab baju suma dah lama. Actually nya, aku bukan kesah baju lama ke baru. Aku cuma kesiankan anak aku sebab baju semua dah sendat (a.k.a fit), sampai terangkat nampak perut. Dah pulak boncet. Hehehe..
     So, kami straight ke Palm Mall, Kemayan Square - tepi KPJ Seremban. Masa tu baru lepas hujan lebat. Tinggal hujan renyai-renyai je. Tapi jalan memang banyaklah lopak-lopak air. Habis basah skirt aku.

Dari kiri : Iri, mama, Haziq.
Awaiting papa cari trolley barang.

Macam-macam aksi.
Jangan tergolek sudaa..
     Pusing punya pusing, tak jumpa pulak baju kanak-kanak. So, masuk Giant je lah buat beli pampers & susu anak. Kebetulan tengah ada diskaun. Susu Dutch Lady 123 1kg - Biasa RM27.++, rini RM21.++ (Susu Dutch Baby 1kg lebih mahal - RM31.90). Tak pusing habis pun sebab kitorang tak berkenan sangat senibina bangunan ni - buatkan ia nampak not spacious). Sedara aku kata, toilet2 dalam Palm Mall ni takde cermin. Malas cerita lelebih ..serraaaammm.
Nak balik dah ni. Tengah tunggu papa amek kete.
Yang berdua ni geram betul dengan fountain kat bahagian entrance.
Puas mama larang jangan dekat sangat..risau kalau jatuh tergelincir dalam kolam.
" Woww air ni boleh tukar warna lah, mama.
Ada lampu warna-warni."
Yang si kecik dalam trolley tu dah tak
senang duduk siap tunjuk2 arah abang2 dia. 
     Dah Maghrib, so balik rumah solat dulu. Lepas tu, singgah open house jap. Mentekedarah..Hehe..
After that, gi Seremban Prima pulak. Seremban Prima ni opposite Komuter Seremban. Alhamdulillah tercapai hajat nak beli baju Ziqri...walaupun bukan harga SALE. Uwaaaaa......

Dari kiri :-
1. Mama soh Abe diri sini sebab kat belakang tu ada anak2 patung comel.
2. Tengoklah gaya dia berdua ni - memang sukar dikawal kalau dah keluar.
Penat mama terjerit-jerit.
3. Membelek2 walker sebab semua comel2.
Nak mama belikan ke?
4. Deretan baju kanak2 yang 'menyamankan' mata yang memandang
(Dun know the suitable word).
Selesai beli sebeg.
 Taraaaaaaaaa....
Atas - sepasang baju daytime.
Bawah - 3 pasang baju tidur.
Kat Seremban ni brand yang best setakat Anakku.
Lainlah KL..banyak brand yang best & bila sale murah gegila.
Takpelah..syukur dengan apa yang ada.
SELAMAT MALAM, SEMUA :) 

Cukai Tanah.

Please refer sini untuk cukai taksiran - Cukai taksiran.
Refer sini kalau tengah cari rumah - Belum beli rumah?

Berbeza dengan cukai taksiran, cukai tanah hanya sampai kat korang sekali je setahun.
Korang kene buat payment before 1 JUN tiap-tiap tahun.
Kalau tak follow date ni – korang akan terima Notis Tuntutan (Borang 6A).
*Denda lewat sebanyak 5% akan dikenakan masa korang  buat payment tu.

Kalau tak bayar jugak dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh arahan Notis -> tanah korang akan dirampas di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.
Contoh Cukai Tanah aku - RM58
* Tarikh bayar - Sebelum 1 Jun.
Macamana nak bayar?
Cara bayaran ada tertera di belakang surat cukai korang.
Boleh buat secara:

- Kiriman wang/wang pos/bank draf
- Kaunter-kaunter bayaran
- Secara online

Untuk NS, buka laman web ni http://www.ns.gov.my/ptgns (arahan kat website ni very simple. Kejap je korang dah boleh setel.

Kurangkan Lemak.

Doctor selalu membebel pasal kurangkan fat intake kan?
Betul tak, korang?
 
So, apa itu lemak?
Apakah jenis-jenis lemak?
Apa pulak fungsi lemak?

Okey..
Lemak ada 2 jenis:

1. Lemak tepu
- Sejenis lemak yang akan menjadi  beku & keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Cth: daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi, aiskrim.

2. Lemak tak tepu
- Sejenis lemak yang lembut & cair pada suhu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.
Terdapat 2 jenis lemak tak tepu.

Lemak mono tak tepu
Most kekacang
Minyak zaitun
Minyak kanola
Minyak biji bunga matahari
Minyak bijan

Lemak poli tak tepu
Minyak kacang soya
Minyak bijan
Minyak jagung
Beberapa jenis ikan seperti salmon atau tuna

Apa pula kesannya kalau lemak ni kita ambil SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan:
Berlebihan berat badan
Meningkatkan paras kolesterol dalam darah
Meningkatkan risiko :
- Penyakit jantung
- Diabetes (kencing manis)
- Beberapa jenis penyakit kanser

Ada tak tips untuk kurangkan pengambilan lemak?
- Kurangkan pengambilan makanan berminyak & bergoreng.
- Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayuran.
- Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu rendah lemak.
- Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak & buang lemak yang ada sebelum memasak.
- Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis & krim.
- Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti : membakar, merebus, mengukus atau memanggang daripada menggoreng.
- Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
 

Cukai taksiran.

Bagi yang dah membeli rumah confirm korang familiar dengan 2 cukai ni:
1. Cukai taksiran /cukai pintu.
2. Cukai Tanah.

Bagi yang belum beli rumah ni nak story sikit..

- Cukai taksiran ni akan sampai kat alamat korang sebanyak 2 kali setahun (setiap 6 bulan).
- Kadar bayarannya adalah sama setiap tahun.
(Unless kalau dia revise balik)
 * So far, rumah yang aku beli kat Nilai tahun 2008 (bank loan) takde pulak revision.
 * Rumah yang aku dok sekarang yang direvise – sebab katanya kadar sedia ada rendah dari sepatutnya. Anyway, they will call up the residents for meeting at Majlis Bandaran sebelum decision dibuat.


Bayaran untuk cukai taksiran perlu dibuat sebelum bila?
Cukai taksiran pertama – sebelum 28 Feb
Cukai taksiran kedua – sebelum 31 Ogos

 
Ni contoh cukai taksiran aku.
Contoh: Nilai tahunan = RM3720.00
Taksiran tahunan = RM260.40
Maka, jumlah perlu dibayar adalah RM130.20
(half year).
Tarikh akhir bayaran seperti aku btau kat atas.
Ni adalah surat yang sama tapi at bottom part.
Menunjukkan tempoh bayaran yang dikenakan.
Contoh: JUL 2014 - DIS 2014. 
Apa jadi kalau melebihi tempoh bayaran?
Nanti korang akan terima Notis Tuntutan Borang E.

Macamana nak buat bayaran?
Ada panduan pada belakang surat yang korang dapat.
Macam aku, selalu bayar online je. Mudah & cepat. Tak perlu Q.

Kalau tukar alamat tu don’t forget to contact Jabatan Penilaian majlis bandaran tempat korang beli rumah. 

Saturday, August 23, 2014

Cara selamatkan anak choking /tercekik.

     Situasi anak tercekik sehingga menyebabkan kesukaran bernafas sememangnya sangat mencemaskan. Aku sendiri pernah mengalami situasi ni sebanyak 2kali. Walaupun ada knowledge tapi tak terlintas untuk buat waktu tu. Alhamdulillah suami ada (dia army & pernah dapat kursus resuscitation ni). Kali ke-2 alhamdulillah aku dah boleh praktikkan sebab pengalaman pertama banyak mengajar aku. So, aku nak kongsi sama ngan korang supaya tiada kehilangan nyawa terjadi macam yang aku pernah jumpa semasa aku bertugas dulu : tahun 2009.
Refer kisah sadis tu kat entri ni - Brought-in-dead (BID)

Ini algorithmnya.
Untuk kes anak aku, masa tu dia lingkungan umur 2 tahun setengah.
Dia tercekik kacang & terus tak dapat nafas.
Nasib baik aku nampak mase tu dia tengah berlari tak tentu arah
sambil menunduk & pegang leher dia.
Aku terus jerit panggil husband.
So, korang rasa step apa aku /husband perlu buat?
1. Anak aku tak dapat batuk.
2. Anak aku dalam keadaan sedar.
YES, buat Back Blows.

Back Blows
Cara buat Back Blows untuk infant.
(infant -> umur 1 year)

Cara buat Back Blows untuk child over 1 year.

Tapi, depends jugak..badan asben aku kan besar.
So, takde masalah untuk dia angkat & tonggeng je anak aku
sambil tepuk-tepuk belakang dia sampai kacang tu terpelanting keluar.
Agak-agaklah tepuk tu.
Jangan terlalu lemah-lembut memang tak selamatlah.
Jangan terlalu kasar pulak, bahaya jugak.
 
Macamana kalau dah buat back blows tapi objek tu tak keluar jugak?
Kalau budak tu still conscious, boleh buat manoeuvre seperti kat bawah:


Manoeuvres :-
1. Chest Thrusts.
2. Abdominal Thrusts.
Aim - create an 'artificial cough' to increase intrathoracic pressure
and dislodge the foreign body.
Chest Thrusts for infants.
(sama macam image kat atas)
 
Abdominal Thrusts for children above 1 year.

Kiri - Back Blows.
Kanan - Abdominal Thrusts.
(Jangan buat abdo thrusts untuk infant okay.)
So, senang je kan?
Harap sampaikan pada setiap orang yang anda kenal.
Soalan adalah dialu-alukan pada mereka yang tak clear dengan explaination aku ni.