Tuesday, August 19, 2014

Giveaway saya nak poskad dari Moscow!

Tamat 24 Ogos 2014. 
Klik banner untuk join :)
Tag:
Maria Firdz 
Mama Safiy Arfan 
Mommy Irra

Kulat kuku / Fungal nail.

~ Autopublish entry ~
Ade sesape yang kuku jadi buruk, rapuh & pecah-pecah macam dalam gambar ni?
Ihsan Google. 
Inilah jangkitan kulat yang jadi pada kuku. Selalunya sebab Onychomicosis. Selalu terjadi sebab keadaan yang lembap & pada immunocompromised patient (tahap ketahanan badan yang rendah).

Baru ni ada patient mengadu ada keluar ketulan putih-putih macam nasi dari celah kuku die. So, die nak ubat yang boleh 'inject' masuk dalam kuku. Manede ubat camtu kat KK. In fact, tak pernah lagilah aku dengar ade ubat camtu. Hehe..Treatment adalah cream Miconazole.
Ada patient pulak cakap dah apply cream ni tapi tak baik-baik pun. Well u olzzz.. disebabkan kulat kuku tu dah lama 'menapak', jadi..treatment pun will take a long period of time. Makan setahun jugak..sampai sume kuku lama tu replaced by kuku baru. 

Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di lorong gelap.

Sabtu, 16/8/14.
     Sambutan Hari Raya Aidilfitri lorong rumah aku. Walaupun aku jarang sangat dok rumah, tapi alhamdulillah hubungan dengan jiran baik. Ni pun actually jiran aku kol maklumkan kena bawak potluck. Di kesempatan ni juga, aku berhajat nak celebrate birthday anak-anak aku - tiga-tiga skali. Sonang...
Fokuskan pada meja belakang yang full dengan potluck.
Semua sedap belaka. Tapi, tak sempat rasa semua.
Biasalah..melayan anak-anak.
Ni jenuh nak gather tiga-tiga anak meow..
Ehhh...anak mama.
Mama nak suruh potong kek tapi dia berlari kesana-kemari.
Dapat idea ni..
" Happy Birthday Anak2 Soleh "
Moga menjadi anak-anak soleh, ye sayang.
Pandangan atas-:
Cantik tak? Chocolate indulgence cake.
Mula-mula love tu takde.
" Adik, boleh tak ambik warna merah
& tambah sikit love?"
Skali aku tengok....penuh kasih-sayang..
Si onet ni (Ziqri) baru belajar kene lepas kat luar.
Oooiiiii bukan main seronok
dengan sandal yang mama beli siang tadi kat Giant.
Tu yang semua rumah orang dia menyinggah..
pantang ada gate terbuka.
     Asben aku kata kol 2pg baru selesai.
Aku memang dah balik awal sebab anak-anak dah meragam sebab ngantuk. And of course mama terpaksa pura-pura tidur untuk bagi depa tidur. But, at last...ermmmm paham2 :)

Corong.

     Ni pun nak tunjuk. Ape kes?
Hehe..aku memang suka nak tunjuk anything yang boleh cepatkan keje. Takyah cerita lah..mesti korang dah tau kan?
     Ape nak panggil bende ni? Corong kott..
Dulu aku penah nampak orang guna ni untuk transfer minyak ke botol. Neway, banyak lagi benda lain boleh transfer guna benda alah ni. Cth:
- Bahan yang berbentuk butiran: beras, chocolate chip, chocolate rice, gula, dll.
- Bahan berbentuk cecair: air minuman (dari jug ke botol mineral), air gula dll.
Arrow: gambar corong - RM1.20.
Tape & pensel anak aku - untuk labeling.
Proses (lerr sangat) transfer air gula
dari periuk ke botol.
- mudah, cepat, not messy.
Tu aje ye ibu-ibu :)

Jamuan Hari Raya Aidilfitri di klinik.

Jumaat, 15/8/14.

Siang tu Adam Hadif ada jamuan raya dia.
Refer sini ~ Sambutan Hari Raya Aidilfitri PASTI. Malamnye pulak kat klinik mama. Initially ramai yang malas datang, including aku. Ye lah, malam-malam kan..
Tapi, bila pikir balik..best ape. Anak-anak pun happy.
Tengoklah betapa happy si Haziq tu.
Dia tu happy-go-lucky.
Orang tak gurau pun dia ingat orang gurau
or nak main2 dengan dia.
Haaa..kat tangan masing-masing dah ada sate.
Depa tolong rasmikan.
Padahal MC baru start bercakap kat depan.
Haziq siap nak tarik kaki
budak yang dok depan dia.
Dia tengok kaki goyang-goyang
jadi geram pulak.
     Mama bawak 2 orang ni je. Baby tinggal. Tok dia soh tinggal sebab nanti susah mama nak uruskan yang berdua ni. Sian baby Iri, melolong die bila mama tinggalkan. 2 orang ni pun tak terjaga sebab depa seronok berlari kluar masuk klinik sampai hilang lah kejap si Haziq tu.
* Lupa nak snap pic food siap-siap.
Macam-macam ada & semestinye sedap sangat.

Uji pengetahuan sejarah.

Sempena bulan kemerdekaan ini apa kata anda uji tahap pengetahuan anda dalam Matapelajaran sejarah peringkat SPM.
* Soklan ni dapat dari wassap group sepupu-sepapat aku yang otaknye tak berapa betul sama cam aku.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Paray

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Anaemia.

Tajuk ni maybe will give clearer picture kat korang tentang beza anaemia & thalassemia. Hehe..jangan kompius ye.

Aku up entry ni sebab:
1. Nak relate kan dengan tajuk ni ~ Apa itu thalassemia? dan Thalassemia screening.
2. Sebab ramai patient aku tanya apa beza dua menatang ni xD

Apa itu anaemia (secara ringkas)? :
- Is defined as low Hb (hemoglobin) concentration.
- Bagi man if kurang dari 13.5 g/dL
- Bagi woman if less than 11.5 g/dL

Nak tau jenis2 anaemia?
(klasifikasi berdasarkan MCV)

1. Low MCV
- IDA (iron deficiency anaemia) - most common cause
- Thalassemia
- Dll

2. Normal MCV
- Pregnancy
- Renal failure (patient yang dah on dialisis biasa dapat)
- Dll

3. High MCV
- B12 or folate deficiency
- Alcohol
- Dll

Apakah simptom (gejala) anaemia?
- Mudah penat
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Jantung berdegup laju
- Pening
- Pitam

Apakah sign (tanda) anaemia?
- Pallor (pucat)
- Tachycardia (nadi laju)
- Dll (takyah cerita nanti tambah pening).

Bila perlukan blood transfusion?
- Selalu kita jarang decide untuk transfuse unless Hb is dangerously low.
- Decision will depends on severity & cause.
Cth:
~Haemorrhage (bleeding) in active PUD (peptic ulcer disease).
~In severe anaemia with heart failure. 

Apa itu thalassemia?

Recently aku ada post entri ni ~Thalassemia screening.
Ramai juga yang confuse tapi yang best macam-macam soalan aku dapat.
So, rini aku nak share sikit pasal thalassemia bagi rough idea kat korang k. Tak perlu tau lebih2 sangat nanti korang pening..sebab topic ni is actually under molecular genetics. Kitorang pun belajar yang basic je xD.

Ape itu thalassemia?
Adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh sintesis (penghasilan) hemoglobin (Hb) yang tak seimbang (means Hb tu dah tak normal)
- Samada tiada globin chains yang normal dihasilkan, atau
- Penghasilan globin chains adalah kurang.
* Ni aku melayukan tau sebab English + Medical term will make korang pening .

Hb yang normal tu cemane?
Normal adult Hb (Hb A) - has 2 polypeptide globin chains (alpha & beta chains)

Adakah jenis Hb ni berbeza mengikut peringkat?
Ya. Jenis Hb akan berubah pada 3 peringkat:
1. Early embronic life (peringkat awal lagi..semasa dari percantuman ovum & sperma)
2. Fetal (janin - dalam kandungan)
3. Adult (selepas kelahiran ke dewasa)

Ni nak cerita lebih tentang beta-Thalassemia.
It can be divided into:

1. Thalassemia minor/ trait.
- Pesakit tiada simptom.
- Kalau anaemia pun..just mild or absent at all.

2. Thalassemia intermedia
-  Symptomatic, with moderate anaemia (Hb 7-10g/dL).
- Tak perlukan regular blood transfusion.
- Patients may have splenomegaly (pembengkakan limpa) & bone deformities.

3. Thalassemia major.
- Jenis ini biasanya dapat dikesan awal
-> during the 1st year of life dengan masalah berikut:
-- Failure to thrive (pembesaran terbantut) & recurrent bacterial infections.
-- Severe anaemia from 3-6 months.
-- Hepatosplenomegaly (pembengkakan hati & limpa) & bone expansion.
* Muka dorang ni sepesen ~ kita panggil as classical thalassaemic facies atau "Mongoloid" facies.
-- Perlu regular blood transfusion to keep Hb 9-10g/dL (maybe required every 4-6 weeks)
-- Management untuk ni actually banyak lagi.

Saturday, August 16, 2014

Ikan pun hidap kencing manis.

~ Autopublish entry ~
Dr. L: Pakcik, blood sugar pakcik tinggi ni.
Pakcik ada makan ubat tak?
Pakcik: Metformin tu saya bagi ikan dalam akuarium saya makan.

* Ini adalah 1 cara to offend the doctors.
Tapi, at the end siapa yang rugi?
* Orang lain ada yang tak cukup bekalan ubat, tapi ada pula yang baik hati bersedekah kat ikan.
Add caption
I wonder whether the fish get 'hypos' (hypoglycemia - kurang gula dalam darah)..
Ubat kencing manis - Metformin. 

Thalassemia screening.

~ Autopublish entry ~
     Dah lama nak up entri ni. Tapi, asik lupa nak snap gambar yang sepatutnya. Baru u olzzz dapat imagine sikit.
Macam patient ni, adik dia detected ada Thalassaemia.
Same goes to 2 orang anak adik dia.
So, dia datang untuk check juga.
As usual, kami akan order FBC
(full blood count)
Ni lah result FBC dia.
Untuk thalassemia screening kita akan review:
- HGB (hemoglobin)
- MCV
- MCH
Kalau tiga-tiga low, differential diagnosis ialah:
1. Iron defienciency anaemia (IDA).
2. Thalassemia. 
Next, order Full Blood Picture (FBP) pula.
Darah ni kan dihantar ke hospital untuk dilihat guna
microscope (done by Pathologist).
Pesakit akan diberi appointment antara 4-6 minggu untuk review results
Kalau patients datang earlier than that,
most likely result not yet ready.
Dalam FBP results ni Pathologist akan bagi impression & further plan. Cth:
1. Trial of haematinics 
(ubat tambah darah - iron, vitamin b complex, & boleh je kalau nak tambah folic acid skali).
2. Please proceed with Hb Analysis.