Saturday, September 6, 2014

Semua depa nak try.

2 hari berbeza.
Tapi, tempat yang sama - Seremban Prima.
Cer tengok, seronok kemain.
Kebanyakkan permainan ni just need 2 tokens.
2 tokens = RM1.
8/6/2014
Mama, Papa, Abe, Ajik, Iri.
Naik sesame bertiga.
Papa observe dari tepi je.
"Mama..mama, ni kapal Kapten Hook."
* Abe mase kecik bukan main takut naik benda alah ni
sebab dia kan bergegar.
4/9/2014
Mama & 2 Adams.
Sebaik Mama balik dari kerja.
"Mama, jom kita makan kat Chicken Rice Shop."
"Betul ke ni? Tapi kita pegi beli barang dulu lah."
"Olrite."
*Aku Tanya ni sebab anak aku tu bukan kuat makan. Teringin je lebih.
* Lepas tu nampak pulak mainan ni lagi skali.
Habis semua depa nak try. Pokailah mama macam ni.
Tengoklah deretan mainan ni.
Semua nak dicuba dek 2 beradik ni.
Ni yang terenterframe je..actually ada banyak lagi.

Friday, September 5, 2014

Pengebom blog.

Jom tengok siapa yang dimaksudkan. Jeng..jeng..jeng..

1. Kak JM (Jari Manis).
31/8/14 - 27 comments dari Kak JM.
 2. Kak Lya (Akif Imtiyaz).
5/9/14 - 37 comments dari Kak Lya.
3. Maria Firdz. 
5/9/14 - 23 comments dari Maria Firdz. 
Dorang ni kalau sekali bertandang, confirm termengah-mengah aku nak baca comments dorang. Hehe...tengoklah buktinya macam kat atas ni. So, apalagi, jom terjah blog dorang pulak. Just klik je images above, k:)

Bercuti di Genting Highland.

Seorang ayah niat bercuti dengan anak dan isterinya di Genting.. beliau pun telefon hotel di Genting Highland..

Ayah: Saya nak sewa bilik satu mlm..berapa ringgit??
Hotel: Satu malam RM300 tetapi kalau nak main.. kena bayar lain..
Ayah: Knp saya kna bayar kalau nak main?? Sy pergi dgn isteri saya..
Hotel: Memang kat sini mcm tu encik.. kalau bilik saje RM300.. kalau nak main..kena bayar lain.. walaupun dengan isteri encik..
Ayah: Mcm mana awak tahu saya main ke tak..
Hotel: Selepas encik bayar.. sebelum masuk..kita pakaikan gelang dulu..
Ayah: Awak ingat saya tak mampu ke sampai nak pakaikan GELANG???
Hotel: Bukan mcm tu encik.. bila dah pakai gelang.. encik dah bebas main berapa kali pun dalam sehari..
Ayah: Saya nak main brapa kali pun..ikut suka hati saya la..
Hotel: Maafkan saya encik.. tapi kita ada pakej family.. ibubapa... anak bleh main sekali..hanya sekali bayar sahaja...
Ayah: WOIIIIII ANAK AKU BARU 5 TAHUN LA....
Hotel: Owh.. 5 tahun bleh main free.. x payah pakai gelang...
Ayah: Kurang ajar... (terus letak telepon)

Takut hamil.

SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .

SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?

IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!

SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.

IBU : (terkejut) Apa?

SARI : (gementar) Ya, hamil.

IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...

SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.

IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.

SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak ko nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!

Lovely Readers August/14.

Sejuta kali sayang kat Top Commentators August untuk blog aku.
Keep in touch alwitz ya'.
Aku ada terfikir nak bagi cenderahati sikit tapi dah sebulan aku fikir takde idea apa nak hadiahkan kat korang. Insyaallah..kalau ada rezeki tu tak ke mana. Bagi yang tak tersenarai janganlah lepas ni takmo singgah blog aku pulak tau. Tanpa readers, siapalah bloggers picisan cam aku ni.
Ermmm...apsal saiz tak sama pulak ni.
P/S- Bukan niatku. Ni sebab tak pandai nak adjust.
Thanx a lotzzzz.. muah muah muah...

Jual Shiseido Mask murah.

Saya menjual Shiseido Mask dengan harga yang murah.
Boleh beli minimum 3pcs.
Pos biasa jika beli sedikit.
Pos laju jika melebihi 15pcs (SM-RM6, SS-RM9)
Ada 2 pilihan mask - seperti dalam gambar.
Untuk pertanyaan/order: PM Facebook Nazeck Zenal.
Shiseido Black Face Mask
- memulih, mencerah, menghalus, melembut kulit wajah.
- mengatasi suburn/ kulit tak sekata
- menyerap minyak 3x lebih berkesan
- membantu membuang whitehead & blackhead
- mengecilkan pori-pori.
Shiseido White Face Mask
- mencerah, memutih, menghalus wajah.
- mengurangkan kedutan
- mengangkat sel kulit mati
Sesuai untuk jenis kulit, including sensitive skin.

Thursday, September 4, 2014

Drama sama tiap pagi.

Drama apa ye?
Drama antara Mama & Ajik.
Ajik, anak kedua aku. Dia ni paling lambat tido.
Kalau dilayan, pukul 12mlm pun dok bergurau-senda lagi.
Tapi, dia jugaklah yang paling awal bangun tiap pagi.
Mengalahkan Abe yang nak ke tadika.
     Pagi-pagi bila dia nampak aku dah bersiap-siap pakai baju kerja, dia akan mula bertanya macam-macam soalan. And soklan tu memang predictable. Nape aku cakap camtu? Sebab setiap hari dia tanya aku soklan yang sama. Skrip sama je. Dah hapal dah. Tapi, aku tak pernah bosan. And I love it sooo much. Sebab aku tau 1 day semuanya akan jadi memori terindah yang aku akan ingat di hari tua nanti.

Ni soklan dia:-
A: Mama..mama..Mama nak pegi mana ni?
Aku: Mama nak pegi kerja.
A: Ajik nak ikut mama pegi keje.
Aku: Ajik duduk rumah ye. Jage adik tau.
A: Mama, papa mane?
Aku: Papa kat KL. Papa kerja.
A: Ajik nak pergi KN (ikut pelat dia) kat papa.
Aku: Tak boleh,  papa sibuk.

Begitulah setiap hari. Sambil bertanya tu tangan montel dia akan usap2 pipi aku macam aku pulak yang baby. (Selalunya aku yang buat camtu kat dia)

Fitonutrien.

Mengapa fitonutrien?
Setiap warna = Banyak faedah kesihatan.

Makanan Hijau
- mengekalkan pertumbuhan sel yang sihat & membantu memudahkan interaksi antara sel.

Makanan Putih
- menyokong penyenggaraan metabolisma tulang yang sihat.

Makanan Oren & Kuning
- menyokong kesihatan penglihatan & mengekalkan penghidratan kulit.

Makanan Merah
- menyokong kesihatan jantung, prostat & imuniti.

Makanan Biru & Ungu
- menyokong kesihatan otak & memberi perlindungan antioksidan.
Sumber - amagram Aug/14

Makanan untuk otak.


Sumber - amagram Aug/14.
Korang tau tak makanan apa yang boleh menyuburkan otak?
Please see below.

1. Bijiran penuh
- Saintis percaya bahawa makanan indeks glukosa rendah seperti bijirin penuh merupakan pilihan yang lebih baik kerana ia membebaskan bekalan tenaga berterusan bagi otak.

2. Ikan berminyak
- Pilihan terbaik sumber asid lemak omega-3: Salmon, ikan tuna bersirip biru, tenggiri & sardine.

3. Beri
- sejenis antioksidan.
- dalam sesetengah kajian : beri hitam nampaknya menambah baik ingatan jangka pendek & kemahiran motor.

4. Kekacang & bijian
- Walnut kaya asid lemak omega-3.
- Biji labu / sunflower seed (kuaci) : kaya Vit E.

5. Sayur-sayuran
- menurut Jabatan Pertanian AS: kandungan antioksidan yang tinggi seperti vitamin C & E boleh didapati dalam kubis & green leaf vege.

6. Avokado & tomato
- Avokado : sarat dengan asid lemak omega-3 & vitamins A - K, ia menyumbang kepada peredaran darah yang baik untuk otak yang sihat.
Tomato : menyumbang kepada jirim kelabu otak, merupakan sumber likopena & beta-karotena yang baik yang membantu mencegah radikal bebas & melindungi otak agar berfungsi dengan baik.

Dah tugas army.

Ajik: Mama...papa mana?
Aku: Papa keje.
Ajik: Papa keje kat mana?
Aku: Papa keje kat KL.
Bal...bla...bla...

     Dulu, tiap hari dia akan tanyakan soalan ni. Sekarang dah jarang. Hati ibu mana yang tak sebak kalau tiap hari anak tanya pasal papa, kan? Tapi, apakan daya rutin harian yang membataskan. Asben, walaupun dok KL yang sejengkal je tu tapi jarang kami dapat bersua muka memandangkan waktu kerja dia yang tak menentu. Slalu dah balik Seremban pun kene panggil balik kem. Before this ada gak dia balik tapi dalam kol 12am lah. Then, balik kem kol 4.30am. Still anak tak dapat jumpa papa dia. So, better dia stay kem jelah kan. Takde lah bahaya nak ulang-alik.
P/S: Sapa yang nak kawen army tu, fikir masak-masak dulu before decide. Yang understanding ok lah :)

KKD @ Istana Negara.

Salam ceria semua.
Saje nak share pic aktiviti en. asben memandangkan ada yang interested nak tau life kalau jadi wife seorang army. Well, ini adalah life en. asben yang sentiasa busy. But, please take note tugas army ni lain-lain ea depends pada tempat dia bertugas.

Kapt. Enche Mohd Salmi.
Pic taken @ dawn.
Pintu Gerbang Istana Negara.
So, inilah KKD a.k.a Kawalan Kehormatan Darjat.
Cantik, kan?

Wednesday, September 3, 2014

Wordless Wednesday.

Sumber image: FB K.Seri (owner Seri Spa).

Otak wanita.

Otak wanita sememangnya diatur bagi melakukan pelbagai tugas. Wanita dapat melakukan beberapa perkara yang tidak berkaitan pada 1 masa kerana otaknya sentiasa aktif & tidak berehat.

Cth:
1. Wanita dapat berborak di telefon & at the same time boleh mencuba resipi yang baru.
2. Wanita dapat bersolek sambil driving. * Aku le tuu..
3. Wanita boleh mendengar radio & juga bercakap kat hp.

Senang kata - multitasking lah. Lelaki jangan jeles hokey:)

Lelaki hanya dapat melakukan 1 perkara pada 1 masa.

Mengapa?
Hasil kajian:
Berpendapat yang otak lelaki bersifat khusus. Ia terbahagi dengan jelas. Saraf-saraf penyambung hemisfera kanan & kiri nya kurang dari wanita.

That's why...
1. Lelaki menutup radio kereta apabila berhenti membaca arah di papan tanda jalan.
2. Lelaki memperlahankan suara tv bila telefon berdering.
3. Lelaki tidak mendengar apa yang wanita katakan ketika dia sedang baca suratkhabar.
* Apabila dilihat imbasan otak semasa lelaki membaca, kita lihat gambaran yang dia bagaikan tidak mendengar.
4. Wanita dipersalahkan apabila lelaki terlepas simpang di jalan hanya kerana diajak bersembang.
5. Sekiranya lelaki sedang bercukur & kita bercakap dengannya, dia mendapat luka.

Ada wanita pernah memberitahu, apabila dia berasa marah kepada suaminya, dia sengaja bercakap ketika suaminya sedang menukul paku!
Good idea. Hehe..

Misteri mentega yang hilang.

Sambungan entri ni ~ Semuanya masuk akal.
Pernah tak korang berhadapan dengan lelaki yang mencari barang samada di dalam fridge atau almari tapi dorang tetap x jumpa barang yang dorang cari? Tak kirelah sapa orang tu: ayah, suami, saudara lelaki.
Cth: Seorang lelaki yang mencari mentega dalam fridge.

Hasil kajian:
Menunjukkan otak lelaki sebenarnya mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A. Apabila tulisan mentega tu menghadap arah lain, dia takkan nampak benda tu. That's why lelaki terpaksa pusingkan kepala dorang bagi melihat (kekiri&kekanan, dari atas & ke bawah).
Kesimpulan:
1. Kehidupan wanita menjadi kurang tertekan apabila mereka faham kesulitan lelaki melihat benda pada jarak dekat.

2. Lelaki juga akan menjadi kurang tertekan jika dia percaya akan kata2 wanita bahawa barang yang dicari ada di dalam fridge, dsb & terus mencari.
(Olahan buku Why men don't listen and women can't read maps.)

Tuesday, September 2, 2014

Rumah: Taman Senawang Perdana Fasa 2.

Info for those yang tengah cari rumah area Senawang.
Freehold.
50' x 80'
2 storey bungalow
From RM588,000.
Map.
Contact no.

Semuanya masuk akal.

" Isteri saya nampak sehelai rambut perang yang melekat pada baju saya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memarkir kereta. "

Biasa tak dengan situasi yang seakan-akan sama di atas?

Penjelasan :
1. Kebanyakkannya wanita mempunyai penglihatan periferi yang mampu mencapai 180 darjah.
- That's why wanita boleh melihat orang lain tanpa menggerakkan kepalanya. Mereka seakan-akan mampu melihat apa yang berlaku si belakang mereka.
- Wanita juga mampu lihat hampir semua isi kandungan peti sejuk tanpa menggerakkan kepala.
2. Kemahiran spatial atau ruang dimiliki lelaki.
- That's why mereka dapat mengagak jarak di antara belakang kereta & dinding garaj ketika kereta bergerak.

3. Lelaki mempunyai penglihatan seperti teropong.
- That's why lelaki dapat mencari dengan mudah kedai rokok yang berbatu-batu jauhnya, tetapi tidak pernah menjumpai barang yang mereka cari di dalam fridge,  almari ataupun laci.
(Olahan buku Why men don't listen and women can't read maps.)

This patient vs My patient.

4.30pm:

Topic perbualan hangat ialah seorang patient perempuan tua india, ex-senior teacher katenye. Threatened my colleague for complaint to MOH kalau Dr. L tak apologize to her directly. Ape cerr tah makcik tu? * Asalnya dia datang dengan bawa police report SELEPAS DILEMPANG OLEH PEKERJA DI 1 SHOPPING COMPLEX kat KL. *
#None of my business.
#Sian kat Dr. L jumpa patient psycho.

     Dalam semua doctors dok sibuk discuss, tetiba teringat Pakar2 kat hospital besar dulu...time ward round...HO semua mesti siap review patients memasing. Bila pakar sampai setiap katil, dia akan tanya, "Whose patient is this?" Meaning kitorang kene presentlah.
     Kalau kitorang start macam ni, "This patient is a 50 year old lady with a known case of...bla..bla..bla..", namanye memang 'menempah' lah.. Tak paham ea? By right kene present macam ni, " My patient is a.... bla..bla..bla.." Kalau ingat nama lagi bagus (wehh..ingat senang ke? Kes pun tak ingat..nama lagi lah. Patient bertukar ganti yang keluar-masuk wad. And, eventhough belum discharge pun, patient slalu kene tukar2 katil. Erk... Tak boleh tengok BHT/file patient hokey.
    Memang teruk life as HO ni. Tapi apepun life must go on. Dan kini, semua kesusahan yang aku alami dulu menjadi panduan untuk kerjaya aku sekarang.

Plat no. kete.

5.20pm
Otw balik rumah ~

     Depan kete aku ada kete Sentra hitam plat PGU ****. This reminds me of something. Something yang buat life aku & husband sangat ceria satu ketika dulu. Mase tu belum ada anak. Nak tau ke? Hehe. But then, lama dah benda tu berlalu. Tak ingat bila kitorang dah stop gegila cenggitu.
     Nak tau ke? Actually kitorang suka baca plat number sume kete yang kitorang nampak kat jalan. Siap buat challenge ~ sape baca paling banyak dia menang. Hehe..Takde keje kan?  Aku akan baca ikut Medical term, hUsband pulak ikut army die lah. Cth: NBM - nil by mouth, BKA - below knee amputation, PGU - perforated gastric ulcer. Askar nyer x ingat pulak.
    Alah..slalunye mengarut je. Cth: DBB - debab, DBE - debe, WTH - what the hell (uhuks). Macam tu lah kitorang dulu. Sekarang.. seswai ke?

Segmen Kapas Putih September Bloglist.

TAMAT 2/9/14
SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist
Klik banner untuk join.

Monday, September 1, 2014

Kamu yang mana?

Salam Isnin...
~ mood cuti ~   

Istiqamah dalam boikot barangan Israel.


https://m.facebook.com/aqsa.syarif
Klik image to redirect you to FB Aqsa Syarif.
     Alhamdulillah Palestin dah merdeka dari bedilan bom perang Zionis. Namun, beware ye kalau dah puak zalim tu sampai bila-bila pun kita tak boleh pakai janji depa. Kita kena sentiasa berjaga-jaga. Please ISTIQAMAH (CONSISTENT) memboikot produk Israel yang pastinya menyumbang kepada Zionis ni. Please jangan nak tambah semula dana perang depa sebab kita taktau lepas ni depa nak serang sapa pulak. Nauzubillahhiminzaalik...

Majlis Perkahwinan Adi & Lin.


Dah on flash, tapi gelap jugak.
Sorry tau korang.
Aku & Shaz - wife Hassan (sepupu yang sebaya ngan aku).
Shaz ni 1 batch adik aku, sama belajar kat SSP
(Sekolah Seri Puteri).
Kecik kan dunia ni? Tak sangka kawan jadi sedara.

Macam biasa, Mama & angels.
Lagi sorang tu memang suka merayau sendiri - Overactive.
Baby Iri ni pulak dah boleh jalan tapi pantang lepas,
memang puaslah nak kejar semula (1 year 3 months+).
     Anak-anak kecik mana leh tahan lama berpanas kat khemah. So, kitorang balik homestay semula lepas siap menjamu selera. Besar kan homestay ni? If not mistaken, RM230 untuk 2 hari 1 malam - masuk 4.30ptg,30/9. Keluar pun dah lebih 4.30ptg, 31/9.
Ni keluarga besar mak aku - makcik & pakcik (siblings mak),
dan juga sepupu-sepapat aku dengan anak memasing.
Trust me, ni sebahagian kecik je..
     Ni kitorang singgah balik petang tu, sebelum berangkat balik ke Seremban semula.
Sempat bergambar kat pelamin.
Pengantin bergambar kat outdoor - tak sempat jumpa.
Ni aku & adik2 aku.

To Sungai Siput with love.

Sabtu, 30/9/14:-
     Ingat lagi tak entri baru ni - Nak Lari. So, inilah destinasi yang aku maksudkan. Ke Sungai Siput bersama keluarga untuk gi rumah Pak Ndak aku hadiri wedding anak dia, Lin (adik sepupu aku). Biasalah, plan nak kluar lebih awal. At last, 10.30pg baru bertolak dari Seremban.
Cuba lihat betapa 'syahdunya' keadaan trafik sepanjang perjalanan kami.
Amboiii...ada yang sampai lunjur kaki atas dashboard.
Itulah cucu mak a.k.a anak aku.
Seperti biasa, memang macam2 ragam dalam kereta:

Iri - Entah apa dia buat kat bawah tu. Aku biar je.
Kalau ditegur, mulalah masing2 akan buat perangai.
Abe - Macam selalu ...selfie.
Ajik - dah tergolek atas pangku P.Long dia (anak Mak Su aku).
Gambar paling bawah kiri - Peel Ajik yang suka duduk kat bawah
(sebelum dia tidur) sambil rapatkan telinga kat speaker.
Katenye, "Ajik tak dengar lagu lah,Mama."
Sila abaikan keadaan gigi Abe.
Hehe...
     Pukul 4.30 kami sampai. Singgah homestay (nearby rumah P.Ndak je) untuk turunkan semua barang-barang.
Pengantin perempuan di singgahsana -
menanti si teruna melafazkan akad nikah bagi
melengkapkan majlis.
Sah! Sah! Sah! Sah! At last - Alhamdulillah kini dah
bergelar isteri adik sepupu aku yang comel ni.
Tema - biru+orange lembut (colour block).
Di luar rumah, aku & anak2 tak lepaskan peluang.
Ikut tema lah jugak baju aku.
Aku tak pernah menempah baju pun
kalau attend mana2 wedding - tak sempat.
Pakai je apa yang ada dalam lemari.
Mama & angels.
Dari kiri : Abe, Ajik, Mama & Iri.

To be continued ....

Belanja mak makan.

At R&R Tapah, 31/8/2014 :
     Berenti untuk solat Jamak Maghrib & Isya'. R&R Tapah ni memang tak pernah lengang. Surau die pun memang patut direnovate sebab kecik sangat. Padahal Muslim & Muslimah yang berenti solat punyalah ramai.
     Selesai solat Maghrib, aku perasan perut dah mula berkeroncong. Food court penuh sesak. Susah nak bawak anak-anak aku yang betul2 lasak ni. So, kenelah cari tempat yang kosong sikit. Then, jumpe Secret Recipe - tak pernah makan sini. Setakat beli kek ada lah sebelum ni. So, nak try lah. Di samping tu nak belanja mak, sebab mak memang susah kalau nak diajak berjalan / soping2. Setakat nak ajak kluar makan pun mak taknak.
Macam biasa, kalau mama malas nak layan -
Tok dia akan jadi 'mangsa' melayan dia.
Tak kuasa mama nak melayan kalau merajuk
tak makan pujuk :p
Fried rice with satay.
Mak malu-malu kalau tang amek gambar. 
      Seronok dapat belanja mak. Tapi, cucu dia pulak mengada buat hal nak merajuk itu ini. "Biarlah,mak. Tak payah nak layan. Kita makan je." Garang kan mama dia?
Mama welfie dengan Ajik.
Selalu dengan Abe, tapi kali ni dia xde mood.
Tak boleh layan, nanti makin menjadi...
      Yang bulat sorang ni paling senang bab makan. Sumbat je apa-apa kat mulut..memang dia tak tolak.
Chicken Parmigiana.
    Ni food mama, tak reti lah mama nak sebut. Aku gi mana2 pun kalau nak order,  memang aku ikut sedap mulut aku je nak sebut. Asalkan perut aku kenyang. Order ni, lepas tu share dengan Ajik. Salad dia mama sental habis - suka sebab fresh & ada perahan lemon.

Saturday, August 30, 2014

1st time share Ranking Alexa.

     Aku slalu terbaca pasal bloggers lain suka post ranking Alexa ni. So far, among yang sangat top aku jumpa ialah blog Maria Firdz & Mia Liana. Kagum betul ngan dorang. Aku ni walau baru bertatih ada gak terpikir, "Kalaulah aku top cam dorang..."
     Tapi, bila keep on thinking what is actually the purpose of creating this blog - iaitu untuk BERBISNES...macam tak sampai lagi kot maksud tu. Bukan glamour yang kukejar, tapi misi yang satu. But then, since masa yang sangat terhad.. ditambah dengan nak amek stok kat KL pulak tu (macamlah aku biasa drive area KL - memang hampehlah..) misi aku semakin kelam. Tapi, aku belum give up okay. Itukan cita-cita aku.
     Bawah ni ranking aku yang ....hahaha. Nak post jugak tu..Ngade2 lah katekan..
Klik image.

Nak lari!

     Hoh, mana nak pergi satu beg besar ni? Nak bawak diri? Aik, lain macam bunyinye... Ye lah, dah boring dok rumah sekarang. Kalau dapat pi tempat yang relaxing sikit kan best. Hehe..saje buat gempak. Belum bersedia lagi nak lari. Mungkin masa tu akan tiba 1 hari nanti.
     Confuse ea? Haha, takyah pikirlah. Aku memang perangai tak berapa nak betoi - IMPULSIVE. Tau ke apekebende alah 'impulsive' ni. Lebih kurang macam ni - doing something all in a sudden & without careful thought. Tetiba je gitu. Tapi, masa kerja idak ler gitu.

1 luggage besar - half ready.
     Well, actually ni aku & makayah .. adik-beradik nak gi Perak dalam kol 9pagi ni. Adik sepupu aku kawin. So, taktaulah dapat blog ke tak. Harap dapat lah. Sebab aku akan rindu sangat kat blog even baru sehari tak bukak. Okey lah..nanti kita cite pasal majlis kawin tu ye..Bye bye..
* Selamat tido *
ZZZZzzzzzzzzzzzz...