Thursday, August 14, 2014

Acute dystonia.

     Peristiwa ni berlaku lebihkurang minggu ke-3 puasa. Masa tu adik aku baru keluar wad. He was not discharged, but given 1 week home leave. Sepanjang interval ni, in case anything emergency occurred..kene immediately bawak dia ke wad semula. I knew this because I rang the doctor who is in-charge of my adik. Yang jemput balik ialah ayah aku.
     Adik aku kene ambik ubat bd dose - means 2x sehari. Aku memang dah sedia maklum akan effect ubat ni ~ Extra-Pyramidal Side Effects (EPS). Tapi, aku tak pernah jumpa depan mata.
     Balik keje petang macam biasa aku singgah umah aku amek barang then baru balik tido umah mak. Tiba-tiba asben mesej kata adik aku ni tak sihat. And lidah dia terjelir. Mashaallah..dugaan apakah ini? Mungkinkah EPS. Aku pun 'shoot' balik rumah mak.
     Aku marah kenapa ayah tak bawak adik gi hospital? Ayah kata tunggu buka puasa. Masa tu baru pukul 6pm. Mak kata, baru sekejap tadi jadi. Mak memang dah cemas. Ayah buat selamba. Memang aku geram sangat. " Tau tak ni emergency? Mane boleh main-main!" Sian aku tengok mak memang risau sangat tapi mak tak boleh buat apa. " Nasib baik k.ngah balik rumah. Kalau tak, entah apa jadi!" aku membentak. Rupanya ayah terbagi ubat salah timing. Ni soal hidup & mati,okey. Get serious!!
     Mak cakap, " Tadi mula-mula mak tengok leher Anchik keras & timbul berketul-ketul. Lepas tu leher dah jadi senget macam ni. Kemudian, lidah terjelir tak boleh masuk dalam dah. Tak boleh telan air liur. Cakap dah tak betul (Slurred speech). Badan bongkok & ngadu sakit. Tadi Anchik tumbang tiba-tiba then ayah ko angkat. Anchik rasa nak kencing tapi tak boleh keluar." Mase tu badan dia dah macam robot sebab kejang satu badan (muscle spasm).
     Aku cepat2 kol FMS, Dr. Iliza untuk confirm samada antidote tu by oral or injection. Bos kate gi amek muscle relaxant.
Nasib asben aku tak keje ritu die drop aku & adik kat Kecemasan.
     To make it short..alhamdulillah adik aku ok. Tapi, aku tersilap sebab bawak dia pergi Kecemasan bukan Wad. Lepas ok, aku kene bawak dia gi Wad. Mase ni second time nak jadi balik. Cepat2 bagi dia tab. Artane. Alhamdulillah okey & bos kata tak perlu admit wad sebab kakak dia doktor boleh observe sendiri. Bos kate, should be ok.
Keadaan adik aku lebih teruk dari ni.
Ada 3 jenis EPS yang common.
Adik aku kene Acute Dystonia. 
Muscle kita ni sepatutnya contract-relax-contract -relax...
Tapi, muscle adik aku contract je..tak relax langsung.
Adik aku memang dah jadi macam ni..
- Torticollis.
- Opisthotonus.
* Aku tak dapat cari gambar nak tunjuk kat korang.
Korang boleh imagine satu badan adik aku spasm sampai leher dia senget sebelah kanan & ke belakang, badan dia membongkok ke depan, sambil both lengan dia mengepak, dan semua jari-jari dia dalam keadaan mencengkam.
Nasib baik tak trismus, laryngeal dystonia & oculogyric crisis.
Kalau tak memang dia akan sesak nafas & maut.
Memang sakit sangat sampai dia menangis mengalir air mata.
Kalau nak tau, adik aku ni jenis tahan sakit.
2 kali eksiden motor berdarah-darah pun dia senyum selamba.
:(

Single parent.

~ Autopublish entry ~
     Dalam minggu ni ada 2 patient perempuan confess kat aku mereka ibu tunggal. Yang A aku slalu jumpa. Yang B, aku jumpa kali ke-2 tapi untuk masalah yang sama (masih dalam rawatan).
     Lady A sangat baik, lemah-lembut serta berbudi bahasa. Lady B pun baik, tetapi lebih tegas dan berpenampilan korporat. The similarity is dorang ni sangat details in asking questions & frequently clarifying each of their question. However, dorang tak lah nampak anxious. If compare dengan patients lain yang mengalami masalah yang sama tidaklah memakan masa yang terlalu lama.
     At the end of our conversation they admit that they need to ask in details because they are worry if anything happened to them, then who's going to look after their children.
      Kesian kan ibu tunggal. Walaupun aku bukan ibu tunggal, tapi aku dah rasa sikit2 biasannye. And aku juga pernah terfikir sama macam dorang.

Pakat seronok balik rumah moyang.

~ Autopublish entry ~
     Anak aku yang second (baju hijau) selalu teringat & sebut nama moyang die. Slalu jugak dia ajak gi rumah moyang. Aku taktaulah nape padahal moyang tak jaga depa pun. Kadangkala risau gak napa tengah2 main, terpacul nama moyang dari mulut dia. Aku ni macam-macam lah pikir..wan tak sihat ke ape? Tapi, memang wan dah tak kuat cam dulu. Dah uzur. Yang kesian, dia menghidap sakit lutut (kebiasaannya osteoarthritis). Susah betul dia nak bangkit dari duduk. Nak jalan pun menapak satu persatu. *Lupe pulak amek gambar wan.
Mentang-mentanglah moyang dah tak
larat nak kejar dengan rotan..
beranilah korang jatuhkan sume kusyen moyang ye.
Baju dah macam traffic light mama tengok.
Dua-dua adik aku ni.
Kiri: Anchik (anak buah panggil Yop),
Kanan: Atih.
Pipi basah sebab nangis.
Iri ni takmo berpegang. Nak bebas aje.
Kene perati jelah mana dia pergi.
Anak-anak memang lasak.
Sebab genetik askar kot.
Yang tak berbaju tu Acu.
Tayang body ye. Hehe..
Sungai depan rumah moyang budak-budak ni.
Ni tempat mama mandi-manda masa kecik besar sikit dari korang ok.
Sungai ni depan halaman rumah wan aku.
Kitorang boleh terjun dari jambatan tau.
Padahal kat bawah jambatan tu ada batu.
Dah pulak tinggi.
Nasib baik aku ada lagi sekarang :P
     Banyak kenangan kat sini - Hulu Klawang, Jelebu. Sebab masa dulu aku & adik akan dok kampung ngan wan tiap kali cuti sekolah.

Seminar "Pendidikan Anak-anak Istimewa dalam Islam".

Tarikh: 20-21 OGOS 2014. 
Tempat: Dewan Besar IKIM
(Institut Kefahaman Islam Malaysia).
Dengar ni kat IKIM.fm pagi tadi.
Borang boleh download dari website.
Website: 
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/program-ikim-2013/8959-seminar-pendidikan-anak-anak-istimewa-dalam-islam

Wednesday, August 13, 2014

Be positive.

     Dulu aku memang orang yang sangat-sangat NEGATIVE. Banyak benda aku tak boleh terima, especially kalau orang cuba nak ajar aku perkara berkaitan bidang aku. Cth: Kalau lecturer nak ajar aku cara diagnose penyakit..or engineer ajar aku cara nak treat patient. Kalau aku pulak ajar pegawai tentera cara nak command prebet ape dorang rasa? Atau aku ajar kontraktor cara nak buat plan bangunan..korang rasa patut ke? U get the point?
     Mase dulu memang aku boleh melenting. Tapi sekarang, aku dah boleh control. Ye lah, kita makin hari makin tua. Takkan nak buat perangai macam budak kan? Lagipun aku banyak belajar to be POSITIVE masa aku attend kelas2 AMWAY dulu.
     Korang perasan tak..orang yang berjaya semuanya berfikiran positive? Walau kena kutuk hebat macamana pun tetap maintain COOL. Kalau kita preoccupied with BAD FEELINGS, kita akan cepat letih & akan jauh dari KEJAYAAN. FMS aku pun ada pesan, "Awak imagine je wire dia dah putus." Thanx, boss for teaching me of being cool & smart.
     Orang ada mulut..biarkan mereka cakap apa saja. Fitnah kamu, hina kamu, kutuk kamu. Mulut orang takde filter. Tapi ingatlah, di sana (akhirat) nanti, mulut ni dah terkunci & tak boleh berkata-kata lagi.
Cherish your day.
Why bother with CRAZY people because they will drive you crazy too.
When you have done your best,
Let Allah do the rest.
Sumber: En. Google. 

On-call.

     Biasa kan dengar doktor kene oncall?
Sistem on-call doktor /MA/nurses ni berbeza untuk klinik vs hospital. Dan berbeza juga antara klinik kesihatan bergantung pada arahan YM klinik, PKD & JKN.
     Macam kat KKPD dulu roster macam ni:
- 1 MO akan masuk 7.30am balik 4.30pm.
- 1 MO lunch call.
(Hari jumaat balik waktu sama doktor lain.)
- 1 MO oncall sebab ada Unit Kecemasan kat sana.
     Kat KK aku keje sekarang, takde unit kecemasan. Tapi, istilah oncall yang digunakan tu is actually refer tu those yang buat lunch call. Mesti dah pening ni..
Ade banyak lagi beza sistem amongs clinic ni tapi takyah cerita kott.
Nampak tak nama aku telah di highlightedkan?
Meaning, aku adalah doktor on-call untuk minggu ni.
Kat sini, kalau oncall means kene kerja masa lunch
break (1-2pm). Rehat adalah dari 12.30-1.00pm
& 2-2.30pm.
Yang bestnye, hari Jumaat. Aku akan kerja
time MO lain rehat panjang tu. But aku dapat balik
rumah terus pukul 2.45pm.
Kat sini, sapa yang oncall kene review all results
patient yang ready on that particular day.
Kat KKPD kami tak 'pre-review'.
Kalau ada problem serius, MLT akan straight away call doctors.
Ni food untuk lunch.
Makcik kantin siap hantar sampai depan muka aku.
Teruk kan? Aku slalu lupa nak pi ambik sebab order kan awal-awal pagi masa datang keje.
Ermmm..nape makcik letak banyak sangat nasi ni..
sah nak suruh aku gemuklah tu.
Okess..
Aku tak keje rini..
Nak tenangkan fikiran & berjimba.

Open House rumah sepupu.

     Alhamdulillah dah rasa sihat semula. So, apalagi..jom jalan raya. Actually ni open house rumah kakak sepupu aku, K.Inda. Kitorang berdua ni kalau jumpa tak habis2 asik cerita pasal klinik & hospital je.
     Open house start kol 3pm. Hajatnye nak datang awal konon nak menolong. Tapi, takdelah btau niat tu. Errmmm..alih-alih pukul 3.30pm baru sampai. Aku datang dengan adik aku & anak-anak. Mak & ayah naik kete lain. Sampai je biasalah mak-mak ni...ingat suap makan anak dulu baru perut sendiri.
Semua food k.Inda masak sendiri dengan bantuan
Cik Bibi, maksu kitorang.
Everything ada atas meja belah kanan tepi tangga.
Aku ni..xtaulah terhandle ke kalau nak buat open house kat rumah sendiri. Kalau nak order semua memang banyak pakai duit.
Sempat snap gambar from back je.
Tuan rumah yang bertudung merah - geram aku
tengok jubah gown die..cantiks.
Tapi, tak sempat tanye beli mane.
(Ek eleh..macamlah aku pandai pakai jubah kenn.)
Yang tudung purple mak aku.
Yang kat sink, Aliya..anak buah K.Inda & aku.
2 heroes mama.
Hero lagi sorang dok leka main kat luar rumah.
Die tu tak kira budak-budak mana tak kenal pun dia boleh buat kawan. Tak sama macam Adam Hadif.
Inilah nasi kerabu yang dimasak oleh orang Perak.
Same sedap tau macam Klate punye.
Tapi, puas cari bunga kantan kat Nilai memang takde.
Nasib baik yang jiran mak aku tanam ada sikit so dia bagi.
Ni kek birthday Faiq Najmi, anak ke-2 K.inda.
Anak kami masing-masing 3 orang.
Anak 1st dia dah 7tahun. Tapi anak 2nd & 3rd dia sama umur anak 1st & 2nd aku.
     Makin lama tetamu makin ramai sampai terpaksa makan kat porch. Alhamdulillah tercapai jugak hajat aku nak menolong time ni. Kena belajar-belajar jugak. Senang kalau nak buat open house sendiri :)

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist.

Klik banner untuk join. 

Gajah....oooo...gajah.

Dalam sebuah kelas cikgu memulakan pengajaran nya.

'Murid2, binatang apa yg bermula dgn huruf 'G'?'
Murid paling depan bangun menjawab....gajah cikgu, lalu dia dipuji oleh cikgu tu dgn penuh bangga. Bagus, cerdik jawapan awak.

Soalan seterusnya .. binatang apa pula yg bermula dgn huruf 'D'?
Semua murid tak dapat menjawab, lalu budak yg kena puji tadi bangun lagi. 'Dua ekor gajah cikgu'... Jawapan penuh konfiden. Murid2 lain dah tergelak2 sampai sakit perut. cikgu mula marah.

'Awak berdiri atas kerusi' kata cikgu.
Soalan seterusnya, binatang apa lak yg bermula dgn huruf 'M'?
Sume diam. Bila dah takda yg menjawab....budak yang bediri atas kerusi lansung bersuara...'Mungkin gajah'...
'Awak pegi bediri luar kelas' jerit cikgu yang dah mula stress.

Soalan last, binatang apa lak yang bermula dengan huruf 'J'?
Macam tadi jugak. Takda sapa berani menjawab. Lama kelas tu sunyi tetiba dari luar kelas budak tu menjawab lagi.

'Jangan-jangan gajah'..
😆

Me - in sorrow?

My true life story..
I've done these.
I've experienced this.
People did all these to me + blame me.
But, I always did this when am at workplace.
Because I knew this.
But this 1 gave me a great challenge :D
Please la..I need to finish my last words.
Sumber image - En. Google

WW ~ Menyayangi kamu.

Sumber: Google.
Menyayangi kamu,
Apakah harus sesakit ini??
People cry not because they're week.
It's because they have been strong for too long.
Everybody hurts.
Don't be sad
Allah always with you. 

"Awak..."

Fwd msg:)
10 perkara yang saya tahu pasal awak..

1. awak baca teks ni.

2. awak manusia bukan berok..

3. awak tak dapat sebut huruf "p" kalau bibir awak tak bersentuh.

4. awak baru saja try buat no. 3

6. awak senyum sendiri..

7. dalam awak senyum awak tak perasan no. 5 tak ada.

8. awak cek betul ke no  5 xda..

9. awak tersengeh sendiri sambil berpikir

10. awak mahu share teks ni supaya kawan-kawan awak kena sekali
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak
awak awak awak awak awak awak

11. awak memang malas untuk membaca semua perkataan di atas.

12. awak tak perasan saya ada tulis "awek".

13. awak terus cari perkataan "awek", sebenarnya tak ada pun.

14. awak terkena lg!

15. awak share la biar kawan-kawan pulak terkena..
takkan nak terkena seorang je..
😅
"..Laughter is the best medicine..."

Tuesday, August 12, 2014

Autism.

~ Autopublish entry ~
Beberapa hari lepas seorang nenek ni bawa cucu lelaki die umo 6 tahun jumpa aku sebab demam.
Semasa masuk bilik, this boy taknak duduk kat kerusi tepi aku tapi dia duduk kat tepi dinding. Puas panggil tapi die tetap takmo. Aku saje garangkan suara..tapi tetap tak berhasil. Then, memang aku tengok budak ni 'pelik' sikit. Budak normal, kalau kita marah dia mungkin akan takut jugak, kadang2 sampai nangis. Or kalau budak jenis tak takut orang..walaubagaimanapun.. tetap akan ada response.

Nenek dia tarik perlahan soh dia dok kat tepi aku. Sah!! Tibe-tibe die sebut berulang kali words yang sama yang dia dengar dari tv - Transformers, Super Babies, Burger King, Doraemon. Cara dia sebut macam dia tengah main, but in his own world. Kalau budak lain, biasanya dorang suka seek for attention. Those words has no relation to each others. Die still sebut benda tu sampai keluar dari bilik aku.

Nenek dia tak perasan perkara ni & anggap biasa ja. Bila tanya tentang schooling (dia Prasekolah), memang he got problem dalam pelajaran. Budak-budak yang ada problem ni selalu akan ketinggalan jauh dalam pelajaran. Kes-kes macam ni memang selalu terlepas pandang - samada oleh family atau doctors. Cube baca balik ayat pertama saya - datang kerana masalah demam bukan behavioral problems. Lagi satu, kalau parents ikut appointment kanak-kanak ni dari baby sampai umur 5 tahun kat KKIA, Insyaallah dapat kesan lebih awal. Mase tu kita assses guna M-CHAT.

Jadi, saya bgtau nenek most probably this boy has Autism... And diagnosis will be confirmed after thorough assessment. Saya bagi memo untuk cikgu supaya she alert with this boy's problem. Lagipun, saya takmo budak ni kene marah sebab dianggap tak minat belajar. All doctors please be concern with social issues as well.




Monday, August 11, 2014

Dengarlah bintang hatiku.

Best jugak layan lagu Endon ni..
Anak aku yang 3 tahun..dok ulang-ulang lirik yang aku kaler biru tu..
Entah bila dia dengar lagu ni.

Bagi yang putus cinta tu..
Tak payah nak hayati sangat liriknya...
Karang jadi lain pulak maksud lagu tu..
Tak pasal-pasal syirik pulak.

Lirik Dengarlah Bintang Hatiku ~ Demeises.

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup & matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janji kupadamu
Suatu hari pasti akan kutepati

Aku akan menjagamu semampu & sebisaku
Walau kutahu ragamu tak utuh
Kuterima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh kerna bagiku engkaulah nyawaku

Teknik baru samun!

Dapat ni dari wassap group.
Huh...macam-macam cara orang nak merompak sekarang ni.
So, beware. Kita pun mesti kreatif fikir apa lagi cara depa nak guna. Expect the unexpected sebelum kita jadi mangsa!

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57.

FWD: Untuk saudara ku Melayu yang dikasihi...

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

Salah aku ke?

    Hidup aku ni penuh dengan peraturan. Aku akan otomatik create certain peraturan / rules so that ia akan mudahkan kerja harian aku. Peraturan aku tu memang reasonable & practical. In fact, aku tau mesti ramai yang macam aku jugak. But then, kalau ada people within the house that break the rules, akan menyebabkan aku membebel macam peluru machine gun. Walaupun cenggitu,  kalau orang lain tak ikut..aku tak ambik pusing sangat..asalkan tak burden aku.
     Ape yang aku membebel ni? Mesti korang tak faham kan?
Meh tengok sini...
Nampak bantal yang penyek ni?
Dah pulak bantal ni 'landing' kat hall.
Kalau sebulan aku tak betulkan..
alamatnye sebulan lah bantal ni terperosok kat ruang tamu macam tu. Ni pun kira bagus compare dengan sarung bantal yang tertanggal 'sendiri'.
Jom ke dapur..
Kapasiti bekas air ni 10L. Baru sekejap refill dah tinggal half. Mane pegi yang lain?
Dalam botol-botol air kat dalam fridge ler tu.
Actually aku isi ni supaya senang aku nak buat susu anak & senang anak aku nak ambil sendiri air bila nak minum.
Actually, bukan susah pun nak refill air.
Bukan nak kene masak pun. Pusing je bahagian kepala paip tu. Tinggal rajin or malas je.
Bekas air ni 2L. Dah ada orang isikan. Tapi, lepas minum boleh pulak biar je tutup dia terbuka. Kalau ada remote pun belum tentu rajin nak guna. 
Aku memang suka sangat Tupperware One Touch. Sebab bekas jenis ni ketat. Memang terjamin food tak lemau. Bukan susah pun nak tutup. Dah bagi tutorial cara nak tutup pun tetap macam gambar atas-kiri. Ada sekali tu penuh semut masuk..memang aku ngamuk lah. Habis semua milo kene buang.
Jom singgah kat bedroom.
Remote ni aku memang geram kalau letak bawah nanti anak capai & ketuk-ketuk..langsung pecah. Dah berbuih mulut aku pesan, but still tak diendahkan.
Botol-botol minuman...Korang rase patut letak dalam almari baju ke kabinet dapur?
Bekas makanan. Ni dalam bilik yang aku jarang masuk. Kalau aku tak kemas, berkulat lah kat situ. 
Dalam aku dok membebel sorang-sorang (dalam hati...sebab am alone rite now), aku terjumpa baju melayu purple ni. Saiz 20. Baru teringat, nilah baju raya ke-2 Adam Hadif. Mase tu kitorang beraya di kampung mak kat Bukit Merah, Perak.
Buat aku senyum manis sorang-sorang :):):)
Aku tau ada rahsia yang perlu disimpan.
Tapi aku bukan jenis suka berahsia. Napa susah sangat nak ikut peraturan? Kalau aku tak puas hati, aku akan direct-to-the-point. And kalau buat-buat tak paham jugak..akan ada punishment. 

Sfigmomanometer.

~ Autopublish entry ~
Nama pendek BP set je.
Saje nak bagi macam tongue twister sikit. 
Jenis yang ni kene dengar melalui stetoskop. Ni aku nyer sendiri. Beli 2 tawun lepas kat Kedai Kamal (femes amongs medical students ni)-RM140. Lebih accurate. 
* Satu yang aku gelihati..mase doctor tengah check BP tu..u olzzz x perlulah jenguk2 jugak sebab kalau tengok je x dapat tau pun reading nye. Mesti dengar dengan stetoskop bunyi 'lup' 'dup'. 

* Ade patient tanye bacaan mane -atas or bawah yang penting?  Jawapannye ialah both pun penting. Bacaan atas ialah pressure ketika jantung mengepam, bawah ketika jantung rilex.
Yang u olzzz beli kat farmasi tu guna battery.. Just letak cuff kat lengan & tett..je (tekan). Tak kesah ape2 jenis pun..yang penting kene calibrate at least setahun skali. Kalau tak..nanti bacaan yang u olzzz ambik tu asik 'lari' je.

Cuff BP set ni ada saiz kecik & besar. Memang difference. Untuk paeds (kanak-kanak)  & adult. Adult pulak..tengok lengan besar ke kecik.. Kalau lengan besar tapi guna cuff kecik, BP will be higher than what it should be.
Ramai kot dah tau ni.

Bagus kalau yang mampu, beli BP set satu setiap rumah.