Friday, February 13, 2015

Sebak melihat pemergian Tuan Guru Datuk NAANM.

Hari ni aku cuti - diri sendiri tak sihat & anak bongsu demam panas.

Selama ni banyak khabar angin mengatakan TGNAA sudah meninggal dunia. Malam tadi adik ada bgtau lagi, tapi aku boleh2 taknak percaya. Aku, walau bukan orang kuat PAS (bukan jugak orang kuat BN) tapi kalau TGNAA keluar tv mesti aku berkejar ke depan tv. Sebab aku respect sangat dengan TG.

Rupanya betul TG meninggal dunia malam tadi di rumahnya pada usia 84 tahun (10 Jan 1931-2015) - malam Jumaat - hari penuh barakah, penghulu segala hari. Insyaallah Husnul Khatimah. * Maaf aku tersilap dengar. Sebenarnya Allahyarham menerima rawatan di HUSM, Kubang Kerian Kelantan, bukan meninggal dunia di HUSM.

Alhamdulillah aku berkesempatan menonton sendiri siaran langsung TV Kelantan. Kelihatan puluhan ribu orang yang berada di sepanjang jalan dari rumah ke masjid yang jaraknya lebihkurang 500m. Yang mengusung jenazah Allahyarham hanyalah 5 orang anak lelaki beliau - begitu mudahnya. Maashaallah.
* Mengingatkan aku tentang kebangkitan semula semua makhluk Allah & perhimpunan di Padang Mahsyar sewaktu Hari Perhitungan Amal.

Alhamdulillah 2 tingkat Masjid Tok Guru, Pulau Melaka dipenuhi para Muslimin untuk Solat Jenazah. Pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan penuh sesak. Ini merupakan penghormatan terakhir buat Allahyarham, seorang Ulama' yang tersohor. Beliau bukan hanya diiktiraf oleh negara kita Malaysia, malahan beberapa negara lain.

Semasa hayatnya beliau sempat meminta maaf pada seluruh rakyat Kelantan andai beliau gagal sebagai pemimpin negeri Kelantan.

Sayu & sebak rasa hati aku melihat perginya seorang yang hidupnya sangat sederhana & dimulutnya sentiasa basah dengan ayat suci Al-Quran. Sebutlah ayat mana, surah mana beliau tahu. Bagaimana dengan kita? Hafaz Quran atau lirik lagu? Sama-sama kita muhasabah diri kita.

Semoga 10 orang anak yang ditinggalkan - 5 lelaki & 5 perempuan dapat meneruskan ajaran agama Islam sebenar yang beliau perjuangkan selama ini.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah & berdoa semoga Allah merahmati Allahyarham. Insyaallah Allah lapangkan & terangi kubur Allahyarham.

Aku harap kita dapat ketepikan fahaman politik masing-masing sekarang ni & menghormati Allahyarham & ahli keluarga Allahyarham. Sebab apa? Sebab kita semua ni mempunyai tujuan yang sama - menuju Allah SWT, Pencipta kita. Cuma mungkin kenderaan kita yang berbeza. " Setiap jiwa itu pasti merasai mati... ".

Sambil tengok tv sambil nangis :(

Thursday, February 12, 2015

Playground dalam Giant Senawang.

Detik demi detik...
...yang sungguh berharga...
After work, makan nasi jap kat rumah sebab lapar.
Lepas tu terus drive bawak my 3 boys ke Giant Senawang sebab ada playground dalam tu.
Andai kau mengerti, sayang....
Betapa mama sayang & kasihkan kamu bertiga. Ermm...kamu semua terlalu kecil untuk memahami semua ini.

Lantas, 
mama abadikan semua kenangan dalam blog mama...
...buat tatapan kita di hari muka.
Bukan main seronok budak bertiga ni main. Mama biarkan aje sambil perati.
Abang Adams 2 orang okey lagi,
cuma adik yang nak kena monitor lebih
sikit sebab dia tak berapa stable.
* Nampak tak budak kecik shirt putih, suar biru tu? Nampak je kecik, ganas bukan main..dia dok kejar sambil tarik baju Iri & tolak Iri. Mula2 aku okey lagi. Lama2 dia dah mula cekik leher, cekau muka & tendang2 Iri - geram pulak aku sebab tak nampak makbapak dia tak reti ke nak tengokkan anak dia? Nasib baik kakak budak tu (umo 6 tahun kot) ada. Dialah yang angkat adik dia - tak bagi buli Iri.
Sian Iri dia nangis sebab takut budak tu buat dia.
Tak lama tu tetiba entah kenapa budak kecik tu nangis. Kakak dia angkat dia bawak ke food court - rupenye mak die tengah isik perut. Adoyaiii hakak..hakak..

Dah dekat pukul 7pm..mama paksa 3 Adams stop main.
Singgah bakery beli donut chocolate rice untuk Abe & Ajik. And 1 small piece cake untuk Iri. Belum bayar tapi Ajik dah buka plastik pembalut & ngappp..Adusss..
Tumpang rehat kat food court.
 Lepas tu beli 1 cawan milo - please share ye.