Sunday, November 9, 2014

Persiapan birthday party Abe.

Lanjutan kisah ~ Tempah kek - 10 hari lagi.
     Selain dari tempah kek, korang rasa apa lagi aku kena arrange? Aku sebenarnye asik terlupa tarikh 14Nov ni. Dah pulak seminggu lagi dah nak start cuti sekolah. Kalau aku tak buat sambutan hari lahir ni, confirm Abe sedih. Anak-anak aku bukan jenis mendesak atau suka mintak itu-ini. Tapi, ye lah..naluri keibuan - adakala tersentuh juga bila nampak anak mengharap.

Setakat yang aku tau:-

1. Goody bag.
- Boleh isi snek ringan (awas jangan yang terlalu banyak perisa), air kotak, gula-gula, barang-barang birthday party cth topi,dll.

2. Makanan berat.
- Kalau pandai masak banyak & sempat boleh lah buat yang ni.
- Kalau nak tempah pulak cam leceh nak angkut pi tadika.
* Aku pun x dapat cuti so takut kelam-kabut nanti.

3. Confirm with cikgu.
- Cikgu kata kelas Enche Adam (Abe) ada 32 orang. Tapi selalunya goody bags bagi kat semua - total 65 orang.
- Kek hanya potong untuk sekelas je. Parents boleh hantar pagi tu. Fridge mmg ada. Sambutan just among murid & tenaga pengajar sahaja.

Tempah kek - 10 hari lagi.

4/11/14.
(Kes peram entri hingga masak ranum:)

     Apa yang 10 hari lagi? Ada apa-apa yang best ke? Hehe.. Best untuk anak aku je lah. Bukan mama dia. Tengah fenin ni mencari kek untuk sambut birthday kat tadika dia - PASTI. Bukan nak grand2 pun. Memadai Abe rasa happy.
     Kek apa dia nak? Ermmm..bertukar2. Biasalah budak-budak. Antara pilihan dia - kek padang bola kat King's (tak cantik langsung kat mata aku), kek spiderman & kek 'car'. Kek spiderman tu cantik sangat - warna biru. Tapi ada fondant. Sebut betul-betul, bukan pondan ea. Refer pic kek tu kat SINI ~ Variasi kek.
     Selama ni, pernah 2x je pun sambut birthday anak-anak aku. Siap combine lagi tu. Aku malas nak pi tempah kek kat kedai. Adelah skali... pi Kedai Kek Mango kat Taipan Senawang. Order kek Angry bird. Memang puas hati sangat. Harga around RM110 kalau tak silap. Memang kek tu besar & berat. Tapi korang, kalau nak order ni awal2. Selalunya paling lewat 1-2 weeks earlier. Lepas tu depa x terima tempahan. Related with ~ Jamuan Hari Raya Aidilfitri di lorong gelap.
     Aku ni kecoh tanya sana-sini kawan-kawan & staff2 aku kat klinik mana boleh tempah kek? Atau siapa kat klinik boleh buat?
JM Wana: Dr, K.Kapty (Staff nurse senior) punya menantu ambik tempahan kek. Siap published kat FB.
Apalagi, aku terus jumpa k.Kapty & get hp no menantu dia.

8.00mlm:
     Bermulalah sessi wassap dengan Pija, menantu k.Kapty untuk tempahan kek. Banyak benda juga aku kena decide - jenis kek, saiz, tulisan, tarikh nak ambik. Susah juga ni. Alhamdulillah Pija sudi jawab soalan demi soalan aku. Yang tempah kat kedai dulu Tuan Kedai tu yang decidekan (sebab ikut standard dia & gambar kek tu ada dalam phone dia), so aku just cakap tiru hat tu & hulur budget je. Niii..malas aku nak pi survey kat kedai. Bila masa pulak nak pi, kan?
     Hasil discussion, kek yang aku nak tu cancel - sebab mahal sangat... RM250. Bukan nak sambut kat hotel pun. Aku mintak lekat gambar je lah macam kat bawah ni.
Choc Moist Cake 9" + customized image
= RM85,
Okeylah kan dari RM250.
Kusss...semangat.