Saturday, August 4, 2018

Kasut sekolah gantung.

     Tengah-tengah panas tetiba hujan pulak. Risau tau mama bila masih ada kain kat jemuran atau kasut sekolah anak yang masih belum kering kat luar. Selalunya memang kena letak depan kipas mejalah. Dah membazir elektrik kan?


     Alternatifnya, mama sangkut kat hanger macam ni dan letak bawah kipas siling. Tak membazir lah elektrik sebab bila masuk bilik mama memang akan bukan ceiling fan tu. Cepatlah kering kasut skolah sebab jarak yang semakin dekat dengan kipas :)

Friday, August 3, 2018

Cross stitch & ibu bermasalah hyperemesis gravidarum.

     Hari ni xkeja so sibuk punggah gobok yang dah lama mintak dikemas. Punggah punye punggah ..jumpelah cross-stitch lama yang tak complete ni - dari 2013 tau (buat masa pregnantkan si Yiyi). Ni adalah first & last cross-stich yg aku pernah buat - bermulanya kisah sbb aku hyperemesis gravidarum (muntah-muntah teruk semasa mengandung) masa pregnantkan Yiyi. Neway, memang aku jenis hyperem (singkatan) tiap kali pregnant. Sampai 1 badan xlarat..even nak tekan pedal minyak kete untuk kelajuan 60km/jam pun tak mampu tau.
     Ofkoslah macam-macam cara aku buat untuk redakan hyperem tu sampai camne tah ada idea buat cross-stich ni. Mmg mujarab jugak sebab bila dah leka buat aktiviti ni..memang segala loya dan pening dah tak rasa .. tak perasan badan tak sihat / badan dalam keadaan lemah. Yang aku tau, aku just nak buat benda ni sampai siap. So, tiap hari pergi kerja aku akan bawak benda ni untuk dibuat sementara menunggu giliran setiap pesakit masuk ke bilik aku. 
     Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walaupun tak ada pengalaman belajar benda ni..alhamdulillah banyak juga aku mampu buat. Suka tau bila tengok hasilnya - membuatkan lebih banyak hormon gembira terhasil (endorphins @ endorfin). Tapi, benda ni tak 100% siap sebab beberapa minggu lepas tu hyperem aku dah takde.
Bekas air tumpah tu yang bertompok2 cross-stich mama.
     Pandangan aku, mungkin sesiapa yang pening & loya masa mengandung tu kene cari sesuatu aktiviti yang boleh lekakan kamu semua & yang penting sesuatu yang boleh ceriakan kamu.
    Selamat mencuba ya..