Thursday, April 9, 2015

Penyakit Mistik.

Petang ni ada sorang pakcik jalan terhencot-hencot sebab sakit lutut kanan.

Aku: Kenapa dengan kaki pakcik?
Pakcik: Tu lah, pakcik ni dah kene penyakit mistik. Pakcik dah pergi berubat (tapi dia tak nyatakan berubat dengan siapa). Ni haa..mula-mula lutut kanan pakcik ni sakit lepas tu melarat ke tapak kaki kanan pulak jadi bengkak.

Aku malas nak tanya banyak pasal penyakit mistik tu. Cuma dalam hati aku, aku berharap pakcik ni jumpalah mana-mana ustaz untuk perubatan Islam & bukannya bomoh yang amalkan perkara khurafat atau syirik.

Aku: Pakcik, meh saya check kaki pakcik.
Lepas examine...
Kaki pakcik ni dah kurang gris - dah kena Osteoarthritis.
Pakcik: Tak, doktor. Pakcik ni kena penyakit mistik.

Aku: Kalau pakcik kata ni penyakit mistik, kenapa pakcik jumpa doktor ?
** Bukannya aku tak percaya pada perkara ghaib, tapi, aku ingat dia macam sesetengah pesakit lain yang nak different opinion - I mean, dari Perubatan Islam & Penjelasan Saintifik.
Pakcik: Pakcik kenelah jumpa doktor pulak.

Ermmmm...sampai ke sudah aku still tak faham kenapa pakcik ni datang jumpa aku. Sebab dia tetap nak pertahankan pendapat dia. Cuma aku rasa dia datang sebab nak ubat je.

MORAL OF THE STORY:
" Banyak orang , Banyak ragam. "

Herpes Zoster #2.

Kayap = shingles = herpes zoster.
Ia adalah sejenis jangkitan virus - Varicella Zoster virus (bukan bakteria , kulat atau parasite ).
Seperti yang saya pernah cerita dalam entri lepas - Herpes Zoster, HZ ni sebenarnya terjadi pada orang yang dah pernah kena Chicken Pox.

Bagaimana ?
Okey, virus penyebab Chicken Pox tu tak hilang dari badan walaupun selepas someone yang terkena Chicken Pox telah sihat seperti sediakala. Mana virus tu pergi? Virus tu akan ' tido/ duduk diam ' (latent) dalam saraf kita (nerve cell bodies), namun tak menyebabkan apa-apa masalah.

Apa yang akan jadi seterusnya?
Virus tu akan ' keluar ' apabila seseorang tu mengalami tahap ketahanan badan yang lemah dari sediakala. Virus akan ' travel ' sepanjang saraf ke bahagian kulit yang disarafi oleh urat saraf tu (dermatome), menyebabkan keluar ruam-ruam yang sakit/ pedih. * Description ruam/ rash tu ada saya ceritakan kat SINI.

* Bagaimana virus tu remains latent & teraktivasi semula tidak diketahui secara tepat.

Selalunya rash tu akan heal dalam masa 2-4 minggu. Tapi, ada juga pesakit saya yang dah okey dalam masa 1 week. But actually banyak faktor terlibat - macam patient ni, salah 1 faktor ialah rash die tak terlalu teruk (sebab dia dapatkan rawatan awal), dia tak merokok & dia takde masalah penyakit kronik (Cth: Diabetes Mellitus).