Wednesday, April 8, 2015

Methadone: DBB (Dos Bawa Balik).

Nak share information dengan clients / clients' families who are under MMT Programme (Methadone Maintenance Therapy).

Pengenalan DBB:

- DBB adalah sediaan methadone yang dicairkan mengikut dos yang ditetapkan untuk tujuan bawa balik oleh pesakit.
- Hanya pesakit yang layak dibenarkan untuk mendapat DBB.
- Kebenaran untuk mendapatkan DBB bukannya hak pesakit & boleh ditarik balik pada bila-bila masa.


Arahan penyimpanan Methadone yang betul:
- Tempat selamat.
- Bukan dalam peti sejuk.
- Away from children.
- Away from food/drink/medicine.
- Avoid sun exposure.
- Methadone label intact on bottle.

Arahan pengambilan DBB yang betul:
- Mesti diminum oleh penama sahaja.
- Minum sekaligus mengikut ARAHAN & TARIKH pada label.
- Pastikan kandungan tidak dipindahkan ke dalam bekas lain.
- Bekas Methadone yang telah diminum perlu dibilas, dikeringkan & dipulangkan ke fasiliti asal.

Monday, April 6, 2015

GAB SS Series Suspension H/Stream.

Alhamdulillah masalah absorber aku TAMAT harini. Harap takda masalah serius lain berkaitan kereta lagi dalam masa terdekat ni sebab duit tabung aku dah HABIS riban2. * Nak kena menabung balik arr pasni.

Pada sesape yang taktau (especially gegirl or ladies out there) ni info penting okey ~> kalau korang nak tukar rim/tayar besar than standard,  make sure tukar absorber skali k. * Harap ada more info dari kaum Adam untuk share kat sini.

Cerita aku tukar rim ada kat SINI.

Problem identified masa aku pi lepak Pontian pada 20-22 Mac baru-baru ni. Balik je tempat aku kat Seremban, aku terus contact kedai A ritu supaya carik absorber untuk aku. Die estimate harga sebatang absorber dalam RM850 masuk upah pasang. Aku tanye brand ape (D2 ke, GAB ke, Honda ke..) takmo btau pulak. Cuma dia kate akan kol semula.

4 kali jugaklah aku kol. Katenye nak kena order & die akan kol balik. Aku siap pi balik kedai dia tanya ada x simpan no phone aku ~ katenye ada. Tapi, sampai la ni tak kontek ape cerr aku pun xtau :(

Fedap betul 2 minggu aku tunggu no response.

Aku survey harga kat Honda Service Center - estimated price RM1800 sebatang absorber. Die nak check Chasis No aku xdapat sebab tulisan Jepun beb! Then, die kata tak berani nak janji barang ada untuk Stream aku.

Harini, memandangkan asben aku tak keje (Die tengah setelkan kerja tertangguh sebelum berlepas ke Sarawak a.k.a tempat kerja baru), so aku paksa die cari kedai kete untuk tukar absorber ni. Tanya 2 kedai lain, memang susahlah sebab kete aku ni 'datang sebijik dari Jepun' so spare parts susah dapat. Kedai B memang takde barang. Kedai C -> Estimated price plus upah 4 absorber ~ RM4+++ before GST. Tapi, kene tunggu at least 1 month untuk order barang.

At last, kontek junior asben kat Kem Wardieburn, Kapten Akmal tanya kedai dia tukar absorber Myvi die...

So, here we go...
Kedai D pulak...
Pusat Tayar 
Ching Tyre Auto Service Centre kat Gombak.

Katenye take 2 hours je. Tapi sebenarnya, more than 4 hours. Ape taknye, banyak part die nak kene bukak. Bukan setakat kat bahagian tayar. Mestilah berjam-jam kan. So, waiting process tu aku habiskan kat Masjid Kem Wardieburn yang fully aircond tu. Tololap ahkak sebab penat sangat. Semalam kan baru balik dari ' Legoland tak jadi ' tu.


Sebelum tu sempat singgah mamam kat kedai Mancongkam Chicken Rice kat sebelah kiri kedai tayar ni.

Resit bayaran kereta:
Tak lupa nak ucap big thanx pada Kerajaan sebab GST yang dikenakan tu bersamaan harga 5 pampers pek besar Diapex anak aku (setiap 1 ~ RM27.90)
Harga semua 4 GAB Absorber Honda Stream aku ~ RM2650.

Sub Total - RM2780.00
GST 6% - RM166.80
Total - RM2946.80