Tuesday, March 24, 2015

Rim Vossen 17.

Dah lama aku teringin nak tukar rim standard kepada sport rim tapi aku tak pandai nak survey2 ni. Duit simpan dah lama tapi nak cari kedai yang okey & tak 'tekan harga'... tu yang penting.

1 more thing, memang nak kene tukar tayar yang dah botak. Selambe je aku layak masa pegi Cameron Highland ritu, without proper checking dulu.

At last after riki kat orang-orang lelaki kat sekeliling, aku ikut cakap adik ipar aku, Syaffiq supaya pergi kedai chinese kat Rahang Kecil, Seremban.

So, here I go...
Kedai ni depan BH Petrol.
Alang-alang, check apa yang patut...
Cina tu suggest aku rim 18 ni, tapi aku x minat. 
Yang aku minat?
Rim Vossen 17 ni..(sorry gambar x jelas).
Korang Google baru clear image nye
- Bentuk bintang.
Ni gambar kat Puteri Harbour, Johor.
Bagi yang nak tau overall budget:
Tayar Good Year RM280 x 4 biji.
Harga beli sekali ngan rim = RM2300.
Harga nat (kalau xsilap..) 1 set = RM80.

Syaffiq suggest tayar Yokohama tapi takde stok. Die kata jangan beli Dunlop & Silverstone sebab ape tah..nipis sikit kot. Die pakai Toyo..tayar mahal :D

So, bolehlah menyimpan dari sekarang :)

** Masalah absorber belum selesai. Huhu.. Refer SINI.

Sunday, March 22, 2015

Weekend kat Pontian, Johor.

Salam.
Lama tak bersiaran.
Nothing much nak cerita sebenarnya :) Just nak share gambar aku & anak-anak during weekend ni.

Aku, anak-anak & Safwan bertolak ke Pontian Johor Jumaat malam, 20/3/2015 lebihkurang jam 10.30 malam.

Aku drive dari Seremban sampai tol Simpang Renggam, Johor. Keluar tol, Safwan pulak drive sebab aku dah ngantuk tahap nak kena lempang baru sedor :D. Actually sebelum tu dah ngantuk, tapi aku gagahkan jugak drive sebab kete aku wat hal.

Hal ape??

Kalau kete aku berenjut kuat, absorber pun akan bunyi kuat macam nak patah. Sebab masalah aku tukar sport rim & tayar besar tapi taktau pulak pakej sekali ngan kene tukar absorber. Sobsss... 1 more thing x boleh naik reramai confirm ada bunyi yang mengganggu perasaan.

Papepun, alhamdulillah selamat sampai rumah adik aku, Dewi pukul 1.00 pagi.

Shot dari kiri saje yg boleh ye.
Sebab kanan ada jerawat baru yang menyepoilkan mood :).
Safwan, adik aku a.k.a Pak Tih dok sibuk melayan si anak-anak buah main kat playground.
Mama & the Adams sayang.
' Everything for you, sayang '.
Tengah panas tu yang mata semua kecik.