Friday, March 6, 2015

Permohonan penempatan murid sessi persekolahan Tahun 1/2016 & 1/2017.

Bagi mak bapak yang anak-anaknya akan masuk Tahun 1 tahun hadapan (2016) atau 2 tahun (2017), u olzzz dah boleh mohon di sekolah rendah yang u olzzz nak sekarang.

Sekarang ni dah boleh mohon seawal 2 tahun sebelum tau. Sebagai contoh, anak first aku, Adam Hadif lahir 2009. So, tahun lepas (2014), masa umo dia 5 tahun aku dah isi borang masuk darjah 1 kat Sekolah A.

Malangnya, aku terpaksa tukar dia ke Sekolah B due to logistic reason.

So, aku kene kol Sekolah A untuk buat pembatalan permohonan lepas. Dorang akan batalkan nama dalam sistem. Then, aku ke Sekolah B untuk permohonan baru.

Apa yang u olzzz kene buat untuk daftar anak ke Tahun 1?
Dokumen apa yang perlu ada untuk permohonan masuk Tahun 1?

1. Pergi ke sekolah yang ingin dipohon & ambil borang macam dalam gambar kat bawah ni (2 salinan)
- Boleh bawak balik rumah untuk isi.
Borang Permohonan as mentioned earlier.
Details refer bawah.

2. Kat borang tu ada checklist / senarai semak dokumen yang perlu disertakan.
- Semua dokumen perlu disediakan dalam 2 salinan.
* Sijil Lahir anak (Salinan & Asal)
* Sijil Nikah/ Sijil Kematian/ Surat cerai ibubapa (mana yang berkenaan)
* Kad Pengenalan ibubapa / penjaga yang sah
* Hak Penjagaan anak / Sijil anak angkat
* Bil Utiliti (Bil air/elektrik/telefon)
- Salah satu bil je.. just nak prove address.
* Sampul surat 23 x 16 cm
- 2 sampul
- 2 setem RM1
- Tulis alamat u olzzz kat sampul tu
* Slip gaji terkini.

Tu je...harap membantu.
Pejabat akan bagi no pendaftaran sebelum u olzzz balik. Cth Adam Hadif (Abe) - 083/2016.
Alhamdulillah dah setel semua harini. Just tunggu reply bersurat nanti. Kate staff pejabat tu insyaallah dapat sekolah tu.

Macam biasa - selfie.
Time balik kojo ;)
# Anak baru nak masuk Tahun 1 tapi mama dah pening lalat sebab macam2 nak fikir especially...
1.  jarak dengan workplace mama
2. jarak dengan tadika Ajik + Taska Iri
3. Timing nak jemput (kalau jauh nanti lambat pulak jemput, kene tambah duit bayaran per hour)
4. transport (boleh hantar sendiri ke naik van sekolah/taska - bayaran kat sini RM70 - 100 untuk sorang anak sebulan)
5. Faktor keselamatan.
Ermmmm...moga Allah permudahkan semuanya. Moga Allah panjangkan umurku untuk menjaga anak-anak mama yang tersayang.

Related topic:
~ Kelulusan Penempatan Kanak-Kanak

Stress Test & Echo.

Kat sini aku just nak tunjuk 2 test untuk jantung - Stress Test & Echo (Echocardiography).

Kedua-dua test ni dilakukan di hospital tetapi akan diberi kepada pesakit untuk di review oleh doktor di klinik kesihatan berhampiran untuk tindakan selanjutnya. Doktor di hospital dah pun review terlebih dahulu & bagi kesimpulan ujian (conclusion / impression).

Stress Test.
Apa yang ditulis pada stress test tu?
Contoh :-
1. Indication - Risk Stratification.
2. Results of investigations.
3. Diagnosis - ST depression (which leads).
4. Treatment - Echo.
5. Overall impression - Positive Stress Test.

So, disebabkan result Stress Test positive, maka MO hospital akan proceed with Echo macam kat bawah ni. Indication untuk Echo? Cardiac Assessment & Positive Stress Test.
Echo - mukasurat depan.
Kat bawah ni results Echo. Apa yang kita nak tau dari Echo ialah - secara asasnya: bengkak jantung, kontraksi jantung, fungsi pengepaman jantung, keadaan semua injap jantung (jantung ada 4 injap), kehadiran thrombus ( darah beku, dll), & air di antara lapisan jantung.
Echo - mukasurat belakang.
Apa keputusan pesakit ni yang positif ? - Hypokinetic at anterior & anterolateral region.
Maksudnya? Ada kawasan jantung yang tiada kontraksi (tak 'contract').
Meaning? Sel-sel kawasan jantung tersebut dah mati kerana kurang bekalan oksigen (perfusi).
How can this happen? Means dah ada 'block' kat mana-mana salur darah ke otot jantung (arteri koronari).

What's next? Rujuk pesakit ke Pakar Jantung (Cardiologist) untuk angiogram. Institusi terlibat - Hospital Serdang atau IJN (Institut Jantung Negara).

Related topics:
Myocardial nfarction (MI)
Sakit lengan simptom 'heart attack'?
Myocardial infarction (MI) #2
Salah faham lagi
Omega 3
Stress -> Panic attack