Tuesday, February 3, 2015

Caj Rawatan Pesakit Luar.

For everybody's information, plat Caj Rawatan Pesakit Luar ni diletak di Kaunter Pendaftaran Klinik Kesihatan. Maka, sudah jelas siapa yang dikenakan bayaran & berapa jumlah yang perlu dibayar, kan?

Walaubagaimanapun, masih ada pihak yang berkira walaupun hanya dikenakan caj RM1 - untuk pemeriksaan doktor + ujian darah dll + ubat-ubatan yang diterima. Mengapa wujud spesies sebegini? Sama-sama kita doakan mereka pulang ke pangkal jalan sebelum terlambat sedar.

Sama-sama kita jaga hubungan sesama manusia, & pelihara hubungan kita pada Allah Yang Esa. Semoga kita menjadi mukmin & mukminah yang berjaya di dunia & akhirat.
Gambar di snap oleh kawan aku.
Kategori Perkhidmatan & Caj :

Biasa (Warganegara) - RM1
Biasa (Warga Asing) - RM23
Biasa (UNHCR) - RM11.50

Pakar (Warganegara) - RM5
Pakar (Warga Asing) - RM78
Pakar (UNHCR) - RM39

Pemeriksaan Perubatan Asas
(Pemeriksaan fizikal + XRay + UFEME) - RM20+
Pemeriksaan Perubatan Asas (Swasta)
(Pemeriksaan fizikal + XRay + UFEME) - RM100++

HIV Perkahwinan - RM1
HIV Perkahwinan (Warga Asing) - RM23

Kumpulan Darah - RM10
Hepatitis B - RM30
Hepatitis C - RM30
VDRL - RM30
HIV - RM30
UPT - RM20

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN
* Maaf saya takde Instagram.

Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 

  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.