Monday, February 2, 2015

Hernia/ ' Angin pasang ' - penyakit lelaki?

Biasa kan dengar 'Angin pasang' ?
Aku taktau macamana term ni boleh timbul. First dengar masa aku Houseman (HO) clinical year kat HUKM dulu.

Korang tau tak ramai doctor bermasalah menterjemah Medical term kepada bahasa biasa/ bahasa pasar?
Kitorang tak belajar terjemahan tu masa kat U tau :) Sian tau kat kitorang. Whole subjects are taught in English. Manede jumpa perkataan 'Angin pasang ' ke, ' Angin ahmar ' ke, ' Resdung ' ke, ' ketumbit ' ke in English. Kitorang rujuk everything from Medical Oxford Dictionary. Maybe that explained why korang dapat penerangan yang berbeza bila jumpa doktor yang berlainan.

Ada seorang rakan pernah pm FB aku asking apa kemungkinan kalau ada benjolan di bahagian pusat?
Aku kata itu mungkin hernia. Thanx a lot for a good question - that's why this entry come out. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa seseorang doktor tidak boleh membuat diagnosis tanpa melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. That is considered unethical.

Apa itu hernia?
Hernia is the protrusian of an organ OR fascia of an organ through the wall of the cavity that normally contains it. Maksudnya, ada organ ATAU lapisan tisu pada organ yang menonjol keluar (terkeluar) dari kaviti yang sepatutnya ia berada.
Semua gambar adalah ihsan Mr. Google.
Pandangan sisi badan.
Cuba perhatikan protrusion bowel tu.
Bowel tu adalah organ.
Ia dah terkeluar dari kaviti yang sepatutnya, iaitu abdominal cavity.
Inilah yang disebut HERNIA.
Bagaimana ni terjadi ?
Kerana ada defect (hole) pada dinding abdomen.
Pandangan hadapan (anterior) badan.
Penerangan sama seperti gambar kat atas.

Tau tak hernia ni ada beberapa jenis?

Inguinal hernia
- Most common type of hernia.
- Lebih kerap terjadi pada lelaki berbanding perempuan.
- Boleh turun ke kantung skrotum -> disebut Inguinoscrotal hernia.

Hiatal hernia
Umbilical hernia
Femoral hernia
Incisional hernia
- Umbilical => pusat.
- Inguinal & Femoral hernia tu nampak cam senang je nak bezakan, betul tak?
Tapi hakikatnya, kalau kat badan bukan senang nak bezakan melalui  pemerhatian je. Unless lepas buat pemeriksaan teliti.
But, as I mentioned above inguinal hernia tu lebih kerap kita jumpa compared to femoral & yang lain-lain.

Sunday, February 1, 2015

Cyst - penyakit perempuan/ladies?

Masih ingat entri Lawak Medical? Kat situ aku ada mention tentang sebaceous cyst. Lots of readers tot cyst to hanya terjadi pada kaum Hawa sahaja. Salah tu tau :)

Thanx sebab bagi response kat entri tu sebab aku dah dapat idea nak up new entri. Labyu guys..

Apa itu cyst ?
Cyst is a closed sac.
Actually ada maksud yang lebih panjang. Tapi, aku takmo cerita sebab ia akan buat korang kompius.
Tapi, yang pastinya cyst terdiri daripada sekelompok sel-sel yang abnormal (tak normal) ,jika dibandingkan dengan sel-sel lain di sekelilingnya.

Apa yang terkandung di dalam cyst ?
Cyst mungkin mengandungi udara/ cecair/ semi-solid material.

Kadangkala cyst ni boleh resolve sendiri.
Kalau tak resolve jugak -> mungkin perlu operate ; tapi, depend pada jenis cyst & location kat badan.

Tau tak ada banyak jenis cyst yang wujud?
Kat sini aku just name sikit yang biasa kitorang jumpa kat klinik.

Bartholin's cyst *
Breast cyst *
Chalazion
Ganglion cyst
Ovarian cyst *
Polycystic ovarian syndrome (PCOS) *
Sebaceous cyst
Lain-lain jenis cyst boleh refer Wikipedia.
Yang bertanda * hanya diagnosis untuk kaum Hawa sahaja.

Kat bawah ada 4 images dari Mr. Google yang aku nak share kan.
Sebaceous cyst.
Chalazion.
Ganglion cyst.
Ovarian cyst.
# Nantikan entri hernia/ angin pasang  pulak esok ye:)