Friday, January 23, 2015

Maybelline.

8mlm, 22/1/2015
Rumah Mak Cik
Aku, mak, ayah & anak-anak pi rumah makcik kat Taman Desa Orkid, Senawang sebab melawat Pak Su yang tak sihat.

Tiba-tiba, buka backpack ..
(Sekarang dah tak pakai handbag pi kerja - tukar selera).
Alamak.. alatok..alanek...alatan mekap tertinggal kat surau klinik tadi. Kalut sangat that's why jadi cenggitu. So, camne nak mekap pi kerja esok pagi? Ekelleh takdelah blusher, compact powder ke hape - yang tertinggal tu eyeshadow yang dah berusia 2 tahun & eyeliner je pun. Eyeshadow tertinggal aku tak kesah. Tapiiiii...kalau eyeliner memang WAJIB ! Aku boleh meroyan kalau benda alah ni hilang tau.

So, alang-alang dah dekat ngan Taipan, Senawang -
Drive lah pegi singgah Watsons Nyambek dengan niat yang satu .. alpaham-paham je lah ea..

Yang aku plan & unplan beli:-

1. Maybelline crayonliner.
- Harga RM12.90
* Eyeliner aku suka jenis pencil sebab mata dia soft & warna pekat.
* Kalau eyeliner jenis stick, aku kene tekan kuat untuk nampak pekat. Sakit bijik mata ahkak ok.
* Kalau eyeliner yang liquid-based pulak ahkak tak reti nak control masa apply tu. Ambik masa lama pulak nak adjust kat mata.
->Apepun, depends pada keselesaan masing2.


2. Maybelline the Rocket Volume Express Mascara.
- Revolutionary Ultra-Sonic Brush
- Explosive Volume that extends, clump-free
- Harga asal RM39.90
- Harga promosi RM31.90
* Biasalah aku kan, plan 1 item, tapi balik ada lebih dari 1 item.
* Aku pilih ni sebab dia kata tak water-proof. So, takdelah susah payah aku nak tenyeh mata masa wudhu'. Aku mana pakai make-up remover dah sekarang sebab malas.

3. Maybelline Brush Set.
- FOC hasil beli 2 items ni.
- Ada 6 brushes with different sizes.
* Aku tak pakai pun sebab x reti. Tapi, Watson dah bagi free kan. So, just shut-up, Shikin & ambik je.

Alah..apa susah. Kalau ada function & nak mekap, aku akan contact blogger Scha Nazri je sebab dia kan dok area Seremban. So, harga boleh kowtim ye, Scha ? Hehe..

NOTE:
Watson ada member card kalau nak apply k.
(Tapi, aku x apply pun. Malas lah nak collect2 point ni. Ishhh...berapa banyak malas daa...)

10 cerita hadis pilihan.

Salam Jumaat semua.
Aku tau ramai yang suka story-mory buku cerita kat anak kan? Aku ni je yang baru nak belajar2 buat camtu. So, aku just nak share 1 buku yang best ni yang aku baru rembat dari Popular, AEON S2 last Sunday. Mana tau ada yang interested.

Details:-
Tajuk buku: Mari Kenali 10 Cerita Hadis Pilihan.
Jumlah mukasurat: 324.
Diterbitkan oleh: Darul Mughni.
Diedarkan oleh: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
BUY ONLINE : www.edukidbooks.com
Harga: RM29.90.
Ahad, 18/1/2015 @ AEON Seremban 2.
Dah kenapa beratur kat cermin Popular tu?
Ohh..dok usha patung kambing Hari Raya Cina.
Minat sangat..
Karang balik mama beli sekor kambing bawak balik, nak?
Kanan atas: 10 Kandungan buku - berdasarkan setiap hadis.
Kiri atas: Abe tengah breakfast untuk pi sekolah.
Bawah: Masih khusyuk tengok buku walaupun dah nak kena masuk kelas pukul 7.15pg.



Senarai Kandungan Hadis:
1. Senyum itu 1 sedekah.
2. Jika kamu menyayangi saudara lelaki & perempuan kamu, seharusnya kamu memberitahu mereka.
3. Manusia yang kuat bukanlah yang hebat beradu tenaga, tetapi yang dapat mengawal kemarahannya.
4. Allah sayang akan mereka yang memberi pertolongan.
5. Berilah hadiah kerana ini dapat mencambahkan lagi kasih-sayang.
6. Ziarahi orang yang sakit.
7. Jika kamu bersabar dengan perkara yang kamu tidak sukai, kamu akan memperoleh perkara yang kamu sukai.
8. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
9. Allah Maha Bersih & Dia mencintai kebersihan.
10.Kejujuran membawa kepada kebaikan.
 
Buku ni sampai buat anak2 & mama jatuh hati sebab:-
 ~ Cerita tak heavy. Sesuai sangat untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.
~ Penceritaan bergambar pada setiap helaian mukasurat - mudahkan pemahaman anak-anak.
~ Ada unsur-unsur Islam. **Banyak sebut tentang Nabi Muhammad SAW.
~ Banyak nilai2 murni yang diterapkan yang bagus untuk pembentukan sahsiah anak-anak.