Wednesday, January 21, 2015

Ayah Fatin Liyana datang klinik aku.

Hari ni awal betul aku datang klinik sebab semalam dah kene sound dengan bos. Ehem..ehem.. Jangan salah paham tau. Bukan aku sorang buat keja salah ni - samelah colleagues yang lain. Wajiblah kena marah. Tapi, kitorang accept dengan hati terbuka & today alhamdulillah ada drastic changes from everyone.

Actually, aku x harap orang lain berubah ikut aku. Memadailah jika aku berubah dulu sebab aku yang in-charge JPL (Jabatan Pesakit Luar) Klinik Kesihatan Ampangan. Kalau kepala ketapi senget, badan ketapi pun tentu ikut menyenget kan? Suka-suka hati aku je kan buat perumpamaan baru.

Okey, bila ada free time... Macam biasa - BLOGGING. Colleagues aku semua memang tau habit aku ni. Siap tanye tajuk latest entri aku. Kitorang ni sama kepala - semua mereng. Haha. Kalau colleagues aku baca ni matiler..

Mana cerita ni? Jauh gila lari tajuk.

Heheh..seawal pagi Dr H dah tanya aku. Masa tu lepak kat meja kantin ngan H.

Dr. H: K.Shikin, Fatin Liyana tu blogger ke?
Aku: Ofkoslah. Blogger femes tu. Dah kenapa awak tanye? Baca blog dia ke?

Dr. H: Taklah. Semalam...bapak dia jumpa saya. Die patient NCD saya. Dielah yang cite, anak dia pun doctor, blogger. Baru bertunang.
Aku: Laaa yeke? (Sambil mata aku terbeliak). Awak ada bagitau tak akak pun blogger? (Nampak tak kegedikan nye di situ? Pantang ada can...)

Dr. H: Alah kak. Mana saya ingat. Saya lebih interested dengan...(Ape tah die borak dgn ayah FL. Sampai hati ko tak cite pasal ahkak :(
Aku: Ayah FL dah sihat ke? Lenkali kalau jumpa pakcik jangan lupa mention nama akak tau:)
Hehe..tak abis2 lagi ngomel ;)

Conversation tu lama lagi, tapi cut short je..
Lepas tu dah masuk klinik nak start kerja.

Bantuan kesihatan oleh Baitul Mal.

Kes bantuan kesihatan yang layak untuk mintak Baitul Mal adalah bagi orang miskin yang kos rawatannya tidak ditanggung oleh kerajaan.

Contoh:
- Perlu beli jarum untuk suntikan insulin.
- Perlu beli glucose strips untuk pemantauan gula dalam darah.
- Wheelchair.
- Crutches (tongkat)
- Walking frame.

* Jika kos rawatan adalah sifar - means ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, maka tak layak untuk bantuan.
** Perlu diingat juga, ini bukan bantuan sara hidup. Itu mungkin kes lain - sila rujuk Baitul Mal semula.
*** Bantuan juga hanya atas saranan doktor, bukan permintaan pesakit.