Thursday, January 15, 2015

Muslimah peluk KPOP - dengan keizinan Allah?

Sumber - YouTube.
 Quote :
" Mereka berada di atas pentas dengan keizinan Allah sebab dalam hidup ni Allah bagi kita 1 perkara iaitu pilihan iaitu kita nak pergi atau tidak, buat sesuatu tu dalam sedar atau tidak, dan mereka memilih untuk pergi, dan Allah izinkan mereka untuk pergi.... "

" Allah mengizinkan mereka berada di atas stage... "

" Di sebalik keizinan Allah nak jadikan benda ni viral adalah sebab kerana Allah nak uji kita..."

** Aku mintak maaf kalau ape yang aku quote ni ada sedikit keciciran perkatan, sebab video aku loading tadi. But i've tried my best to listen carefully to every single word.

Sumber - YouTube.
 Ape pendapat korang?
     Pendapat aku, apa yang this girl cakap memang banyak betulnya. Korang please dengar the whole video selama 5:43 minit ni.

     Cuma the earliest part tu je yang salah konsep. That one bagi aku, tak bolehlah cakap 'dengan keizinan Allah' memandangkan masa tu perkara maksiat yang dilakukan. Allah bagi kita nikmat islam & iman. Tapi, mengapa kita memilih nafsu serta memberi kemenangan kepada syaitan & iblis. Di saat kalian melangkah masuk ke tempat konsert tu pun syaitan & iblis dah bersorak & berparti. Betul x apa aku cakap?

     Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memelihara iman kita hingga Malaikat Izrail datang menjemput kita. Alangkah ruginya jika nyawa kita dicabut ketika kita sedang melakukan perkara maksiat.

     Aku malas nak cakap banyak sebab takmo tambah kontroversi. Memadailah aku cakap, kejarlah akhirat, insyaallah dunia pun kita dapat. Kalau dunia je yang dikejar, takut akhirat tak dapat langsung. Wallahua'lam.

Related topics:
~ Kenangan zaman sekolah..
~ Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah
~ Bahasa syurga
~ Pasang-surut iman
~ Hidayah Allah

*****************************
Lawak KJ :)
(Dato' Khairy Jamaluddin).
~ Sape rasa KJ lagi handsome dari KPOP sila angkat tangan laju2. Tengok..aku dah angkat tangan dulu.