Friday, January 9, 2015

Bengkak prostat.

     Pernah dengar tentang bengkak prostat? Dalam medical, istilah yang dimaksudkan ialah BPH (Benign Prostatic Hyperplasia). Ada juga yang sebut Benign Prostatic Hypertrophy - walaupun yang second ni tak berapa tepat. 
     Tau kan prostat tu adalah kelenjar yang ada pada lelaki je? Maknanya, takdelah istilah pompuan kena bengkak prostat. Then kalau nak tau kedudukan kelenjar prostate ni boleh tengok gambar kat bawah ni. Nampak tak ada saluran kencing (urethra) yang melalui bahagian tengah kelenjar prostat ni? Prostat yang membengkak tu akan menekan (compress) saluran kencing tu & sebabkan pelbagai masalah berkaitan urination, seperti - kerap kencing, bangun malam untuk kencing, kencing dah tak laju (poor flow), kencing menitis-nitis (dribbling), kencing tak puas, dll.
Patient lingkungan umur berapa yang aku selalu jumpa kat klinik dengan masalah BPH ni?
- Selalu yang berumur 50 tahun ke atas.

So, bila aku suspect patient ada BPH apa langkah seterusya yang aku boleh jalankan kat klinik?
- Aku akan ambil darah untuk test PSA (Prostate Specific Antigen). *MA yang ambik, bukan aku. Saje buat gempak ler konon.
- Lepas tu, aku akan check masuk jari kat anus (dubur) untuk periksa prostate tu - Ini dinamakan Per rectal examination. Jangan malu, selalunya bila bahagian check, Doktor lelaki yang akan check unless kalau patient tak kesah aku check je cecepat (Aku nak semua siap cepat je :)
- Lepas tu aku akan bagi appointment sebulan untuk review keputusan darah. Result ni lambat sampai sebab kita hantar darah tu ke makmal kat hospital. Kita kat KK takde machine untuk 'run' test ni.
- Kalau semasa PR examination memang didapati prostate bengkak, plus result PSA pun tinggi, kita akan terus rujuk patient ke SOPD (Surgical Outpatient Department) untuk tindakan selanjutnya.
- Rawatan hanya boleh dimulakan oleh Pakar Surgical & diteruskan di Klinik Kesihatan (KK) dengan syarat ada surat arahan dari Pakar Surgical.

Harap membantu.

Related topics:
- Buasir.

Winged scapula @ Winging scapula.

     Petang tadi, sorang adik ni umo 24 tahun, lelaki; jumpa aku sebab masalah dia tak selesa rusuk belah kanan & tiba-tiba dia ada perasan yang shoulder blade dia cam 'menonjol' (Dalam BM = tulang belikat. Rujuk gambar kat bawah).
Credit to Google.
Macam nilah rupa tulang yang menonjol kat adik tu.
Memang nampak prominent kan?
Ni model tulang rusuk dari pandangan belakang.
Perhatikan rupa bentuk scapula yang telah dibulatkan tu.
     Dia ni kuat 'main gym' - untuk bagi ketul kat biceps muscle. Tapi, last pegi gym tu pun dah dekat 2 bulan lepas. Padahal problem dia hadap ni baru 1 week. So, ape cer?

     Okey, problem ni actually arise mase dia sedang nak tanggalkan jacket dia - masa tu nak keluarkan bahagian tangan kanan. Imagine macamane pergerakan tangan & bahu korang masa tu. Tangan adik ni tiba-tiba 'sangkut' - tak dapat move forward. And masa tu dia perasan tulang scapula @ shoulder blade dia 'menonjol ke luar'.

Apa sebabnya ea? Jom baca ...
Most common cause -> Lumpuh pada otot Serratus Anterior.
Less common cause -> Lumpuh otot trapezius & otot rhomboid. 
Inilah gambar lapisan2 otot.
Bisa buat kamu pening, dong.
Actually nak tunjuk kedudukan otot SA je.
So, bolehlah imagine sikit2 kan dari takde gambar lgsg :D.
Macamana otot Serratus Anterior ni boleh jadi lemah/lumpuh?
- Biasanya disebabkan damage/rosak pada urat yang 'menyarafi' @ innervate otot ni.
(Nama urat -> Long thoracic nerve).

Apa fungsi otot ni?
- Otot ni melekat pada bahagian hadapan (anterior) scapula @ scapula blade ni.
- Fungsinya adalah untuk menarik scapula ke hadapan (forward movement).
- Kalau nak test ada winging scapular ke tak,  boleh push againts resistance (buat aksi tolak dinding or pumping) ATAU angkat tangan lebih paras kepala.

Macamana pulak nerve ni boleh get damage?
- Ada macam-macam sebab.
- Macam kes adik ni -> Berlaku unusual twisting of the shoulder & pernah ada repetitive movements masa weight-lifting kat gym. Kemungkinan besar ini yang sebabkan pressure/tekanan pada urat seperti yang aku sebut kat atas. 

Kira serius ke kalau jadi camni & sakit tak?
- TAK SAKIT.
- Serius tu bergantung jenis kes. Tapi, sememangnya akan limitkan aktiviti harian korang lah - especially tak boleh nak angkat barang berat dah.

Take Home Message:
- Jangan pulak bagi nama anak ikut nama bone/ muscle/ nerve ek eventhough bunyinya sedap belaka.
- Korang akan boring baca entri ni jika tidak berkaitan :D

Related Topics:
~ Anatomy (Medical first year).
~ Fakulti Perubatan (Tahun 1&2).
~ Buku 'cetak rompak'.
~ Dear Young Doctors.