Saturday, January 10, 2015

DAISO, Japan di Palm Mall, Seremban.

      At last, sampai juga aku ke sini - Daiso, Palm Mall. Aku pergi sensorang je semalam - senang. Sebab aku nak cepat. Bukan nak pi jalan-jalan nyoping tapi sebab cari barang yang tak jumpa-jumpa. Ramai yang tau apa yang aku tercari-cari bagai nak rak tu. Hehe. Boleh refer entri tu kat SINI.
Entrance.
Alamak, ahkak ni terenterprem ler pulak.

 NOW OPEN.
Everything at RM5.
- Kitchen
- Living
- Health & Beauty
- Gift
- Toys & Party
- Stationery
- DIY
- Apparel
- Gardening
- Pets
- Electronic

     Amacam, banyak tak? Mau berpinar mata aku tengok hokey :D Big thanks pada semua rakan bloggers yang tak jemu-jemu bagi info kat mana aku boleh cari magnet rubber sheet ni. 
Sebilangan barang yang buat mata aku juling kejap.
K.Farrah @ FAMF-Tower, saya jumpa Cork Craft jugak macam akak nyer tu tapi saya tak beli sebab mana
reti nak buat board macam akak.
Tapi, saya beli Craft Punch tau - gambar bunga.
Harap tak rosak lah benda tu sebab ada banyak tangan yang menggodeknya semalam :D
     Aku borong 6 keping A4 Magnet Sheet ni tau. Tamak gitew - kalau dah jumpa barang yang aku suka. 1000x LIKES. Aku memang macam tu kalau korang nak tau - 'tomaqun'. Hehe ...malu pulak pi cerita. Kalau boleh, aku nak melompat dah kat Daiso tu sebab terlampau excited jumpa berlian magnet sheet ni, tapi karang tak pasal-pasal aku kene ikat bawak pi Klinik Psikiatri, HTJS pulak. Tak pasal doktor sendiri yang 'masuk dalam' :D.

Friday, January 9, 2015

Bengkak prostat.

     Pernah dengar tentang bengkak prostat? Dalam medical, istilah yang dimaksudkan ialah BPH (Benign Prostatic Hyperplasia). Ada juga yang sebut Benign Prostatic Hypertrophy - walaupun yang second ni tak berapa tepat. 
     Tau kan prostat tu adalah kelenjar yang ada pada lelaki je? Maknanya, takdelah istilah pompuan kena bengkak prostat. Then kalau nak tau kedudukan kelenjar prostate ni boleh tengok gambar kat bawah ni. Nampak tak ada saluran kencing (urethra) yang melalui bahagian tengah kelenjar prostat ni? Prostat yang membengkak tu akan menekan (compress) saluran kencing tu & sebabkan pelbagai masalah berkaitan urination, seperti - kerap kencing, bangun malam untuk kencing, kencing dah tak laju (poor flow), kencing menitis-nitis (dribbling), kencing tak puas, dll.
Patient lingkungan umur berapa yang aku selalu jumpa kat klinik dengan masalah BPH ni?
- Selalu yang berumur 50 tahun ke atas.

So, bila aku suspect patient ada BPH apa langkah seterusya yang aku boleh jalankan kat klinik?
- Aku akan ambil darah untuk test PSA (Prostate Specific Antigen). *MA yang ambik, bukan aku. Saje buat gempak ler konon.
- Lepas tu, aku akan check masuk jari kat anus (dubur) untuk periksa prostate tu - Ini dinamakan Per rectal examination. Jangan malu, selalunya bila bahagian check, Doktor lelaki yang akan check unless kalau patient tak kesah aku check je cecepat (Aku nak semua siap cepat je :)
- Lepas tu aku akan bagi appointment sebulan untuk review keputusan darah. Result ni lambat sampai sebab kita hantar darah tu ke makmal kat hospital. Kita kat KK takde machine untuk 'run' test ni.
- Kalau semasa PR examination memang didapati prostate bengkak, plus result PSA pun tinggi, kita akan terus rujuk patient ke SOPD (Surgical Outpatient Department) untuk tindakan selanjutnya.
- Rawatan hanya boleh dimulakan oleh Pakar Surgical & diteruskan di Klinik Kesihatan (KK) dengan syarat ada surat arahan dari Pakar Surgical.

Harap membantu.

Related topics:
- Buasir.