Petang tadi, sorang adik ni umo 24 tahun, lelaki; jumpa aku sebab masalah dia tak selesa rusuk belah kanan & tiba-tiba dia ada perasan yang shoulder blade dia cam 'menonjol' (Dalam BM = tulang belikat. Rujuk gambar kat bawah).
Dia ni kuat 'main gym' - untuk bagi ketul kat biceps muscle. Tapi, last pegi gym tu pun dah dekat 2 bulan lepas. Padahal problem dia hadap ni baru 1 week. So, ape cer?
Macamana otot Serratus Anterior ni boleh jadi lemah/lumpuh?
Credit to Google. Macam nilah rupa tulang yang menonjol kat adik tu. Memang nampak prominent kan? |
Ni model tulang rusuk dari pandangan belakang. Perhatikan rupa bentuk scapula yang telah dibulatkan tu. |
Okey, problem ni actually arise mase dia sedang nak tanggalkan jacket dia - masa tu nak keluarkan bahagian tangan kanan. Imagine macamane pergerakan tangan & bahu korang masa tu. Tangan adik ni tiba-tiba 'sangkut' - tak dapat move forward. And masa tu dia perasan tulang scapula @ shoulder blade dia 'menonjol ke luar'.
Apa sebabnya ea? Jom baca ...
Most common cause -> Lumpuh pada otot Serratus Anterior.
Less common cause -> Lumpuh otot trapezius & otot rhomboid.
Inilah gambar lapisan2 otot. Bisa buat kamu pening, dong. Actually nak tunjuk kedudukan otot SA je. So, bolehlah imagine sikit2 kan dari takde gambar lgsg :D. |
- Biasanya disebabkan damage/rosak pada urat yang 'menyarafi' @ innervate otot ni.
(Nama urat -> Long thoracic nerve).
Apa fungsi otot ni?
- Otot ni melekat pada bahagian hadapan (anterior) scapula @ scapula blade ni.
- Fungsinya adalah untuk menarik scapula ke hadapan (forward movement).
- Kalau nak test ada winging scapular ke tak, boleh push againts resistance (buat aksi tolak dinding or pumping) ATAU angkat tangan lebih paras kepala.
Macamana pulak nerve ni boleh get damage?
- Ada macam-macam sebab.
- Macam kes adik ni -> Berlaku unusual twisting of the shoulder & pernah ada repetitive movements masa weight-lifting kat gym. Kemungkinan besar ini yang sebabkan pressure/tekanan pada urat seperti yang aku sebut kat atas.
Kira serius ke kalau jadi camni & sakit tak?
- TAK SAKIT.
- Serius tu bergantung jenis kes. Tapi, sememangnya akan limitkan aktiviti harian korang lah - especially tak boleh nak angkat barang berat dah.
Take Home Message:
- Jangan pulak bagi nama anak ikut nama bone/ muscle/ nerve ek eventhough bunyinya sedap belaka.
- Korang akan boring baca entri ni jika tidak berkaitan :D
Related Topics:
~ Anatomy (Medical first year).
~ Fakulti Perubatan (Tahun 1&2).
~ Buku 'cetak rompak'.
~ Dear Young Doctors.
- Korang akan boring baca entri ni jika tidak berkaitan :D
Related Topics:
~ Anatomy (Medical first year).
~ Fakulti Perubatan (Tahun 1&2).
~ Buku 'cetak rompak'.
~ Dear Young Doctors.