Wednesday, December 24, 2014

Myocardial infarction #2.

     Seorang pesakit umur 70y plus, chinese, lelaki datang jumpa aku mengadu tak selesa kat bahagian tengah dada - dari 5pg berterusan sampai jumpa aku pukul 9.30pg. Dia denied chest pain/ breathlessness. Masalah utama ialah dia tak faham sangat soalan-soalan aku (doktor kena tanya macam-macam soalan in order to make a diagnosis). Kat hati aku memang dah rasa ni mesti Heart Attack. So aku soh buat ECG (as usual). Dia kata, "Saya bukan sakit jantung,  doktor." Aku pujuk jugak dia buat. At last dia setuju.
     So, this is his ECG... Ermmmm...
Confirm AMI
(Acute Myocardial Infarction).
     Mesti ramai yang tak faham MI tu ape, kan? Untuk faham, korang kena baca entri aku yang lepas2 macam yang aku list down kat bawah ni sebab sume aku dah explain kat sana.

Related topics:
~ Myocardial infarction (MI).
~ Electrocardiogram (ECG).
~ Atherosclerosis.
~ Pedih ulu hati.
~ Sakit lengan simptom /gejala heart attack?
~ Salah faham lagi.
~ Omega-3.

Pendaftaran sekolah PASTI Al-Islamiyyah 2015.

Salam semua.

     Sesi persekolahan baru dah nak bukak tak lama lagi. So, dah register anak ke belum? Anak aku tahun ni pastinya di PASTI Al-Islamiyyah lagi. Ni nak masukkan untuk 6 tahun. Sebelum ni memang aku puashati dengan pengajaran Modul PASTI ni. Alhamdulillah Adam Hadif @ Abe dah pandai mengeja macam-macam, pandai buat simple Maths calculation & pandai baca doa + ayat Quran. Harapan aku ialah nak anak yang soleh (solehah belum lagi). Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga ea.

     So, aku just nak share details Pendaftaran PASTI di Seremban sebab confirm ada parents yang tengah survey perbelanjaan nak sekolahkan anak, right?
Reminder: Bayaran untuk kawasan lain selalunya tak sama.
Ni wassap dari guru PASTI.
Sekarang info everything by sms or wassap je.
Paperless.
Salinan:
- Mykad mama & papa.
- Mykid pelajar.
Beserta 2 gambar ukuran passport pelajar.
Nasib baik everything memang dah ada dalam almari rak buku.
Details pembayaran:
Sedikit berbeza untuk 4,5&6 Tahun.
SENARAI PEMBAYARAN (6 TAHUN):
1. Buku teks
2. Buku transisi
3. Buku nuzul Quran
4. Buku pra tahfiz
5. Baju seragam
6. Baju sukan
7. Kit pelajar:
Fail
Borang maklumat murid
Buku rekod prestasi
Buku manual pelajar/ ibubapa
Kad yuran
Taqwim
Botol air
Beg PASTI

8. Yuran pelbagai:
Ko-kurikulum
Peperiksaan Sem 1&2
Tabung Kebajikan
Konvokesyen
Pengurusan
JIBG
Bayaran 1-8 = RM303.

YURAN PASTI CAWANGAN = RM510.
Yuran pendaftaran
Yuran Januari
Yuran tahfiz Januari
Pentadbiran tahunan
Yuran makan tahunan
Buku aktiviti
PASTI Adikku pandai membaca
Alatulis
Majlis Akhir Tahun
Tag nama jahit

YURAN KESELURUHAN = RM813.

Diharap membantu.