Monday, December 22, 2014

Husband kerap sakit.

     Dalam tahun ni kerap betul husband aku berulang-alik ke Unit Kecemasan HTJS kerana pedih ulu hati. Macam biasa, dia dirawat sebagai 'sakit gastrik'. Awal-awal dulu makan ubat gastrik ok lah. Tapi, sekarang simptom (gejala) penyakit dia dah bertambah severe (teruk). Sampai sesak nafas & sakit dada. Dah macam sakit jantung aku tengok. Tapi, check jantung (ECG) ok je.
     Paling teruk time raya puasa tahun ni - he was admitted at Hospital Tanah Merah that time. Rafer sini ~ Kenangan Hari Raya 2014. Kat wad pun still sakit ulu hati.
     Dan hari ni, asben sakit lagi. 3 kali dia muntah. Dia mintak aku sapu minyak panas kat dada & belakang badan dia. Tangan aku urut tak kuat, so dia mintak aku urut guna siku. Adalah dengar angin keluar sikit. Lepas tu dia tido. Nampak tak larat. Anak-anak pulak bising. Lagi dia pening.
     Ni dah malam alhamdulillah nampak ok. Cuma 1 aku geram - aku nak refer dia for scope tapi dia takmo. Ishh..takut agaknya. Tapi aku tanya dia senyap je. Ermm...

Sunday, December 21, 2014

Pos Malaysia - Tetipah tetipu.

     Kesian bila aku baca k.Farrah (FAMF Tower) kene charge mahal dengan staff pejabat pos. Padahal nak pos benda kecik je pun - diorang charge as parcel (kene RM4) & bukannya document. Tapi sebelum tu K.Farrah pernah je pos benda sama tapi staff berlainan charge RM0.90 je. Refer entri ni ~ Terkelindan. Nampak tak betapa jauh bezanya?
     Actually aku pun pernah kena perkara yang sama. So, aku dah buat conclusion yang Pos Malaysia ni memang SISTEMNYA TAK SERAGAM (depends on staff @ tempat). Actually banyak je lagi insidens lain yang menunjukkan ketidakseragaman pejabat pos ni - hasil bacaan aku mengenai pengalaman bloggers lain.
     So, kalau korang takmo bayar setem mahal-mahal, korang baca apa aku buat.. Benda ni jahat sikit tapi berbaloi lah.
     Ingat lagi gambar ni? Inilah hadiah untuk top commentators aku Aug - Oct/2014. Refer entri ~ Maaf andai aku tak sempurna. Aku pos 2pinggan Tupperware Brands ni dengan setem RM2 je. Baca bawah ni..
Kat pinggan tu aku selotape kan fridge magnet jugak. *Make sure lekat betul-betul tau u olzzz supaya tak tercabut. Bila aku timbang, dalam 200gm je pun. Notebook pun berat lagi. Saiz pun x besar mana, x makan ruang. Apa yang nak charge mahal sangat??
Hadiah yang bakal di pos.
Saiz sampul = 22.5 x 17.5cm
Setem pulak takde.
Ritu dah beli extra vaganza, tapi sume tak jumpa.
     Okeys, ni hadiah untuk GA latest aku. Refer entri ~ Simple Giveaway: Vietnam Shawl. Ikutkan guidelines Pos Malaysia, aku kene pos guna Sampul Prabayar RM6 tu. Ermmm..membazir duit je. What I do? Takyah pi kaunter. Aku just cut bubble wrap muat2 envelope & letak shawl dalam tu. Shawl tu memang takkan bergerak - it fit the envelope as i wish. Nanti tepek je setem RM2. Singgit macam sikit sangat. Insyaallah sampai.

* Entah bila lah aku nak hapdet pasal HCMC. Maleh + dah lupa. Banyak makan semut kot.
* FM atas tu banyak jugak lah lagi. Sape interested kalau aku buat hadiah GA? Sila angkat dua-dua kaki tangan.
* FM baru belum sempat order. Macamana nak buat hadiah next top commentators ni? Fenin kepala aku. Haritu beria sangat.