Monday, September 1, 2014

To Sungai Siput with love.

Sabtu, 30/9/14:-
     Ingat lagi tak entri baru ni - Nak Lari. So, inilah destinasi yang aku maksudkan. Ke Sungai Siput bersama keluarga untuk gi rumah Pak Ndak aku hadiri wedding anak dia, Lin (adik sepupu aku). Biasalah, plan nak kluar lebih awal. At last, 10.30pg baru bertolak dari Seremban.
Cuba lihat betapa 'syahdunya' keadaan trafik sepanjang perjalanan kami.
Amboiii...ada yang sampai lunjur kaki atas dashboard.
Itulah cucu mak a.k.a anak aku.
Seperti biasa, memang macam2 ragam dalam kereta:

Iri - Entah apa dia buat kat bawah tu. Aku biar je.
Kalau ditegur, mulalah masing2 akan buat perangai.
Abe - Macam selalu ...selfie.
Ajik - dah tergolek atas pangku P.Long dia (anak Mak Su aku).
Gambar paling bawah kiri - Peel Ajik yang suka duduk kat bawah
(sebelum dia tidur) sambil rapatkan telinga kat speaker.
Katenye, "Ajik tak dengar lagu lah,Mama."
Sila abaikan keadaan gigi Abe.
Hehe...
     Pukul 4.30 kami sampai. Singgah homestay (nearby rumah P.Ndak je) untuk turunkan semua barang-barang.
Pengantin perempuan di singgahsana -
menanti si teruna melafazkan akad nikah bagi
melengkapkan majlis.
Sah! Sah! Sah! Sah! At last - Alhamdulillah kini dah
bergelar isteri adik sepupu aku yang comel ni.
Tema - biru+orange lembut (colour block).
Di luar rumah, aku & anak2 tak lepaskan peluang.
Ikut tema lah jugak baju aku.
Aku tak pernah menempah baju pun
kalau attend mana2 wedding - tak sempat.
Pakai je apa yang ada dalam lemari.
Mama & angels.
Dari kiri : Abe, Ajik, Mama & Iri.

To be continued ....

Belanja mak makan.

At R&R Tapah, 31/8/2014 :
     Berenti untuk solat Jamak Maghrib & Isya'. R&R Tapah ni memang tak pernah lengang. Surau die pun memang patut direnovate sebab kecik sangat. Padahal Muslim & Muslimah yang berenti solat punyalah ramai.
     Selesai solat Maghrib, aku perasan perut dah mula berkeroncong. Food court penuh sesak. Susah nak bawak anak-anak aku yang betul2 lasak ni. So, kenelah cari tempat yang kosong sikit. Then, jumpe Secret Recipe - tak pernah makan sini. Setakat beli kek ada lah sebelum ni. So, nak try lah. Di samping tu nak belanja mak, sebab mak memang susah kalau nak diajak berjalan / soping2. Setakat nak ajak kluar makan pun mak taknak.
Macam biasa, kalau mama malas nak layan -
Tok dia akan jadi 'mangsa' melayan dia.
Tak kuasa mama nak melayan kalau merajuk
tak makan pujuk :p
Fried rice with satay.
Mak malu-malu kalau tang amek gambar. 
      Seronok dapat belanja mak. Tapi, cucu dia pulak mengada buat hal nak merajuk itu ini. "Biarlah,mak. Tak payah nak layan. Kita makan je." Garang kan mama dia?
Mama welfie dengan Ajik.
Selalu dengan Abe, tapi kali ni dia xde mood.
Tak boleh layan, nanti makin menjadi...
      Yang bulat sorang ni paling senang bab makan. Sumbat je apa-apa kat mulut..memang dia tak tolak.
Chicken Parmigiana.
    Ni food mama, tak reti lah mama nak sebut. Aku gi mana2 pun kalau nak order,  memang aku ikut sedap mulut aku je nak sebut. Asalkan perut aku kenyang. Order ni, lepas tu share dengan Ajik. Salad dia mama sental habis - suka sebab fresh & ada perahan lemon.