Friday, June 20, 2014

Nappy rash... sian sangat!

Bagi bakal ibu, is important for you to learn this. Nampak simple.. tetapi awas.. Don't take lightly ok.
Bagi ibu-ibu yang anaknye pernah alami ruam lampin yang teruk (severe) cam aku, memang sebak kan bila tengok baby menangis sampai x kluar sore sebab pedih kesan melecet di bahagian seluruh punggung + depan (seluruh bahagian kencing)? Dah 'raw' colour kulit baby aku mase tu.
Gambar hiasan - Adam Hadif
kene lebih teruk lagi :(
Kenapa boleh jadi camtu?
Dia cirit-birit everytime after feeding.
Memang x boleh lambat sikit je..dah merah menyala kulit situ. Ini kesan ammonia yang dibebaskan dari stool (najis) & urin. Lepas tu cepat pulak merah tu merebak. Later on infection pulak take over.

Apa aku buat?
Macam-macam!!
Guna bedak agnesia, tepung sagu, Drapolene dll. Usaha je sepanjang masa tukar pampers apply benda2 ni. But, no improvement. Sampai 1 tahap..Adam Hadif dah kene secondary bacterial infection. So kene bagi antibiotic. Lame juga lah baru ok. Azab kat die :(

Bedak Agnesia.
Active ingredients :
Zinc oxide
Chlorhexidine HCL
Talc, Perfume
Drapolene cream
Active ingredients :
Benzalkonium Cl
Cetrimide

Ape yang terbaik?
Tak salah pun guna mana-mana treatment,  tapi, tengok severity (keterukan). Elok kalau dah nampak merah sikit, terus apply.
Pendapat aku: Bedak agnesia & tepung sagu tu lebih kepada barrier method. Letak tebal2 so that cecair/gas dari najis x dapat kena kulit.
Macam Agnesia & Drapolene: memang ade antiseptic property ( boleh kills & prevents germs), tapi nappy rash ni cepat 'tersebar'. Dari pengalaman aku & few mothers lain, memang not effective. Kalau rash biasa ok kot.


Candid powder (Clotrimazole)
Jadi, nak pilih yang mane?
I chose Candid Powder.
It is an antifungal. 
Alhamdulillah berkesan. Just sapu sikiiit je..nipis2. Kakak sepupu yang suggest ni. She's a staff nurse in Perak. Katenye, most babies yang die apply this powder dah ok.
Why Candid Powder? 
Kebanyakkan nappy rash ni disebabkan Candida albicans (fungal infection). Then, powder ni fights against Candida ni.
Boleh cube ye..
Harga :
- beli kat farmasi kampung mak - RM9.80.
- kat Alpro Pharmacy - RM16.90 ;)

PPD - Perkhidmatan Perawatan Domisiliari.

;)Semalam & hari ni ada kursus PPD kat Klinik Kesihatan Seremban.

Memang ada guidelines yang teliti untuk PPD ni, including pemilihan pesakit & caretaker (penjaga).
Perlu sain perjanjian.

PPD ni just untuk pesakit terlantar:
- Stroke.
- Traumatic brain injury (TBI).
- Spinal cord injury.
  (saraf tunjang)
- Cerebtal palsy (CP).
* Caretaker akan diajar oleh nurse & MA sehingga mereka tahu uruskan pesakit sendiri. Setelah 3 bulan, dia akan didiscaj dari PPD.

Skop tugas nurse & MA:
- Inserting nasogastric tube (tiub makan)
- Penjagaan tracheostomy wound
- Colostomy dressing.
- Penjagaan luka - pressure ulcer.
- Changing CBD (tiub kencing)
NG tube (tiub makan).
Stoma
CBD bag (beg kencing).
Tracheostomy tube.
Pressure ulcer

Kami juga kena nilai & skor ADL
(activity of daily living) :
Cth: Cara makan, mandi, buang air, buka & pakai baju,dll.
Lepas tu kene suggest OT (occupational therapy) untuk pesakit.

Huh..banyak benda lagi sebenarnye.
Sebelum ni dengar gitu-gitu je. Because nobody gives proper briefing.
Tapi, biasalah banyak sangat bende dengar dah jadi pening-pening lalat. Tak pasti berapa banyak je yang absorb. Huhu.