Harap gambar ni dapat memberi gambaran ringkas yang mana
elemen agama memang tak diambil ringan...tak diambil mudah dalam bidang perubatan.
Simposium sebegini sememangnya telah dilaksanakan lama dulu.
Sejak zaman saya student pun dah ada ni.
Bagi pihak yang selalu menimbulkan kontroversi kerana certain agenda,
please stop from doing so kerana anda akan menimbulkan was-was kepada sebahagian besar umat Islam.
Dan sedarlah bahawa tindakan anda ini hanya menambahkan dosa, KERANA :-
1. Menyebarkan fitnah.
2. Menangguhkan perawatan sepatutnya kepada pesakit yang mana akhirnya menambahkan lagi komplikasi kepada para pesakit, atau lebih teruk lagi sehingga membawa maut.
Pesanan saya - Rujuklah pada yang Ahli sebelum berhujah.
Kita tidak sehebat Ibnu Sina, Ibnu Haitham, Al- Biruni, Al- Farabi dan tokoh-tokoh Ilmuwan Islam yang lain dalam membahaskan ilmu pelbagai bidang.