Dah bace dialog kartun ni?
Korang faham kan?
Dalam kehidupan harian, kita akan bertemu dengan ramai orang.
Banyak orang..means..banyak ragam..
Aku tau setiap orang pasti akan terkenang sesuatu sekarang ni, kan?
Aku sendiri selalu alami benda ni terutamanya ketika berdepan dengan pesakit di klinik.
Aku nak korang tutup mata & imagine kejap situasi ni :
HARI PERTAMA :
Ada 2 orang doctor yang duduk di dalam bilik mereka.
(Bilik tu ofkoslah ada pintu & dinding batu ..bukan cermin.)
Sekali-sekala ada jururawat yang masuk ke bilik kerana menghantar kad pesakit.
Kad disusun mengikut No. giliran yang didapatkan oleh pesakit sendiri di Kaunter Pendaftaran di pintu masuk klinik.
Seorang doktor akan menekan No. satu persatu mengikut giliran pesakit.
Tiba2 masuk seorang pakcik umo 70 menjerit & terpekik-pekik kepada doctor kerana katanya telah 1 jam menunggu tetapi doctor tidak memanggil No. nya.
" Kenapa Dr. tak panggil No. saya, 2028 dulu? Tapi panggil no 2017 sedangkan saya dah tunggu lama !! "
Kedua-dua Dr cuba explain in details bagaimana situasi tersebut boleh terjadi tetapi Pakcik tua sikitpun tak mahu terima & terus marah.
*********************
HARI KEDUA :
Selepas kejadian hari sebelumnya, Dr in-charge cuba ubah system.
" Nurse, lepas ni walaupun pesakit datang awal, pastikan dia buat Ujian urin & ECG dulu baru diberi No. Because kita nak avoid delay in treatment bagi pesakit yang tak perlu buat ujian tersebut pada hari ini & seterusnya. "
Doktor pun menjalankan tugas merawat pesakit macam biasa.
Tiba-tiba...
" Dr, doctor tak bolehlah bagi no kemudian - lepas saya buat Ujian urin & ECG.
Saya kan datang awal."
******************************
SO, WHAT SHOULD WE DO ?