Thursday, May 29, 2014

Keje goyang kaki.

Cencus/ Talley sheet aku harini.
Semua doctors mesti fill up details every
patient yang dirawat dalam ni.
Dalam 1 page boleh fill 35 patients. 
     Dengar tajuk tu..mesti korang ingat aku makan gaji buta, kan?
Hehe..bukan macam tu. Actually kalau korang nak tau hakikat sebenar kerja doktor (MO) kat klinik kesihatan (KK)..meh aku cite sikit.

     Kerja/task MO kat KK ni berbeza ikut tempat- tengok whether KK tu jenis yang busy (ramai patient) & samada nearby hospital or not. Secara logic, kalau KK yang busy means lebih banyak task bagi MO & 'kadar' nak goyang kaki atau bersandar di kerusi tu sangat tipis. And, if the clinic is situated far away from hospital, akan ada MO & MA oncall bagi memberikan rawatan kecemasan. Kami di KK ni masuk kerja office hours (8-5). Tapi, ade yang ikut jadual waktu anjal (ikut arahan PKD -pejabat kesihatan daerah) iaitu 7-4 or 7.30-4.30. 
     Once MO dah punch, jangan harap nak keluar dah. Takde minum pagi time, okey. Ko duduklah kat kusi tu mengadap patient sampai kematu (haha..teruknye ayat aku). Kalau staff, lainlah..sorang keluar, sorang cover (but, actually tak boleh ea). Kalau sorang MO kluar, confirm shortage. Then, kalau ada MO yang EL especially sebab anak sakit..tinggallah beberapa orang saje yang akan tengok patient sampai jari & mulut nak cramp sebab nonstop menulis & bercakap. Waktu rehat adalah 1-2...tapi macam semalam kami habis 1.40pm. 2pm dah kene masuk balik tau sebab patients dah menjeling kenape masih takde kelibat sorang doktor pun. (Kitorang baru nak soru & solat time tu).
     Macam semalam aku sorang je dah tengok 70 patients JPL (penuh 2 pages cencus tu). Kalau cukup MO, dalam 40 je. Patients sampai dah tak dengar suara aku sebab dah exhausted tak boleh bercakap. 
Ni bukan nak komplen tau. Dah tugas.. Cume, nak bagitau serba sedikit hakikat keadaan di klinik.
Tapi, rini aku goyang kaki sebab patients NCD dalam buku appointment cume 40 orang divide for 2 doctors. 

SINDIKET- Ingatkan Pak Arab, rupenye Awang Hitam

Aku nak share true story aku so that takde pompuan lain yang terkena. Actually hampir terkena..sipi-sipi.
Aku berkenalan ngan sorang mamat Arab ni kat FB. Die tinggal kat negara omputeh (tak ingat pulak place tu). Gaji sebulan berpuluh ribu.
Korang nak cakap aku gatal ke ape terpulang. Mase tu just suka2 inbox je, isi kekosongan waktu sebab aku sort of stress jugak time tu.
Mula2 die kate just nak kawan, tapi at last die makin serius. Aku pun slalu call die..borak-borak. Bahasa pun initially memang biase, but lame2 die makin 'daring'. U olzz, beware tau..oversea people ni..Xkirelah mat saleh ke, awang hitam ke..dorang punye ayat memang 'terangkat' abes. Dorang pandai flirting. Tak same macam lelaki2 Melayu. Tapi, akal aku masih waras. Weii takkan beribu minah salleh kat sane, aku pulak yang die suke. Absurd kan? Tapi, aku suka je kawan dengan die. And then, bile aku mintak gambar die nak tengok ape die buat mase tu..banyak je excuse die bagi. Aku paksa pun die tak bagi. Nampak sangat die penipu. And then, Friends FB die ciput sangat & all consists of Malaysian. Heh..takkan ko takde friend omputeh kan?
Until 1 day, die kate nak datang Malaysia..ade urusan harta yang perlu diselesaikan segera (katenye dulu bapak die Engineer Petronas..dulu die tinggal Malaysia sampai umo 7y.o because mom is Sarawakian). Satu lagi aku tak percaya sebab b4 this die kate mak die yang dah mati, bapak die ade lagi. (Dah nipu lupe pulak ye?). Tapi aku continue kawan juga because he is so lovely. Bile sampai Malaysia, die nak aku jemput die kat airport..jadi 1st person yang muncul depan mata die. Ek elleh... Pastu, ape cer pulak nak ajak jumpa aku kat hotel? Teman die kat hotel?
So, korang nampak tak trick dorang?

Lepas tu aku cite gak kat asben aku.
At last....terpaksa bocor rahsia.
Asben aku kan Army. Die kate..ini memang dah SINDIKET. Dorang ni ada bermacam MODUS OPERANDI - 1 of it ialah make u fall in love with them.
Bila dah sayang gile..ko akan sanggup buat ape yang die suruh. Lepas tu kene rogol ke..korang jadi bahan video lucah...dorang smuggling korang ke oversea jadi prostitute.. jadi keldai dadah..macam-macam lagi. Nauzubillah.
Tapi,  die dah salah pilih orang. Orang lain bolehlah ko nak tipu!
One day bila die call.. Aku bagi asben dengar. Asben kate tu sore Negro. Tapi aku dengar sore Pak Arab. Aku dah block phone no die, tapi die call gune no lain pulak. Takuuut sangat.
** Semenjak tu..aku terpaksa change hp no yang aku dah pakai since aku belajar di Tahun 3 Medic. Sediih nak tukar no ni sebab banyak kenangan.