Monday, January 13, 2014

Muka 'ketat'.

Ni satu lagi cite best tang aku kenakan orang.
Aku ni memang naughty walaupun anak dah berderet.

Time di AEON Seremban 2 ritu,
tetibe aku teringat nak beli kek gulung kegemaranku & anak2.
Alamak... ramai betul yang Q nak bayar bahagian bakery. Lantak lerr. Yang penting dapat beli kek.
Kek ni segulung RM4.50. 3 gulung RM11.90- so, apalagi?

Sesudah membayar, aku U-turn utk keluar..Tang situ mmg tak salah U-turn.
Tapi, kiri kanan sempit pulak. Takkan nak buat2 terlanggar sebab aku tolak stroller baby. Karang baby aku jugak yang tergezut. Jadi, aku pun sabar menanti mereka2 menyedari kehadiranku dan slowly aku cube juga utk lalu.
Tiba2..ade sorang pompuan muda ni. Lingkungan 20-an. Muke dah cantik. Dressing dah cantik ala2 model giteww. Tapi, perangai je tak berape nak cantik.
Dalam keadaan aku 'berusaha' untuk lalu di ruang sempit tu..die pun datang menyempit sekali. Rushing. Muke ketat & tak puas ati sebab aku 'block' tengah2 jalan. Dalam die dok rushing2 tu..aku 'block' je jln tu dgn stroller anakku & tak bergerak se inci pun. Aku tau die takkan 'berhati perut'
untuk memberi seorang ibu yang membawa anak kecik lalu dahulu.
Dalam hati aku tergelak jerr, "Hah, lalu ler kalau boleh. Kui kui kui."
Lepas tu baru aku bagi die lalu dengan menarik sikiiiit jerr stroller anak aku.
Sebaik je die langkah sebelah kaki, aku terus je tolak stroller anakku membuatkan die nak terjatuh.

## Kui kui kui. Tak langgar pun. Saje acah2. Kui kui kui lagi.
Lain kali nak buat lagi tak?

** MORAL - Beri keutaamaan kepada
1. Orang tua
2. Orang cacat
3. Orang mengandung
4. Orang yang membawa anak kecik
Dan...Jangan pentingkan diri sendiri!

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT !!

Sunday, January 12, 2014

Taktik ketika di 'kesempitan'..

Takut gak nak cerita ni..
Takut ade yang marah or tak puas ati.
But actually takde apepun..

Nak tanye...
Kowrang biase tak pegi beli barang mase SALE? Especially time2 perayaan?
Aku ni even anak berderet memang 'kaki jalan'..'kaki shopping'. Lepas tu ngengade nak pegi mase time2 crowded. Yelah..kalau lambat, melepaslah pulak, kan? Tak gitu?
Cam aku..memang WAJIB bawak stroller + trolley gedabak tu. Utk 'sumbat' askar2 kecik ni. Dah cenggitu memang susah ler bile nak melalui lorong2 sempit (sempit dek mereka yang berhenti membelek barang2..menyervey harga dll).

Kalau jadi cenggini, ape korang akan buat ? Mmg sempit sangat unless orang kat tepi2 tu bagi laluan baru korang blh lalu gitu. Biase orang akan ckp, "Excuse Me/ Tumpang lalu" - betul tak?
Tapi, kalau dah hingar-bingar mane nak dengar kan? Nak pulak suara tu yang halus..yang mulus.

Ape aku buat?

Jeng..jeng..jeng...
Aku buat2 TERLANGGAR DENGAN TROLI GEDABAK TU..Hehe...Jangar mare..
Wehhh, jangan kowrang langgar kuat2 tak pasal2 terjatuh orang tu. Tak baik kan?
Langgar ALA2 MANJA gitu. Berlakon sikit maa. Lepas tu buat muka ala2 comel & cakap...," Oooopppsss sori terlanggar".
Setakat ni ok jerrr..Xde sape marah.

Pandai tak aku? Pandai lah sangat kan tang bagi ajaran sesat !! Haha..