Showing posts with label doktor. Show all posts
Showing posts with label doktor. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Tangan saya ketar.

     Seorang budak perempuan umur linkungan 19-20 tahun datang jumpa aku untuk medical check-up. Kebiasaannya tiada apa-apa masalah diadu. Semua pun nak start belajar or kerja kan...so kalau ada penyakit sure akan jadi problematic. Macam budak ni pun sama. Aku dah siap sain 'Layak'. Tiba-tiba....

Miss NH: Dr, tangan saya ketar-ketarlah. Kenapa ye? Orang lain yang selalunya perasan tangan saya terketar-ketar.

Bermacam-macam soalan aku tanya to make the diagnosis.
Tapi, satu pun memang unlikely..
Contoh :
Unlikely hyperthyroidism
Unlikely hypoglycemia
Unlikely infectious disease
Denied high caffeine intake
Unlikely Cerebellar disease - gait (cara jalan) normal je.
Takkanlah ko Parkinsonism pulak.. memang tak logik.

Dr. S: Sah awak ni ada anxiety problems.
(Still denying..tapi tengok muka pun dah nampak cuak).
Adik, U look very well to me.
So, there shouldn't be any problem.
Please observe whether this symptom persist when you are alone at home & come back to me for further investigation.

* Ape agaknye problem this girl?
Actually dia sendiri pun tak perasan whether this symptom occured when she's not with other people.

Tuesday, August 19, 2014

'Musim' sakit mata.

     Sejak naik kerja lepas balik dari cuti raya ni ramai sangat dapat patients yang sakit mata. Anak aku sendiri pun kena. Mata sakit & berair je. Aku dok lap air mata dia throughout the days sebab meleleh je air mata dah macam orang menangis. Ntah mana dia dapat pun aku taktau.
    Sampailah this week. Memang most of the patients yang datang adalah disebabkan masalah ni. Sampai 1 family berjangkit. Ada yang sampai bengkak kat kelopak mata.
"Doktor, sekarang ni musim sakit mata ke?"
Serba salah pulak nak jawab sebab kita bukan seasonal country. Tapi, iye kan jelah. Kui.. Kui..
Kalau korang ingat, entri ni memang related
~ Conjunctivitis .

Kulat kuku / Fungal nail.

~ Autopublish entry ~
Ade sesape yang kuku jadi buruk, rapuh & pecah-pecah macam dalam gambar ni?
Ihsan Google. 
Inilah jangkitan kulat yang jadi pada kuku. Selalunya sebab Onychomicosis. Selalu terjadi sebab keadaan yang lembap & pada immunocompromised patient (tahap ketahanan badan yang rendah).

Baru ni ada patient mengadu ada keluar ketulan putih-putih macam nasi dari celah kuku die. So, die nak ubat yang boleh 'inject' masuk dalam kuku. Manede ubat camtu kat KK. In fact, tak pernah lagilah aku dengar ade ubat camtu. Hehe..Treatment adalah cream Miconazole.
Ada patient pulak cakap dah apply cream ni tapi tak baik-baik pun. Well u olzzz.. disebabkan kulat kuku tu dah lama 'menapak', jadi..treatment pun will take a long period of time. Makan setahun jugak..sampai sume kuku lama tu replaced by kuku baru. 

Monday, August 18, 2014

Anaemia.

Tajuk ni maybe will give clearer picture kat korang tentang beza anaemia & thalassemia. Hehe..jangan kompius ye.

Aku up entry ni sebab:
1. Nak relate kan dengan tajuk ni ~ Apa itu thalassemia? dan Thalassemia screening.
2. Sebab ramai patient aku tanya apa beza dua menatang ni xD

Apa itu anaemia (secara ringkas)? :
- Is defined as low Hb (hemoglobin) concentration.
- Bagi man if kurang dari 13.5 g/dL
- Bagi woman if less than 11.5 g/dL

Nak tau jenis2 anaemia?
(klasifikasi berdasarkan MCV)

1. Low MCV
- IDA (iron deficiency anaemia) - most common cause
- Thalassemia
- Dll

2. Normal MCV
- Pregnancy
- Renal failure (patient yang dah on dialisis biasa dapat)
- Dll

3. High MCV
- B12 or folate deficiency
- Alcohol
- Dll

Apakah simptom (gejala) anaemia?
- Mudah penat
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Jantung berdegup laju
- Pening
- Pitam

Apakah sign (tanda) anaemia?
- Pallor (pucat)
- Tachycardia (nadi laju)
- Dll (takyah cerita nanti tambah pening).

Bila perlukan blood transfusion?
- Selalu kita jarang decide untuk transfuse unless Hb is dangerously low.
- Decision will depends on severity & cause.
Cth:
~Haemorrhage (bleeding) in active PUD (peptic ulcer disease).
~In severe anaemia with heart failure. 

Apa itu thalassemia?

Recently aku ada post entri ni ~Thalassemia screening.
Ramai juga yang confuse tapi yang best macam-macam soalan aku dapat.
So, rini aku nak share sikit pasal thalassemia bagi rough idea kat korang k. Tak perlu tau lebih2 sangat nanti korang pening..sebab topic ni is actually under molecular genetics. Kitorang pun belajar yang basic je xD.

Ape itu thalassemia?
Adalah sejenis penyakit genetik yang disebabkan oleh sintesis (penghasilan) hemoglobin (Hb) yang tak seimbang (means Hb tu dah tak normal)
- Samada tiada globin chains yang normal dihasilkan, atau
- Penghasilan globin chains adalah kurang.
* Ni aku melayukan tau sebab English + Medical term will make korang pening .

Hb yang normal tu cemane?
Normal adult Hb (Hb A) - has 2 polypeptide globin chains (alpha & beta chains)

Adakah jenis Hb ni berbeza mengikut peringkat?
Ya. Jenis Hb akan berubah pada 3 peringkat:
1. Early embronic life (peringkat awal lagi..semasa dari percantuman ovum & sperma)
2. Fetal (janin - dalam kandungan)
3. Adult (selepas kelahiran ke dewasa)

Ni nak cerita lebih tentang beta-Thalassemia.
It can be divided into:

1. Thalassemia minor/ trait.
- Pesakit tiada simptom.
- Kalau anaemia pun..just mild or absent at all.

2. Thalassemia intermedia
-  Symptomatic, with moderate anaemia (Hb 7-10g/dL).
- Tak perlukan regular blood transfusion.
- Patients may have splenomegaly (pembengkakan limpa) & bone deformities.

3. Thalassemia major.
- Jenis ini biasanya dapat dikesan awal
-> during the 1st year of life dengan masalah berikut:
-- Failure to thrive (pembesaran terbantut) & recurrent bacterial infections.
-- Severe anaemia from 3-6 months.
-- Hepatosplenomegaly (pembengkakan hati & limpa) & bone expansion.
* Muka dorang ni sepesen ~ kita panggil as classical thalassaemic facies atau "Mongoloid" facies.
-- Perlu regular blood transfusion to keep Hb 9-10g/dL (maybe required every 4-6 weeks)
-- Management untuk ni actually banyak lagi.

Saturday, August 16, 2014

Thalassemia screening.

~ Autopublish entry ~
     Dah lama nak up entri ni. Tapi, asik lupa nak snap gambar yang sepatutnya. Baru u olzzz dapat imagine sikit.
Macam patient ni, adik dia detected ada Thalassaemia.
Same goes to 2 orang anak adik dia.
So, dia datang untuk check juga.
As usual, kami akan order FBC
(full blood count)
Ni lah result FBC dia.
Untuk thalassemia screening kita akan review:
- HGB (hemoglobin)
- MCV
- MCH
Kalau tiga-tiga low, differential diagnosis ialah:
1. Iron defienciency anaemia (IDA).
2. Thalassemia. 
Next, order Full Blood Picture (FBP) pula.
Darah ni kan dihantar ke hospital untuk dilihat guna
microscope (done by Pathologist).
Pesakit akan diberi appointment antara 4-6 minggu untuk review results
Kalau patients datang earlier than that,
most likely result not yet ready.
Dalam FBP results ni Pathologist akan bagi impression & further plan. Cth:
1. Trial of haematinics 
(ubat tambah darah - iron, vitamin b complex, & boleh je kalau nak tambah folic acid skali).
2. Please proceed with Hb Analysis. 

Thursday, August 14, 2014

Acute dystonia.

     Peristiwa ni berlaku lebihkurang minggu ke-3 puasa. Masa tu adik aku baru keluar wad. He was not discharged, but given 1 week home leave. Sepanjang interval ni, in case anything emergency occurred..kene immediately bawak dia ke wad semula. I knew this because I rang the doctor who is in-charge of my adik. Yang jemput balik ialah ayah aku.
     Adik aku kene ambik ubat bd dose - means 2x sehari. Aku memang dah sedia maklum akan effect ubat ni ~ Extra-Pyramidal Side Effects (EPS). Tapi, aku tak pernah jumpa depan mata.
     Balik keje petang macam biasa aku singgah umah aku amek barang then baru balik tido umah mak. Tiba-tiba asben mesej kata adik aku ni tak sihat. And lidah dia terjelir. Mashaallah..dugaan apakah ini? Mungkinkah EPS. Aku pun 'shoot' balik rumah mak.
     Aku marah kenapa ayah tak bawak adik gi hospital? Ayah kata tunggu buka puasa. Masa tu baru pukul 6pm. Mak kata, baru sekejap tadi jadi. Mak memang dah cemas. Ayah buat selamba. Memang aku geram sangat. " Tau tak ni emergency? Mane boleh main-main!" Sian aku tengok mak memang risau sangat tapi mak tak boleh buat apa. " Nasib baik k.ngah balik rumah. Kalau tak, entah apa jadi!" aku membentak. Rupanya ayah terbagi ubat salah timing. Ni soal hidup & mati,okey. Get serious!!
     Mak cakap, " Tadi mula-mula mak tengok leher Anchik keras & timbul berketul-ketul. Lepas tu leher dah jadi senget macam ni. Kemudian, lidah terjelir tak boleh masuk dalam dah. Tak boleh telan air liur. Cakap dah tak betul (Slurred speech). Badan bongkok & ngadu sakit. Tadi Anchik tumbang tiba-tiba then ayah ko angkat. Anchik rasa nak kencing tapi tak boleh keluar." Mase tu badan dia dah macam robot sebab kejang satu badan (muscle spasm).
     Aku cepat2 kol FMS, Dr. Iliza untuk confirm samada antidote tu by oral or injection. Bos kate gi amek muscle relaxant.
Nasib asben aku tak keje ritu die drop aku & adik kat Kecemasan.
     To make it short..alhamdulillah adik aku ok. Tapi, aku tersilap sebab bawak dia pergi Kecemasan bukan Wad. Lepas ok, aku kene bawak dia gi Wad. Mase ni second time nak jadi balik. Cepat2 bagi dia tab. Artane. Alhamdulillah okey & bos kata tak perlu admit wad sebab kakak dia doktor boleh observe sendiri. Bos kate, should be ok.
Keadaan adik aku lebih teruk dari ni.
Ada 3 jenis EPS yang common.
Adik aku kene Acute Dystonia. 
Muscle kita ni sepatutnya contract-relax-contract -relax...
Tapi, muscle adik aku contract je..tak relax langsung.
Adik aku memang dah jadi macam ni..
- Torticollis.
- Opisthotonus.
* Aku tak dapat cari gambar nak tunjuk kat korang.
Korang boleh imagine satu badan adik aku spasm sampai leher dia senget sebelah kanan & ke belakang, badan dia membongkok ke depan, sambil both lengan dia mengepak, dan semua jari-jari dia dalam keadaan mencengkam.
Nasib baik tak trismus, laryngeal dystonia & oculogyric crisis.
Kalau tak memang dia akan sesak nafas & maut.
Memang sakit sangat sampai dia menangis mengalir air mata.
Kalau nak tau, adik aku ni jenis tahan sakit.
2 kali eksiden motor berdarah-darah pun dia senyum selamba.
:(

Wednesday, August 13, 2014

On-call.

     Biasa kan dengar doktor kene oncall?
Sistem on-call doktor /MA/nurses ni berbeza untuk klinik vs hospital. Dan berbeza juga antara klinik kesihatan bergantung pada arahan YM klinik, PKD & JKN.
     Macam kat KKPD dulu roster macam ni:
- 1 MO akan masuk 7.30am balik 4.30pm.
- 1 MO lunch call.
(Hari jumaat balik waktu sama doktor lain.)
- 1 MO oncall sebab ada Unit Kecemasan kat sana.
     Kat KK aku keje sekarang, takde unit kecemasan. Tapi, istilah oncall yang digunakan tu is actually refer tu those yang buat lunch call. Mesti dah pening ni..
Ade banyak lagi beza sistem amongs clinic ni tapi takyah cerita kott.
Nampak tak nama aku telah di highlightedkan?
Meaning, aku adalah doktor on-call untuk minggu ni.
Kat sini, kalau oncall means kene kerja masa lunch
break (1-2pm). Rehat adalah dari 12.30-1.00pm
& 2-2.30pm.
Yang bestnye, hari Jumaat. Aku akan kerja
time MO lain rehat panjang tu. But aku dapat balik
rumah terus pukul 2.45pm.
Kat sini, sapa yang oncall kene review all results
patient yang ready on that particular day.
Kat KKPD kami tak 'pre-review'.
Kalau ada problem serius, MLT akan straight away call doctors.
Ni food untuk lunch.
Makcik kantin siap hantar sampai depan muka aku.
Teruk kan? Aku slalu lupa nak pi ambik sebab order kan awal-awal pagi masa datang keje.
Ermmm..nape makcik letak banyak sangat nasi ni..
sah nak suruh aku gemuklah tu.
Okess..
Aku tak keje rini..
Nak tenangkan fikiran & berjimba.

Tuesday, August 12, 2014

Autism.

~ Autopublish entry ~
Beberapa hari lepas seorang nenek ni bawa cucu lelaki die umo 6 tahun jumpa aku sebab demam.
Semasa masuk bilik, this boy taknak duduk kat kerusi tepi aku tapi dia duduk kat tepi dinding. Puas panggil tapi die tetap takmo. Aku saje garangkan suara..tapi tetap tak berhasil. Then, memang aku tengok budak ni 'pelik' sikit. Budak normal, kalau kita marah dia mungkin akan takut jugak, kadang2 sampai nangis. Or kalau budak jenis tak takut orang..walaubagaimanapun.. tetap akan ada response.

Nenek dia tarik perlahan soh dia dok kat tepi aku. Sah!! Tibe-tibe die sebut berulang kali words yang sama yang dia dengar dari tv - Transformers, Super Babies, Burger King, Doraemon. Cara dia sebut macam dia tengah main, but in his own world. Kalau budak lain, biasanya dorang suka seek for attention. Those words has no relation to each others. Die still sebut benda tu sampai keluar dari bilik aku.

Nenek dia tak perasan perkara ni & anggap biasa ja. Bila tanya tentang schooling (dia Prasekolah), memang he got problem dalam pelajaran. Budak-budak yang ada problem ni selalu akan ketinggalan jauh dalam pelajaran. Kes-kes macam ni memang selalu terlepas pandang - samada oleh family atau doctors. Cube baca balik ayat pertama saya - datang kerana masalah demam bukan behavioral problems. Lagi satu, kalau parents ikut appointment kanak-kanak ni dari baby sampai umur 5 tahun kat KKIA, Insyaallah dapat kesan lebih awal. Mase tu kita assses guna M-CHAT.

Jadi, saya bgtau nenek most probably this boy has Autism... And diagnosis will be confirmed after thorough assessment. Saya bagi memo untuk cikgu supaya she alert with this boy's problem. Lagipun, saya takmo budak ni kene marah sebab dianggap tak minat belajar. All doctors please be concern with social issues as well.




Monday, August 11, 2014

Sfigmomanometer.

~ Autopublish entry ~
Nama pendek BP set je.
Saje nak bagi macam tongue twister sikit. 
Jenis yang ni kene dengar melalui stetoskop. Ni aku nyer sendiri. Beli 2 tawun lepas kat Kedai Kamal (femes amongs medical students ni)-RM140. Lebih accurate. 
* Satu yang aku gelihati..mase doctor tengah check BP tu..u olzzz x perlulah jenguk2 jugak sebab kalau tengok je x dapat tau pun reading nye. Mesti dengar dengan stetoskop bunyi 'lup' 'dup'. 

* Ade patient tanye bacaan mane -atas or bawah yang penting?  Jawapannye ialah both pun penting. Bacaan atas ialah pressure ketika jantung mengepam, bawah ketika jantung rilex.
Yang u olzzz beli kat farmasi tu guna battery.. Just letak cuff kat lengan & tett..je (tekan). Tak kesah ape2 jenis pun..yang penting kene calibrate at least setahun skali. Kalau tak..nanti bacaan yang u olzzz ambik tu asik 'lari' je.

Cuff BP set ni ada saiz kecik & besar. Memang difference. Untuk paeds (kanak-kanak)  & adult. Adult pulak..tengok lengan besar ke kecik.. Kalau lengan besar tapi guna cuff kecik, BP will be higher than what it should be.
Ramai kot dah tau ni.

Bagus kalau yang mampu, beli BP set satu setiap rumah. 

Saturday, August 9, 2014

Over-the-counter drugs.

~ Autopublish entry~
     Korang pernah dengar pasal OTC drugs tak? Meaning ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter farmasi tanpa perlukan preskripsi doktor terlebih dahulu.
     Antara ubat yang aku maksudkan:
- Supplements: Cth vitamin & Minerals.
- Antihistamines: Cth Cough mixture, ubat selsema, ubat tahan gatal.
- Antipyretic ( ubat demam): Cth segala macam jenis PCM (extend, actifast, soluble, bla..bla..bla).
- Analgesic (ubat tahan sakit): Cth segala macam jenis mefenamic acid ( ponstan, pontalon, bla3).

But, yang memang takkan dijual OTC adalah antibiotic.
~ Antibiotic mesti prescribed by doctors dulu. Biasanya mudah dapat dari GPs. Alasan biasa GP, malas nak layan patient yang fussy yang insist nak jugak antibiotic even no indication. Takkan lah depa takmo jual kan antibiotic mahal. Kat Govt kami tak layan. Bukan kedekut. Tapi, tak perlu. Alasan UTAMA, kami takmo tambahkan kes Drug Resistance. Karang u olzzz juga yang susah.


Friday, August 8, 2014

Umur doktor berapa?

     Inilah soalan cepu emas yang pakciks & makciks patient suka tanya kat doctors. Aku taktau apa tujuan dorang tanya sebab bila aku tanya balik, " Kenapa tanya? " Dorang jawab, " Takde ape. " Lagi aku kompius.
Dah lama aku tak dapat soalan macam ni until yesterday morning. So, aku jawab lah 31. " Oh, muda lagi... " Panjang gitew. Statement tu memang biasa dengar dari dulu. Dah.. kenape? Nak tunggu umur berapa baru boleh jadi doktor? Lepas tu aku cakap, " Saya start kerja umur 24. " Turn dia pulak kompius nape aku cakap camtu. Haha..amek 1-1.
     Kadang2 macam ade orang ni..bila dorang tanye, dorang tak pikir perasaan orang lain kan? Ape persepsi orang yang ditanya. Alolo ' touching ' la pulak. Lantak lah..mulut orang mana ada filter.
    Kadang2 lagi tu siap tanya, " Doktor ni baru lepas grad ke? " Cara aku bercakap ni macam baru lepas grad ke? Punyelah aku counseling macam specialist (haha..), boleh tanya cenggitu. Ambil positive ~ maybe terlalu awet muda.
U olzzz dalam profession lain pernah kene cam aku tak?

Tuesday, August 5, 2014

Ubat kolesterol (Statins) sebabkan kencing manis? - Part2.

~ Autopublish entry ~
Sambungan #Part1.
These are several screenshots from AHA journal that I mentioned before.
Memang review dari banyak trial ada tunjukkan Statins meningkatkan gula dalam darah. Tapi, kenaikan sederhana je. Tapi, yang bagusnye Statins juga tunjukkan penurunan yang significant untuk 'cardiovascular event' - heart attack & stroke. 
Dalam 1 study, didapati pesakit yang on Statins :
- 27% didiagnose Diabetes Mellitus.
- has 54% lower risk of heart attack.
- has 48% lower risk of stroke.
So, mane yang lebih? Tentulah benefits lebih kan?

Pesakit yang diberi PLACEBO juga didiagnose Diabetes Mellitus.
Means, tak semestinye Statins meningkatkan kadar gula dalam darah. Betul tak?
Dalam 13 kajian yang lain,  didapati rawatan Statins selama 4 tahun terhadap 255 pesakit :
- hanya sebabkan 1 kes Diabetes Mellitus.
- tapi, dapat prevent 5.4 cardiovascular events.

Mesti ambil kira faktor risiko DM yang lain
(regardless on Statins or not):-
- Older age
- Increased weight
- Higher blood sugar levels
sebelum menerima rawatin Statins.
After all, sememangnya hanya ada weak association between statin therapy & the development of
new-onset or worsening DM.
Rumusan aku :
Perkara yang diambil kira ialah kesan baik & mudarat dalam setiap rawatan. Including this case, memang the benefits of anticholesterol agents outweighed it's risk.

Monday, August 4, 2014

Ubat kolesterol sebabkan kencing manis? - Part1.

~ Autopublish entry ~
Patient ni ramai yang anggap mereka faham bila baca Medical Journal. Then, buat rumusan sendiri. Bila kita counseling depa takmo dengar pulak tu & pertahankan jurnal yang dibaca konon sumber sahih sebab American journal.

Memang journal tu tak salah tapi u depa yang salah konsep.

Kalau saya, saya akan mintak 1 copy so that i can go through the article mase free time at clinic or kat rumah (jarang free during working time).

Kes terbaru: Patient boleh-boleh taknak continue Lovastatin (ubat kolesterol) die sebab takut kene Diabetes/kencing manis. Die takmo terima langsung explaination aku. Lepas dia dah balik, aku rujuk FMS aku. So, FMS suruh aku bace ni. http://m.circ.ahajournals.org/content/126/18/e282.full.pdf & bagitau dia apa yang aku faham. AHA tu American Heart Association.

Huhhh...
Aku rase, sah patient tu bace journal separuh jalan? And, kalau die bace habis   pun, I wonder whether he understands all the terms. Even he used medical dictionary pun die tak mungkin faham sebab ilmu ni kene berguru, tak boleh suka-suka tafsirkan sendiri.
# Bersambung di Part2.

Wednesday, July 30, 2014

Selamatkan diri dari Aedes.

~ Autopublish entry ~
Ramai yang sedia maklum yang kes Demam Denggi makin hari makin meningkat di Malaysia.

Macam-macam cara yang perlu diamalkan seperti:
- Membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
- Memakai baju lengan panjang & seluar panjang untuk mengurangkan risiko gigitan nyamuk.
- Elakkan dari berada di luar rumah at dawn & dusk...OR membiarkan pintu & tingkap rumah terbuka pada waktu  ni.
- Memakai kelambu.
- Menggunakan jaring-jaring kat tingkap rumah bagi mengelakkan nyamuk 'bertandang' ke rumah.

And, last but not least..
INSECT REPELLENT.
Ramai yang xtau yang bende ni kita apply kat badan. Boleh tahan sepanjang malam 8-10hours. Mase aku suggest kat patient, dorang ingat aku soh beli spray nyamuk macam Ridsect tu pulak. Ade ke patut?

Antara pilihan insect repellent:
Aku guna Brand Mosi-guard
Natural Insect Repellent.
Harga RM25- beli kat Alpro Pharmacy.
(Ada jenis roll-on, cream, aerosol & spray).
Aku dah test sendiri..
Sebelum pakai nyamuk dok gigit aku.
Lepas aku apply ni, nyamuk dah takmo gigit aku.
If not mistaken,  ia berbau serai wangi.
Antara insect repellent jenis roll-on.
Boleh digunakan untuk elak serangga lain juga,
cth: Mase camping.
Insect repellent jenis wipes.
Aku rase better use this 1 for baby.
Kalau spray takut kene mata..sebab baby bukan reti dok diam:)
Boleh cuba pada yang belum cuba.

Friday, July 25, 2014

Klinik kosong...unbelievable.

Dah petang-petang ni alhamdulillah klinik dah lengang. Sume patient dah balik raya kott.
Pandangan dari kaunter.
Berselfie sebelum balik time.
Ber'welfie dengan Dr. Liyana.
Selamat Hari Raya semua.
Jangan tertinggal baju raya tau masa nak balik kampung.

And jangan lupa tinggalkan address rumah at nearest police station so that mereka akan buat rondaan. # Terima kasih pada pihak polis yang berkhidmat di kala kami menyambut raya. #

Endorse MC.

~ Autopublish entry ~
U olzzz or colleagues u olzzz pernah tak datang KK untuk endorse MC dari private hospital?
Actually benda ni is not written dalam SOP untuk Medical Officer pun. So, kalau doktor taknak sain pun boleh kan? Hehe..saje nak buat jahat sikit.

Mase blaja dulu pun tak pernah pulak pensyarah ajar cara nak endorse MC. Yang dipelajari adalah cara nak diagnose penyakit & rawat pesakit. 

Tapi takpelah...kitorang ni baik hati tau. Sain aje, but with conditions :
1. Please lekat MC to comel2 atas kertas A4 putih.
2. Complete with diagnosis on every MC sheet.
# KPJ bagus sangat because on the MC itself ada part Diagnosis.

Menyusahkan ke? Actually kitorang dah hadapi banyak masalah related with MC ni - mane yang time tengah rawat patient bos u olzzz call mintak explaination pasal MC...mane yang nak kene buat explaination letter kat employer. Banyak keje tu...

Thursday, July 24, 2014

Kita serupa - laceration at forehead.

~ Autopublish entry ~
2 Jumaat lepas.. MA panggil aku masuk Treatment Room sebab ada sorang budak Darjah 1 jatuh kat sekolah & berdarah kat kepala. MA kate maybe kene jait.
Dahi 'terbelah'.
"Allahhuakbar. Harap2 takyah jahit. Sebab aku kesian kalau budak kecik nak kene jahit."
Aku attend budak tu segera. Dari jauh, nampak dah baju dia berlumuran darah. Mase tu cikgu yang bawak die. Nampak air mata berlinang kat pipi.
Aku: Macamane boleh jatuh ni..kawan tolak ye?
Die angguk kepala.
Kenapa kawan tolak? Gaduh ke?
Tapi, aku x rase die gaduh pun. Budak ni kecik je..halus je.. nampak tak nakal.

Murid: Tak..dia lari2.. Lepas tu terus tolak.
Alahai, sama ngan cerita aku.

Mase tu aku Darjah 2 Kenari.. aku main kejar2 ngan kawan2 aku, termasuklah ada sorang budak laki gemuk, nama dia Fairuz. Mase tu ade sebatang pokok yang daunnye lebar & boleh melekat kat baju. Mase tu, tibe si Fairuz ni kejar aku sambil cuba nak lekatkan daun tu kat belakang pinafore aku. Ape lagi..terus je aku jatuh terperosok & dahi aku cium bucu pintu kelas aku. Darah berlumuran kat baju. And aku dah macam nak pitam. Cikgu kesayangan aku, cikgu Hapipah lah yang bawak aku balik rumah. Ada luka terbelah sikit kat dahi kiri, sama macam budak ni kedudukannya. Tapi, alhamdulillah tak perlu jait. Imam depan rumah aku just ambil sarang labah-labah & baca2 ayat Quran then lekat kat dahi aku.
Bile aku tengok budak ni..same je badan 'halus' macam aku dulu. Luka kat dahi die pun superficial & no active bleeding. So, selamat..

Murid bernafas laju/kencang.

~ Autopublish entry ~
Petang last week sorang cikgu ni datang bawak sorang murid yang tengah mencungap-cungap jumpa aku. Cikgu tu taktau what actually happened. Guru subject die yang panggil cikgu ni sebab die merupakan pakcik budak ni.

Aku: Adik, pernah tak jadi macam ni sebelum ni?
Adik tu geleng-geleng.
Aku: Adik ada apa2 penyakit ke sebelum ni? Die just silent. Cikgu tau ke apa-apa masalah budak ni before?
Pakcik: Saya tak pasti.
Aku: Mak ayah die mane?
Pakcik: Parents dia bisu.
Aku: Adik ade takut ape-ape ke? Kawan buli ke? Cikgu garang ke?
Die geleng kepala lagi.
Aku: Cikgu,  saya check die takde masalah. Die ni hyperventilating ni.
Aku pegang tangan budak tu & pimpin dia ke bilik rawatan.

Kat treatment room:
Aku: Cikgu, ambil paper beg ni & tekup kat hidung dan mulut die. Adik nafas dalam beg kertas ni ye. Sekejap lagi saya datang balik.
Breathing in paper bag.
After about 5-10min:
Aku: Adik dah ok, kan? [Dah tak mencungap-cungap lagi. Nafas dah stable]. Boleh cerita kat doktor.. Adik ade masalah ape?
Murid: Kerja skolah suuusah.
Aku: (Alolo..aku dah agak dah ada something wrong at school.)
Penerangan ringkas klik SINI.

Wednesday, July 23, 2014

Gigi susu vs Gigi kekal.

;) Maklumat ni aku dapat dari kursus yang aku attend last 2 years.
  - Dari nurses Klinik Pergigian.

Manusia ada 2 peranggu pergigian :
1. Gigi susu/ Gigi desidus (20 batang).
-Mula membentuk semasa janin berusia 5-6 minggu di dalam kandungan ibu.
Semasa dilahirkan, gigi tersebut terdapat di dalam tulang rahang bayi.
-Mula tumbuh ketika kanak-kanak umo 6 bulan-2 tahun.

2. Gigi kekal (32 batang).
 -Menggantikan gigi susu secara berperingkat mulai umo 6-7 tahun. 
-Telah gantikan semua gigi susu masa umo 12 tahun.
 
FORMULA 6666
(Tip untuk mengingat masa pertumbuhan gigi)

6 minggu dalam kandungan
-gigi susu mula terbentuk.
6 bulan selepas lahir
-gigi susu mula tumbuh.
6 tahun
-gigi kekal mula tumbuh.
Tahun 6
-Semua gigi susu telah diganti dengan gigi kekal.