Monday, August 22, 2016

Enche Adam kerap termenung?

Alhamdulillah berkesempatan berjumpa cikgu sekolah abe masa hantar die pergi ke sekolah last week. Cepat atau lambat ke tempat kerja, aku tetap akan hantar die 'mendaki bukit' sekolahnya sampai ke perhimpunan. Bukan kerana nak ajar dia jadi anak manja. Tapi, kerana masa yang terlalu singkat yang aku mampu luangkan bersama abe & adik2nya setiap hari.

Aku akan 'angkut' tiga2 anak sekali. Kenapa tak hantar pergi tadika dulu? Kenapa sanggup nak berulang-alik?
1. Sebab itu permintaan adik-adik abe.
2. Sebab itu yang menggembirakan hati mereka.
3. Sama alasan di atas.

Bila tiba-tiba cikgu kelas cakap Enche Adam kerap termenung dalam kelas..aku terfikir. Di mana silapnya?
- Adakah kerana aku terlalu garang?
- Adakah kerana dia rindukan papa yang jarang dia dapat jumpa?
- Adakah kerana kasih-sayang aku kurang tak seperti yang dia harapkan?
- Adakah dia ada masalah di sekolah?

Budak-budak..tambahan pula lelaki, dia jarang nak bercerita berbanding budak perempuan. Lagi satu, budak-budak 'tend to make comparison'/ bandingkan dengan apa yang dia nampak di sekelilingnya. Cth: Kenapa mama kawan saya boleh..... Kenapa mama tak [ buat perkara yang sama? ].

*Kerisauan hati seorang mama.

4 comments:

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~