Wednesday, April 6, 2016

Autogate Quotation ~ Part 2.

Dah jamu mata kat Autogate Quotation ~ Part 1?

So, maybe sape yang tengah berkira-kira nak buat autogate ni boleh dapat rough idea berkaitan kos kat sini.

Ni quotation dari First Autogate.
Atas: Gate jenis folding / lipat.
Bawah: Jenis motor.
Gate jenjs swing.
Ni contoh pengiraan untuk pagar yang lebarnya 11 kaki. Aku silap estimate.. Pagar aku 13' - means nak kene bayar lebih lagi.

Referring to this quotation,  aku what's app bertanyakan beberapa kedai lain pulak.  Sume lagi mahal dalam RM250-300. Yang ni maybe murah sikit sebab aku direct pi kedai. So, senang sikit discuss / main harga bila mata bertentang mata.
Harap boleh baca.

Tuesday, April 5, 2016

Homemade ice-cream.

Panas-panas ni sedap kalau dapat makan atau minum benda sejuk,kan? Tadi kebetulan pergi pasaraya terjumpa bekas buat aiskrim ni. Harga promosi RM5.90.

Tanpa melengahkan masa, aku capai aiskrim Tutti Frutti Magnolia (1.5L RM7.90 kalau tak silap) & air milo lebih breakfast dari fridge. Cedok aiskrim sikit (sukatan ikut suka korang tau) & masukkan dalam bekas aiskrim. Pastu tuang air milo. Milo ni aku buat tak manis. So, insyaallah tak kena potong kaki.

Abe bagi idea - "Lainkali mama buatlah aiskrim buah-buahan pulak. Mama letak pisang ke...). Wahh...bergeliga jugak pemikiran anak aku ni. So, next time maybe nak potong dadu pisang & blender pisang dengan fresh milk ke ok jugak, kan?.

Lagi, abe suggest buat aiskrim dragon fruit. Ermmm...kalau tang aiskrim tu punya banyak idea.

HP Deskjet F4280 cartridge CC640W (black).

Lama tak beli cartridge. Rase-rasenye my last purchase was more than a year ago.

Aku just pakai HP Deskjet F4280 All-In-One Printer. Beli masa preggy anak ke-2 rasenye. Sekarang anak ketiga pun dah 3 tahun. Cubelah korang buat congak2 (eh..betul kan congak @ calculation?) ye.

Bukan selalu print pun. Just guna untuk potostet photostat. So, beli ink hitam (CC640W) cukup. Harga masa tu around RM45-47.

Baru ni survey online harga RM70 plus. Paling murah kat Lelong.com RM52-62 tapi excluding postage. Mujur ada Pamoga tak beli. Sebab lepas tu aku jumpa kat AEON S2 harga memang RM62...and rebate RM5 sebab aku trade-in cartridge lama.
Bahagian yang seal dah terbuka (anak panah) dah tak diterima untuk trade-in.

Lame aku tak pakai printer ni sebab frustrated tiap kali aku pakai ink just bertahan at most 20 pages. Walhal sepatutnya ink tu untuk cetak 200 mukasurat. Rupenye kesilapan teknikal. Nyonya kedai komputer bagitau jangan kerap on+off printer. Sebab tiap kali on akan bazirkan ink - Nak explain lelebih tak reti. Biarkan je on beberapa jam sehari pun takpe bukan bazir elektrik sangat pun.

Apa yang hot?

Hehe..lama tak bersiaran.
Nak tengok tak topic apa yang hot kat blog aku yang tak berapa hot ni?
1. Terjerat cinta lelaki muda suami orang.
(Sape penah terkena..cer angkat tangan sikit. Harap jadi pengajaran pada kita semua lepas ni.)
2. Confirm ke suami korang takde skandal?
3. Kelulusan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 sessi persekolahan Tahun 2016.

Actually ada topics lain yang melebihi ranking ke2 & 3 kat atas...tapi malas nak screen capture sebab different page. Sowi sorry ye.

Thursday, March 10, 2016

Autogate quotation - Part 1.

Huhu susah betul nak mintak quotations. Kalau just what's app/mesej tak ramai yang bagi response. Tapi 1 kedai ni - First Autogate memang aku puji. Orang nya (nama dia Mrs Christine) sangat peramah & cepat je reply setiap what's app aku. And Chris siap call aku lagi tau.

8/3/16 - aku cuti. Tapi, masa aku terhad sebab banyak sangat hal aku nak setel. Aku what's app ramai orang untuk:
1. Quotation autogate. 
2. Buat blinds kat kitchen.
3. Dobi - carpet cleaning. 
4. Plumber - problem tangki air.
5. Wax & polish car.

5pm - Aku pergi First Autogate. Chris bagi penerangan yang teliti/ details tentang jenis autogate.

FYI, korang boleh je pakai gate sedia ada & just letak motor. Tapi, bagi yang nak pagar baru boleh teruskan pembacaan kat bawah.

Gate:
1. Pilihan samada swing/ folding/sliding.
* Kesesuaian depends lebar pagar.
2. Nak buat semua steel/ frame je steel & tengah-tengah aluminium. 
- Steel tu setahu aku biasanya wrought iron. 
- Steel tu boleh buat powder coating supaya lebih tahan lama dari jadi berkarat.
- Ada orang tambah tempered glass.
* Kaca ni aku takmolah. Kalau budak pecahkan tak ke naya.
- Kalau overall steel lebih murah. Tapi, masalahnya berat yang akan ditampung oleh motor lebih compared tu steel frame + aluminium. So, pepaham je lah..kalau heavy duty apa akan jadi.

3. Pilih jenis motor.
- Ada macam-macam brand ikut pekedai.
- Kalau area Seremban ni, most yang aku jumpa orang buat gate lain, orang yang pasang motor untuk gate lain. So, kene deal dengan 2 orang. Tapi, First Autogate ni dia buat dua2 so senang cerita sekali payment. 

Bawah ni antara gambar yang aku mintak dari Chris. Nampak nak sama je pun kan. Tapi, suka hati aku lah kan aku yang minat gate macam ni. Haha..





Nanti aku sambung lagi...
Nak siapkan presentation Dengue Infection untuk CME doctors esok.
Bye-bye.

Monday, March 7, 2016

Saka turun kat anak - Part 3.

Kat SINI aku dah janji nak buat sambungan cerita, kan?
     Berkat doa pada Allah, tetiba Paksu aku 'muncul' untuk membantu. Paksu mintak gambar & full name Ajik untuk what's app kat Ustaz Hambali - ustaz boleh 'scan' gambar samada ada 'benda' mengganggu tak. Tup tup adaaa... 5 pulak tu. Mashaallah. Dan ustaz kata aku pun ada..so perlu berubat sekali.
     Barang untuk berubat:
- Air zamzam 2 botol.
- Kurma Ajwa 10 biji.
- Limau nipis 10 biji.
     Tempat berubat kat 1 surau kat Senawang, start pukul 10 malam. Sebelum pukul 10 tu Ustaz Hambali ada kat surau lain untuk ajar agama.
     Ramai juga orang yang datang berubat.
     Tiba turn aku, ustaz tak suruh aku duduk atas kerusi depan dia. Tapi, ustaz panggil ayah, suruh ayah duduk. Ustaz bagitau yang ayah ada saka...saka tu turun kat aku...dan lepas tu turun kat anak aku. Ada 5 saka. Malam tu Ustaz buang saka kami bertiga.
     The next day lepas Maghrib kitorang mandi air limau nipis yang Ustaz dah ubatkan - 3 consecutive days buat ni. Alhamdulillah Ajik immediately sihat melompat macam biasa. And dia dah mula makan macam-macam. Maybe sebab lapar ritu muntah xrenti.
     1 more thing, ustaz pesan kena baca Manzil 3 kali sehari selama 6 bulan untuk elak saka tu datang balik.
- Lepas Subuh.
- Lepas Maghrib.
- Sebelum tidur.
Insyaallah terhindar dari gangguan jin, syaitan & makhluk halus.

Saturday, March 5, 2016

Saka turun kat anak - Part 2.

Ini sambungan dari Saka turun kat anak.
      Mesti ada orang yang persoalkan, " Eh.. doktor pun percaya benda-benda tahyul ke? " Ermmm...memang ramai yang tak percaya benda-benda ghaib ni kan? Tapi, aku sebagai Umat Islam percaya bahawa dunia yang kita huni ada makhluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar kita (melainkan mereka yang Allah kurniakan Anugerah je yang nampak ) tinggal sama-sama dengan kita. Semua makhluk di dunia ini termasuk yang ghaib adalah di bawah kekuasaan Allah.
     Dulu masa anak pertama aku, Abe demam panas berpanjangan macam ni pun memang rawatan moden / sains tak dapat pulihkan dia. Masa tu aku menyewa kat Port Dickson. 3 kali aku berubat secara perubatan Islam.
     Kali pertama: Ada 2 roh lelaki ikut dia. Tiap hari pukul 12 tengah malam je die startlah menangis non-stop. Masa tu aku berubat dengan Pak Imam kat rumah mak kat Seremban alhamdulillah ok. 2 malam tido umah mak dia tak nangis. Tapi, malam seterusnya bila balik PD kejadian yang sama berulang.
     Kali ke-2: Aku berubat dengan sorang makcik kat area PD. Die guna air tawar bacaan surah-surah tertentu & dia akan buatkan solat hajat sekali. Air tu buat minum & spray kat kawasan sekeliling dalam rumah. Alhamdulillah terus takde gangguan.
     Kali ke-3: Abe dapat prolong fever lagi. Kali ni mak & ayah aku bawak dia jumpa sorang makcik kat kampung nenek aku kat Jelebu. Katanya ada Pontianak mengganggu Abe. Allahuakbar...banyak betul gangguan makhluk halus. Dan, berkat keyakinan & kebergantungan pada Allah swt alhamdulillah Abe immediately sihat. Dan alhamdulillah sampai sekarang takde apa-apa gangguan kat Abe lagi.

Nanti sambung cerita Ajik ye..