Thursday, June 16, 2016

Moment in ED, KK, K1M.

Copy paste dari what's app :
Jangan marah bila dah baca :)

The 'Krik krik' moment in ED, KK, K1M dan sewaktu denganya.

Situasi 1

Doktor : Berapa hari demam?
Pesakit : Dari hari Jumaat.
Doktor : 😑 (Dua Jumaat? Tiga Jumaat?)

Situasi 2

Doktor : Bila hari pertama period yang terakhir? (Last Menstrual Period)
Pesakit : Hari Jumaat
Doktor : 😑 (Jumaat minggu lepas? Jumaat bulan lepas? Jumaat sepuluh tahun lepas?)

Situasi 3

Doktor : Ada muntah?
Pesakit : Ada berak-berak lah
Doktor : 😑 (Rasanya dah cakap bahasa Melayu dah. Salah sebut ke salah dengar?)

Situasi 4

ED penuh dengan sanak saudara.

Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 1 : Saya tak duduk dengan dia. Kena tanya anak sulung dia.
Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 2 : Saya kerja. Saya pun baru je tau kena datang hospital. Tanya isteri saya. Dia yang jaga.
Doktor : Boleh beritahu apa yang berlaku pada pesakit ni?
Saudara 3 : Saya baru je jaga dia. Sebelum ni adik ipar jaga.
Doktor : 😒 Boleh panggil adik ipar sekarang. Yang lain boleh tunggu di luar. Saya nak bercakap dengan yang tahu cerita saja.
Saudara-mara : Adik ipar ada kat rumah. Dia tak datang.
Doktor : 😑 (Motif sangat ramai-ramai datang tapi semua tak membantu)

Situasi 5

Saudara 1 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (menerangkan dengan rela hati)
Saudara 2 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (masih menerangkan dengan rela hati)
Saudara 3 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : Bla bla bla (cuba menerangkan dengan rela hati)
Saudara 4 : Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : 😒 Bla bla bla (menerangkan sambil menenangkan hati sambil memandang kerja-kerja yang belum siap dan pesakit-pesakit lain yang perlu dilihat)
Saudara 5 :  Macam mana dengan pesakit ni?
Doktor : 😑 Boleh tak panggil semua yang tak dengar lagi penerangan saya, boleh saya terangkan sekaligus (Takkan nak explain untuk setiap kampung kot)

Situasi 6

Doktor : Sakit perut ni dah bertahun-tahun. Kenapa datang malam ni?
Pesakit : Sebab sakit sangat lah...hahaha (literally laughing)
Doktor :  ðŸ˜’ Dari 0-10, markah sakit berapa? (Sakit sangat sampai ketawa?)
Pesakit : Macam sakit nak beranak
Doktor : 😑 (Seriously sakit nak beranak boleh ketawa?)

Situasi 7

Doktor : *Panggil pesakit ke secondary triage (cek tekanan darah, suhu etc)
Pesakit : *Masuk. Telefon di tangan. Mata di telefon. Jari di skrin. Duduk di kerusi.
Doktor : *Bersedia untuk cek tekanan darah
Pesakit : *Masih dengan telefon
Doktor : 😒*Berdehem
Pesakit : *Masih dengan telefon
Doktor : 😑 Boleh dah kot nak simpan telefon tu (Ada jugak kes telefon hancur kena lempar ke dinding nanti)

Situasi 8

Doktor : Ada alahan ubat?
Pesakit : Ada
Doktor : Ubat apa?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : Ubat untuk apa?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : Ubat macam mana?
Pesakit : Tak ingat
Doktor : 😑 (Semua tak ingat, nasiblah kalau dapat ubat yang allergic)

Situasi 9

Doktor : Ubat makan tak?
Pesakit : Tak
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Bosan makan ubat
Doktor : 😑 (Dah sakit sibuk pulak datang hospital. Tak reti bosan pulak datang hospital)

Situasi 10

Doktor : Ubat banyak makan ke banyak tinggal?
Pesakit : Tak tinggal makan ubat
Doktor : 😑 (Kecik besar kecik besar je pandang pesakit sebab tengok ubat berpapan-papan tak berusik)

Situasi 11

Doktor : Awak ada hubungan intim dengan lelaki
Pesakit : Tak ada. Memang tak ada.
Doktor : 😑 (Pandang pesakit, pandang skrin scan machine. Apa dia ingat yang tengah gerak-gerak dalam perut tu jin ke)

Situasi 12

Doktor : Kenapa tak makan ubat?
Pesakit : Sebab saya ambik PAMOGA
Doktor : 😑 (Hmmm..mujur ada PAMOGA)

~semoga diberi kesabaran di bulan Ramadhan yang mulia ini-

Credit to orang yang penat2 taip.
Sumber asal tidak diketahui.
Copy n paste dari group WhatsApp

Wednesday, June 15, 2016

Mid Term Examination Results/2016 Enche Adam Haziq B. Kapt Enche Mohd Salmi.

Alhamdulillah Ajik, anak second aku pun dah dapat results exam dia (xm ler sangat..baru tadika 5 tahun. Hehe..).

Macam tak percaya bila tengok results Ajik sebab memang unexpected.

Bukan aku nak beza-bezakan anak. Tapi, sebagai ibu kita biasanya tahu tahap setiap anak kita setakat mana. Tambahan pula aku jarang spend time for learning untuk anak ke2 & 3 aku memandangkan rutin harian yang tak kurang hebatnya.

Ajik ni bagi aku is a 'special kid'. Banyak sebabnya aku cakap camni tapi maybe next time aku share. Dulu adelah share sikit kat sini >>> Ajik cepat terasa. But, whatever it is..each & every child is special in their own way (bak kata FMS aku) & they are Allah greatest gift for me. So i will love them equally.

And now, Ajik has proved his ability. Go on, sayang. Mama will always be by your side. Luv ya'!!

Related topics:
~ Strategi berjaya (Versi Shikin:)
~ Wordless Wednesday #10/9/14.
~ Wordless Wednesday #31/12/14.
~