Friday, April 8, 2016

Online Shopping - LAZADA.

Suka tak shopping?
Kalau nak tau, semua ni barang yang aku shopping online kat LAZADA.

Fuhhh...memang best sangat sebab macam-macam ada. Dan, penghantaran pun percuma even korang beli 1 item je. Ada few items je yang kene bayar tu pun tak mahal mana. So, memang best kan? LAZADA tak buat minimum purchase untuk dapat free postage pun sebab memang free.

Tapi, apa yang perlu korang ingat ialah - baca description setiap barang. Contohnya ukuran dimensi barang, saiz, berat, kalau beli kain baca jenis fabrik, tempoh masa penghantaran dll. Kalau barang oversea lambat jugaklah. Tapi, jangan risau selalunya LAZADA nyer barang sampai awal dari masa jangkaan penghantaran.

Kat bawah ni antara barang yang aku dah dapat. Setakat ni rasanya dah 30 barang kot aku beli. Ker lebih? Hehe..Susah kan kalau dah addicted ni. Time nak bayar credit card nanti baru 'tersedar dari lamunan'. Tapi senanglah tak payah susah2 buang masa keluar - nak bawak anak-anak lagi (aku ni dok sorang.. asben jauh. Anak-anak memang beyond control), nak cari parking bayar parking, selalu kena saman parking, berpanas (aku ni Puteri Lilin), nak pilih barang dah sekian, keluar nak kene iron baju tudung bagai...dll. Hehe, nampak kan mudahnya online shopping ni.

- Tablet casing Lenovo original + screen protector [yang lama dah hancur] RM19/pc
- Jam Mickey Mouse (untuk Abe) RM21
Cap [hitam]
- Ice bag [merah - corak whale yang comel] RM17.09
- Universal travel adapter [best dari aku punya yang lama] RM15
- Sandisk flash drive 8Gb RM12
- Wrist BP set RM47
- Facial massager [pink] RM27
- Skin & Lab Dr. Pore tightening Glacial Clay facial mask RM49 (Aku baca reviews memang positive so I should try right? And bagi aku memang facial mask ni berkesan. So, taknak ke cuba? Hehe..ayat menggoda.

Nanti kalau ada masa aku share items lain pulak ye. Tata titi tutu. Love you olzzz. 

Wednesday, April 6, 2016

Autogate Quotation ~ Part 2.

Dah jamu mata kat Autogate Quotation ~ Part 1?

So, maybe sape yang tengah berkira-kira nak buat autogate ni boleh dapat rough idea berkaitan kos kat sini.

Ni quotation dari First Autogate.
Atas: Gate jenis folding / lipat.
Bawah: Jenis motor.
Gate jenjs swing.
Ni contoh pengiraan untuk pagar yang lebarnya 11 kaki. Aku silap estimate.. Pagar aku 13' - means nak kene bayar lebih lagi.

Referring to this quotation,  aku what's app bertanyakan beberapa kedai lain pulak.  Sume lagi mahal dalam RM250-300. Yang ni maybe murah sikit sebab aku direct pi kedai. So, senang sikit discuss / main harga bila mata bertentang mata.
Harap boleh baca.