Tuesday, July 7, 2015

MGTT - untuk semua ibu mengandung.

MGTT atau Modified Glucose Tolerance Test merupakan ujian untuk mengesan paras gula dalam darah. 

Cara:
- Patient perlu berpuasa malam.
- 'Darah puasa' akan diambil keesokkan pagi.
- Then, ibu mengandung akan diberi minum air gula (ikut sukatan standard). * Mesti habiskan. Tahan, jangan termuntah nanti ujian x valid.
- Darah akan diambil semula 2 jam dari waktu habis minum air gula.

Rujuk surat kat bawah... 
Arahan dari Dr. Krishna, HOD O&G, HTJS.

Semua ibu mengandung yang berdaftar di semua KKIA di N.Sembilan diWAJIBkan melakukan ujian saringan MGTT pada :
1. Tempoh awal kandungan, dan
2. Pada usia 28 minggu kandungan.
* Berkuatkuasa 1 Ogos 2015. 

Sunday, July 5, 2015

Tabung Bangunan PASTI Negeri Sembilan.

Dulu...
Orang wakafkan tanah persendirian untuk mendirikan rumah ibadah (masjid/surau), tanah persendirian untuk dijadikan perkuburan Islam dll yang mana hanya mereka yang mampu saja boleh berbuat demikian.

Sekarang...
Sangat banyak saluran untuk melakukan wakaf/infak harta kita. Walaupun dengan harta yang tidak seberapa, insyaallah sumbangan yang kita niat untuk wakaf mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Cth : Sijil wakaf Al-Quran.

Rasa nak wakaf la ni jugak?
Meh tengok bawah - ni kupon waqaf & infaq sekolah anak aku. Jom sama-sama kita MELABUR UNTUK SAHAM AKHIRAT. Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Dengan ini, saya bersetuju untuk
mewaqafkan dan menginfaqkan
atas nama
.........................................................
sebanyak RM20 bagi tujuan
Tabung Bangunan PASTI N.Sembilan.

Selagi mana bangunan tersebut digunakan untuk menuntut ilmu pada jalan Allah, selagi itulah kita akan mendapat ganjaran pahala, insyaallah.

* Siapa nak waqaf, boleh wassap aku ~ 017-3841198. Bagi details nanti aku pos kupon ni sebagai bukti korang waqaf/infaq.

Sekadar renungan...
(Sumber - Google).


Related topics:
~ Pertemuan 3 Penjuru & Laporan Prestasi Murid.
~ Peperiksaan Pertengahan Tahun PASTI N.Sembilan.
~ Pendaftaran PASTI Al-Islamiyyah 2015.
~ Pendaftaran PASTI Al-Mawaddah 2015.