Monday, May 25, 2015

Nicotine withdrawal symptoms.

Sambungan dari entri INI.
Maksud 'withdrawal symptoms' ada aku terangkan kat topik Quit smoking / Berhenti merokok.

So, apakah simptom2 yang dikaitkan dengan berhenti merokok?
Ex-smokers biasanya mengalami :

Emotional - Strong cravings to smoke ('sangap'), Mood swing, irritability, insomnia, kurang daya tumpuan, rasa bosan, kegelisahan, kemurungan, dll.
Fizikal - Mudah letih, sakit kepala, batuk, sakit tekak, loya, sembelit, kembung perut, sakit perut, mulut kering, sakit gusi & lidah, rasa dada ketat (chest tightness), selera makan bertambah, berat badan naik

Banyak & teruk kan simptom-simptom berhenti merokok ni? Huhh...memang akan rasa discomfort. Ermmmm ...tunggu. Baca sampai habis dulu ye. Jangan kerana simptom2 kat atas ni buat korang batalkan intention untuk quit smoking tu, okey.

Sebenarnya, simptom2 ni are only short-lived / temporary. Dan, korang bukannya akan dapat semua pun. Allah tu Maha Pengasih & Penyayang kan? Korang tu je yang perlu berlapang dada & fikir akan kasih-sayang Allah tu. Hokey ke aku membebel ni?

What are going to happen during smoking cessation period tu?
Selalunya simptom-simptom 'withdrawal' ni bermula seawal 2-3 jam selepas hisapan rokok yang terakhir. Dan, kemungkinan besar ia akan bertambah teruk dalam beberapa hari pertama. Kemuncaknya (peak) ialah pada hari ke 2-3. Tapi, lama-kelamaan, body dah dapat 'adapt'. So, simptom-simptom 'withdrawal' ni akan mula berkurang. Cuba bertahan ye sebab ada yang alaminya hingga 8-12 minggu . Tapi, menjelang 6 bulan, insyaallah semua simptom ni takkan ada langsung dah.

Macamanapun cara korang cuba untuk quit smoking, kemungkinan untuk dapat 'simptom withdrawal' ni tetap ada. Cuma mild (biasa) atau severe (teruk) je. But, please don't give-up easily ,okey :) Ramai je pakcik2 yang dah stop smoking cakap kat aku, " Alahhh ,doktor... pokok pangkalnya hati . " Tu dorang yang kate tau.

All the best !!

Take home message:
- Nawaitu biar kerana Allah dalam apa jua pun yang kita lakukan.
- Yakin pada Allah. Hanya Allah je yang mampu bantu kita di kala susah.
- Merokok tu haram. Sanggup ke masuk neraka hanya kerana rokok?

Related topics:
- Smoking is a disease.
- Female smoker.
- Merokok dari pelbagai sudut.

Wednesday, May 13, 2015

Anak jagaan: Terseliuh ke patah?

Petang semalam datanglah sorang suami isteri ni dengan beberapa orang kanak-kanak. Yang sakit cuma sorang. Mujurlah yang lain reti duduk diam. Bukan apa, susah doktor nak buat kerja kalau parents tak reti pantau anak - habis semua barang dicuit, dimain dll.

Alkisahnya, budak lelaki yang sakit ni umo 4 tahun. Right wrist dia bengkak & sakit bila disentuh. Nampak cam 'deformed' sikit.

Yang bawak dia ke klinik rupanya babysitter.
Babysitter: Budak ni susah nak mandi doktor. Saya pegang tangan dia tapi dia tarik balik tu yang jadi camni. Risau saya.
Aku: Mak dia dah tau ke?
Babysitter: Taktau lagi.
Aku: Okey, buat XRay dulu.

Lepas XRay....

Aku: Alhamdulillah takde patah. Cuma terseliuh biasa. Nanti letak ais lama-lama insyaallah surut bengkak & hilang sakit. Saya bagi ubat surut bengkak (Papase @ Prolase) & Syrup Paracetamol untuk kurangkan sakit (Ambil bila perlu).

Dx: STI (Soft tissue injury).

Babysitter: Boleh tak kalau saya nak bawak balik XRay ni tunjuk kat mak dia?
Aku: Oh, x boleh. Kalau mak dia nak tengoj, kene datang klinik pada waktu lain & daftar. Kita akan trace semula XRay ni di Unit XRay & show to her.