Wednesday, November 26, 2014

Follow-up Kapt. Enche Mohd Salmi.

     Kesian pulak aku tengok asben aku ni. Dah macam ayam berak kapur dok kat umah. Sebelum ni, he used to be like a very busy man in the world. Handphone non-stop bunyi (ayat x logik, takkanlah non-stop kan. Hehe..) asik sana-sini kol cari dia.
     Sekarang dah hampir 2 bulan dia 'menternak badan' kat umah. Nasib berat taklah naik sangat maybe sebab dia banyak guna tenaga untuk berjalan dengan tongkat/ crutches. Mesti non-weight-bearing okey :) 29/11/14 hari tu dah pi temujanji kat Klinik Orthopedic, HTJS sampai silap-silap haribulan. Refer entri ni ~ Suda tukar ka?
    Masa XOA (X-Ray on arrival) tu memang tulang baru (callus) tak berapa nampak pun. So, tak boleh off backslab lagi. Walaupun asben aku cam patient lain yang degil sebab takmo ikut aku pi dressing kat klinik (aku x suka nak dressing dia sebab kalau aku buat dia asik kata sakit), tapi 1 perkara yang aku puji dia sebab dia betul-betul tak step atas lantai + tak bukak backslab dia + sanggup terhencut-hencut guna crutches kesana-kemari. Kalau patient memang selalu tak compliance tang ni.
    So, today is the 2nd appointment kat klinik pakar. Taktaulah apa nasib asben aku rini. Harap everything ok. Korang,  doakan asben aku ea:) Thanx.

* Hari ni aku kena bawak baby pi cucuk setahun setengah jugak. Mula-mula aku ingat nak amik timeslip pagi je time bawak follow-up asben. And hari lain ambik off petang untuk anak. Tapi, YM btau better aku bawak asben kat spital pagi, and anak ke kkia petang. Ermmm...sayangnye rugi 1 hari cuti. Lagipun ramai MO yang dah ambik cuti panjang bulan ni until next month. So, maybe better kalau sehari je aku takde di klinik dari half day x 2kali. Sobss..
~> Nampak tak tugas seorang ibu adalah lebih berat dari seorang bapa? Bukan aku sorang je yang macam ni, okey. Ibu-ibu lain pun sama. Seorang bapa just kena kerja je. Tapi, ibu kena kerja & uruskan anak-anak & also keperluan isi rumah. Well, aku tau not all of you guys yang macam ni. U are great if you are not that typical man.

e-latihan.

     Sebenarnya dari awal bulan YM aku dah remind supaya completekan e-latihan & SKT (HRMIS). SKT tu takde problem -sebab kitorang dah start online mulai 2013. Sebelum tu isi kat kertas SKT kan tapi sekarang sume paperless. Masa tu aku kat PD. Tapi, e-latihan ni yang aku kompius. Selama ni aku just fill-up semua kursus, seminar, cme dll kat MyCPD (at MOH Portal). Tak pernah pulak aku buat e-latihan ni. Buat pengetahuan korang, aku kat Seremban dah ni bukan PD lagi. Kadang-kadang ada perkara yang x seragam walaupun under 1 JKN (Jabatan Kesihatan Negeri).
     Memandangkan semalam PT dah remind aku ini last day, so aku pun buka lappy balik untuk retry. Aku btau PT aku dah cari bahagian e-latihan tu kat HRMIS tapi tak jumpa. So, dia cakap aku kena bukak website JKN, bukan HRMIS (walhal colleague aku kata bukak HRMIS) and klik 'Intranet'. Dorang sume buat kat rumah. Mane sempat nak buat kat klinik. Patient sentiasa ramai. So, semalaman aku buat benda ni tapi aku pelik nape 'page cannot be displayed'. Banyak kali aku refresh page tapi bahagian 'Intranet' tu tak keluar-keluar jugak. Line internet aku ok je. Tak blinking pun.
Intranet yang no.6 tu.
     So, Subuh lagi aku wassap YM aku btau problem. Katenye aku tak boleh bukak kalau guna Internet Explorer.Kena guna Mozilla. Suudaaahhh... Aku dah pulak takda Mozilla. Maka, bermulalah sessi meng'download'. Aku try download lamaaaa...baaru keluar box bawah ni. Lame sehhh. Nampak tak berjanggut macam Tok Janggut dah ni? FYI jugak, bab-bab IT ni memang aku fail. Huhu.
An attempt to download Mozilla Firefox. 
    Doakan kejayaan aku. Cehh..macam nak sambung Master pulak ayat aku.

Musim PLKN.

     Hoyehhh..nampaknya ramai adik-adik kita yang seronok & tak sabar-sabar nak pi kem ni. Tapi, jangan tak tau, ramai juga yang menolak taknak pi sana atas pelbagai alasan. Sometimes tak masuk akal. And most of them tak pernah pun datang KK so kita taktau whether they actually got the problems yang mengecualikan dorang dari pi PLKN or not. Tiba-tiba datang klinik kesihatan sebab nak doktor write down dorang tak layak. Ada ke patut? Such a nuisance jugaklah.

Senarai kem PLKN @ Negeri Sembilan :
1. Kem PLKN De Bana, Bandar Seri Jempol.
2. Kem PLKN Ulu Pari Aqua Village, Rembau.
3. Kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang.
4. Kem PLKN Karisma, Juasseh.
5. Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin.

     Actually adik-adik kita ni mesti dah dapat briefing kat skolah yang dorang boleh terus pi kem PLKN & no need to go to klinik kesihatan for check-up. Unless dorang ada masalah atau tak pasti ada masalah ke tidak. Sendiri punya sakit pun tak pasti tu yang pelik. Cth: Ada sakit jantung - ADA/ TIDAK/ TIDAK PASTI? Kalau tak pasti tu, tanyalah parents. Berat sangat mulut tu nak tanya kan? Ish..ish..ish..Some more, all kengkawan dah pi kem PLKN tu..boleh pulak dia kata tak tau apa2..tak dapat briefing segala bagai. Maybe kes absence or tak pay attention masa cikgu briefing ni. Ermmm..
     So, walaupun adik-adik ni tiada masalah, tapi dah ter'rajin datang klinik, kami check jugaklah. Kalau patient ramai, aku reject jugak sebab dah memang sepatutnya dia takyah datang KK. Pelatih PLKN ni ramai tau - memang tak terlayan. Better aku utamakan orang lain yang tengah sakit. Nasib baik KKM @ MOH dah come out with this guidelines :

Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Pelatih PLKN
oleh Pegawai Perubatan & Pakar Perubatan.

Carta Alir Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN.
Doktor kena isi diagnosis jika Pelatih PLKN Tangguh / Tak Layak.
So, kalau korang sebenarnya takde penyakit,
tapi sengaja mencari alas an untuk taknak join PLKN,
tolong jangan jumpa aku sebab kau akan peningkan kepala aku.
Ada paham ??
This is the last part dalam Borang Pemeriksaan Perubatan yang doctor kena isi -
Layak/ Tak Layak/ Tangguh.
Basically, ada 3 kriteria je yang akan sebabkan ko tak layak :-
1. Pelatih mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani PLKN.
2. Pelatih mengalami penyakit yang membawa maut.
3. Pelatih menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
     Ada masalah boleh rujuk kaunter di KK berhampiran. Janganlah terus rushing ambik no. giliran. Harap info ni membantu.

Monday, November 24, 2014

Taman tema & abang sado.

      Hehehe..kamilah superrrr...hero. Inilah superheroes mama. Dah besar nanti akan jadi abang sado a.k.a bodyguards mama. Tak payah nak hire orang. Buang duit je.
     Ramai kot yang tau aku biasanya spend time kat umah makayah aku. Sometimes je balik rumah. So, inilah aktiviti si superheroes ni kalau dok umah kami - berjimba jo kojo ea. Ni keadaan menyayat hati last 2 weeks. Ngeee...Dah ghupe taman tema dah. Yang dorang menginap duduk tu actually kolam mandi. Pernah 2x je guna. Pasang air paip kat porch. Seronoklah sangat. Sampai air melimpah kat jalan. Silap haribulan masuk banjir rumah jiran. 'Pengangkutan awam' pun dah tunggang terbalik - yang nampak tu just part of it. Ada lagi kat belakang camera.
     This week tak jadi balik rumah sebab ada program penting. Program ape? Hah tu cite next entry lah ye.

Related topic :
~ I got presents for you!!

Sunday, November 23, 2014

Word verification membebankan.

    Sepanjang hari ni dari siang ke malam aku dok blogwalking je. Penat pun penatlah. Yang penting puas. Tapi, dalam dok seronok-seronok drop komen tu aku jumpalah dalam lebihkurang 6 blog yang guna word verification ni. Tang WV ni memang den lomah. Aku selalu je fail identify huruf ape. Ngeee...takkan korang nak kate aku robot pulak, kan?
     Ermmm..disebabkan kehadiran WV ni membuatkan mood BW aku untuk blog tersebut otomatik terhenti di kotak di atas sahaja. Aku rasa mood readers lain pun macam tu. Setakat guna nombor aku ok lagi. So? Pilihan terletak di tangan korang:)
     Tak tau cara nak delete word verification? Ada ramai yang buat tutorial tentang ni. Korang browse je. Basically buat camni. Pergi kat sini..
Settings>Posts & Comments>Show word verification? - So, pilih 'NO'. Setel.